Friday, June 25, 2021

Ajin Rabak...Sukati Kaulah

 Album berbahasa melayu yang terkini di pasaran..

Ajin Rabak ...Sukati Kaulah (2000 - terbitan semula 2021)

Saya memiliki kaset album solo beliau yang pertama, Dari Ajin Untuk Rakan-Rakan (1994) tetapi tidak pernah mengetahui kewujudan album ini. Nampak sangat yang saya pada ketika itu agak kurang mengikuti perkembangan muzik tempatan. Tambah pula lagu-lagu beliau bukanlah yang jenis popular di radio.

...Sukati Kaulah bukanlah tipikal album pop/rock melayu pada 11 tahun yang lalu mahupun pada waktu sekarang. Muziknya lebih tearah kepada blues rock dan ada beberapa lagunya yang berbunyi country seperti ala band-band rock amerika (lagu-lagu koboi Bon Jovi contohnya). Mungkin bukan untuk khalayak ramai, tetapi bagi yang sukakan lagu-lagu bergenre begini, ianya sememangnya sesuatu yang sangat menarik. Jarang nak jumpa lagu-lagu begini di dalam pasaran tempatan. Memang best dan sedap. Muzik sebegini bagi saya melangkaui masa. Tak kiralah kalau anda mendengarnya pada tahun 2000 ataupun 2021, muzik yang tak mengikut trend seperti ini akan kekal relevan di sepanjang zaman.

Pada saya Ajin memang seorang yang berbakat. Sangat-sangat berbakat. Sayangnya kredibiliti beliau sering tercalar kerana trajedi Blackrose di Anugerah Juara Lagu. Tambah-tambah pula genre beliau selepas Blackrose bukanlah kearah muzik yang mainstream. Tetapi bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Rekomended!

**saya agak tertarik dengan cover lagu Kesedaran dari Gaya Zakry. Lama dah tak dengar lagu ni. Dan Ajin memberikan keadilan yang secukupnya untuk untuk lagu ini. Tabik!


6 comments:

  1. Nice review! Jemputlah baca kat sini pulak, wokey?

    https://arenarekod.wordpress.com/2021/06/25/di-sebalik-rabak-sukatikaulah-part-1/

    ReplyDelete
  2. hampir semua distro tengah hype promote album ni

    ReplyDelete
  3. Saya lebih suka album Rabak berbanding album debut solo 1994 tu....melayan album Rabak semasa di zaman Uni mmg sangat kena & ia lagu cover Gaya Zakry tu mmg sedap je masuk ke telinga

    ReplyDelete
  4. Mungkin melepaskan rindu pade wizard

    ReplyDelete