Thursday, January 30, 2020

Extreme Power Metal



DragonForce - Extreme Power Metal (2019)

Sementara tengah kemaruk dengan genre power, beli lagi sekeping cd yang tajuknya pun dah cukup mengambarkan muzik yang ada di dalamnya.

Tetapi tak lah extreme sangat kot. Ada juga lagu yang perlahan dan mid tempo. Tetapi lagu-lagu yang laju memang laju. Solo gitar pun bergulung-gulung. Bak kata gitaris mereka Herman Li, mereka adalah "Bon Jovi on speed".


DragonForce memang terkenal dengan barisan pemuzik yang agak hebat terutamanya 2 orang gitaris mereka yang memang laju solo-solonya. Bagi yang main Guitar Hero 3 tahu lah kan. Nak terkehel jari dibuatnya.

Album kali ini lebih banyak variasi. Mungkin tak selaju album-album awal. Tetapi lagu-lagu seperti "Highway To Oblivion" dan "Cosmic Power of the Infinite Shred Machine" memang agak laju juga. Banyak lagu yang sedap. Banyak lagu yang melodic. Banyak juga yang menangkap.


Band-band power metal jarang mengecewakan bila mereka membawa lagu-lagu power ballad. "The Last Dragonborn" dan "Remembrance Day" adalah contohnya. Memang sedap. Tetapi lagu yang agak menarik perhatian adalah "Strangers". Agak lain dari yang lain. Perisa hard rock 80an yang kuat. Chorusnya memang melekat dalam kepala.

Perlu juga disebut adalalah cover Celine Dion dari filem Titanic. Yang ini memang extreme. "My Heart Will Go On" berjaya di "Dragonforce"kan. Sedap juga bila ianya dilajukan.

Akhir kata...Ada lagu yang bagus. Ada lagu yang pop dan ada juga yang sekadar pelengkap. Keseluruhannya tidaklah mengecewakan.




2 comments:

  1. aku ada bc iv band ni..gitaris dia ckp reason bassist dorg keluar dr band disebabkan dia x berminat dgn cover latest album ni trmasuk arah tuju muzik dorg

    ReplyDelete
  2. Ooo...Bassist diorang kluar Dragonforce hanya kerana cover album je ka...mungkin fred tak berminat nak teruskan dragonforce...akhirnya menjadi bassist band Kreator

    ReplyDelete