Friday, June 18, 2021

Gila Format - Keeper of the Seven Keys Part II

Sebuah lagi album yang berjaya di"gila format"kan...


Helloween - Keeper of the Seven Keys Part II (1988)

Antara album yang lama mengidam untuk di "gila format"kan. Versi piring hitam dan cd expanded edition baru sahaja diperolehi beberapa bulan yang lalu. Versi piring hitam adalah cetakan dari Korea Selatan. Tak kisahlah asalkan harganya mampu milik dan kualiti sampul, piring dan soundnya memuaskan.

Sayangnya t-shirt untuk cover album ini lama dah jadi kain buruk. Ianya adalah t-shirt band pertama yang saya beli pada tahun 1989 dahulu. Ianya versi bootleg "iron on"di beli di kedai "Rock Station" di Komtar, Johor Bahru. Nak beli yang asli, selain tak mampu biasanya tiada size yang kecil. (Zaman tu kedai jual semua yang besar-besar). Banyak kenangannya tshirt tesebut.

Keeper of the Seven Keys Part II adalah salah satu album yang menjadi soundtrack zaman remaja. Ianya merupakan album Helloween pertama saya. Antara album yang tak pernah jemu dengar dari usia belasan tahun hingga ke usia pengeluaran akaun dua KWSP...hahaha...



4 comments:

  1. semenjak PKP tahun lepas, dan PKP lagi tahun ini... dah hilang mood nak beli CD secara amnya, padahal ada beberapa tajuk tersenarai ingin dibeli

    ReplyDelete
  2. Gua mau Lu review Skyfall,ha,ha,ha!

    ReplyDelete