Layan album-album terbitan terkini...
Ozzy Osbourne - Ordinary Man (2020)
Sejujurnya lama dah tak mengikuti perkembangan album-album Ozzy. Kali terakhir yang betul-betul dengar adalah
No Rest for the Wicked (1988) . Selepas itu sekadar dengar gitu-gitu. Kalau ada beli pun hanya
Scream (2010). Itupun ketika jualan murah di Popular BookStore dengan harga RM9.90. Tetapi terus simpan dalam rak tanpa dengar pun.
Selepas di war-warkan berkemungkinan ini adalah album terakhir beliau. Maklumlah umur beliau pun dah 71 tahun. Rasa memang patut pula album ini di beli. Tak bolehlah nak di bandingkan dengan zaman kegemilangan tahun 80an dan awal 90an. Memang dah banyak yang berubah. Tetapi pemuziknya adalah muka-muka lama. Kecuali pemain gitar,
Andrew Watt (saya tak kenal),
Duff Mckagan - bass (Guns N Roses),
Chad Smith - drums ( Red Hot Chili Peppers) dan pemain gitar jemputan,
Slash (Guns N Roses) dan
Tom Morello (Rage Against the Machine) adalah nama-nama besar dari zaman tersebut.
Tanpa
Zakk Wylde bukan lah masaalah besar. Ozzy tetap Ozzy. Walaupun nampak dah vokalnya di mamah usia. Lagu-lagunya pun lebih lembut. Tak apa lah. Tak perlu meminta yang berlebihan. Beliau pun telah banyak memberi sejak berpuluh tahun yang lalu.
Under The Graveyard dan
Scary Little Green Men adalah antara lagu yang menarik. Duet dengan
Elton John dalam
Ordinary Man pun ok. Tapi lagu track terakhir duet beliau dengan
Pat Malone tu yang buat kacau. Mengarut!
Tak apa lah Atok Ozzy. Tak ada yang perlu dikesalkan jika dia memilih untuk bersara. Anda tetap seorang lagenda!