Saturday, August 22, 2020

Fly on, Thunderbird fly... Frankie Banali

Lagi sekali berita sedih. Kerap sangat dah kebelakangan ini. Bila kita sendiri pun dah semakin tua, apatah lagi hero-hero zaman kita membesar dulu. Pagi tadi dikejutkan dengan berita kehilangan salah seorang pemain drum yang dikagumi sejak dari zaman sekolah dulu...

Tahu pasal Quite Riot dan Frankie Banali sebelum saya betul-betul terjebak dengan muzik rock dan metal lagi. Album Metal Health pada penghujung tahun 1983 telah menjadi album no 1 di carta Billboard 200. Ketika itu saya baru terjebak mendengar lagu-lagu pop berbahasa inggeris terutamanya muzik new wave seperti Duran Duran dan selalu membeli majalah Weekend. (sebuah majalah muzik pop berbahasa inggeris tempatan). Ada di antara keluarannya yang menyiarkan artikel dan poster Quiet Riot. Maklumlah album mereka no 1, sudah tentu cerita pasal mereka juga tersiar didalam majalah pop. Mereka adalah perintis yang menjadikan muzik heavy metal menjadi muzik yang mainstream.

Tetapi tak pernah dengar pun muzik mereka sehinggalah saya betul-betul terjebak dengan muzik metal dan membeli kaset pertama mereka mungkin sekitar tahun 1986 atau 1987. Sejak itu mula mengikuti perkembangan karier Frankie Banali walaupun saya berhenti mendengar Quite Riot selepas album QR III. Maklumlah selepas tahun 1988, dah mula terjebak pula dengan muzik yang lebih ekstrem.

Tetapi hasil kerja beliau selepas itu bersama WASP memang tetap saya ikuti. Semangat beliau untuk meneruskan Quite Riot sangat kuat. Beliau terus menerus menghasilkan album Quite Riot walaupun selepas berakhirnya reunion klasik line-up pada 2001 dan kematian Kevin DuBrow pada tahun 2007. Paling tabik beliau masih cekal untuk menghasilkan album Quite Riot - Hollywood Cowboys pada tahun lepas walaupun pada ketika beliau telah pun disahkan menghidap kanser dan hanya boleh hidup untuk 6 bulan sahaja lagi.

Semangat beliau dalam perjuangan muzik rock dan melawan kanser adalah sesuatu yang perlu diberikan penghargaan. Tabik!

Fly on, Thunderbird fly

Fly on, spread your wings to the sky

Fly on, Thunderbird fly

Thanks for the music,

Frankie Banali (November 14, 1951 – August 20, 2020)


2 comments:

  1. Blackie Lawless bukak cerita pasal mendiang ni..

    new perspective in life bagi aku tentang mereka ni semua

    ReplyDelete
  2. Aku 90an baru kenal, tapi bkn QR, ketukan beliau dlm album Heavy Bones 1992

    ReplyDelete