Friday, May 10, 2024

Membeli kenangan - Bujal

Kenangan dari zaman kanak-kanak...


Ini khas untuk warga tua bernostalgia…haha… Tapi ini bukanlah komik yang asal. Ianya adalah edisi khas terbitan baru 2024. Dicetak semula bersempena ulangtahunnya yang ke 51. 


Tahniah kepada penerbit dan pelukis asal (Tuan Rizalmam ) kerana menerbitkan semula komik ini. Sekurang-kurangnya dapat megembalikan kenangan zaman kanak-kanak disamping mengenalkannya kepada generasi yang baru.


Tapi mungkin komik sebegini bukan lagi pilihan bagi generasi sekarang. Maklumlah dunia sudah menjadi digital dan barangan fizikal hanyalah untuk warga tua bernostalgia (khabarnya dah sold out pun)

Melihatnya semula mengembalikan ingatan kepada watak-watak yang ada di dalamnya. Ada yang hampir terlupa, maklum lah dah lebih dari 40++ tahun.

Tak boleh ingat dah bila kali pertama membacanya. Mungkin sekitar tahun 1978. Tetapi seingatnya antara Bujal atau Bambino adalah bahan bacaan yang pertama dibaca ketika mula pandai membaca.

Mulanya sekadar pinjam kawan kemudiannya mengecek mak untuk beli. Tetapi ianya tak lama. Bujal saya tinggalkan bila munculnya komik Gila Gila.


1 comment:

  1. waktu aku kecik awal 80an abang aku dah layan Gelihati, lepas tu tukar minat pi Gila-Gila... GG 80-90an memang top, sehinggalah dipotong oleh Ujang

    ReplyDelete