Thursday, August 29, 2024

From Hell I Rise

 Lagi album terkini 2024...

Kerry King - From Hell I Rise (2024)

Album solo Kerry King yang bolehlah juga dianggap sebagai supergroup. Selain pemain bassnya yang tidak saya kenal, anggota lainnya adalah nama yang dikenali untuk scene thrash metal 80an.

Muziknya memang tak jauh berbeza dari Slayer. Apatah lagi ianya dianggotai oleh Paul Bostaph dan Phil Demmel (pernah menggantikan Gary Holt untuk beberapa siri konsert). Sudah semestinya ianya adalah Slayer. Yang berbezanya cuma vokal. Saya sememangnya pengemar Mark Osegueda dan Death Angel. Sayangnya saya merasa sedikit janggal apabila beliau cuba untuk menjadi Tom Araya.


Jujurnya saya merasa sedikit sukar untuk mendengar album ini secara sekali harung. Kebanyakan melodi lagunya kedengaran agak sama. Mungkin ianya hanya saya. Maklum lah kali terakhir mendengar Slayer secara betul pun adalah 30 tahun yang lalu (Divine Intervention - 1994).

Tetapi bagi pendengar tegar Slayer ataupun Kerry King, mungkin ini sesuai untuk anda.




Saturday, August 24, 2024

Gila Format - Image Of Purity

Antara yang terkini berjaya di "gila format"kan...


Cromok - Image Of Purity

Akhirnya ianya dikeluarkan juga dalam bentuk piring hitam. Sebagai seorang yang ada penyakit gila format sudah semestinya TERPAKSA beli...hahaha...


Tiada apa lagi yang nak diceritakan tentang Image Of Purity. Ianya sudah menjadi album lagenda. Membeli kenangan sebegini sememangnya bukanlah murah...


Tetapi baru perasan yang versi cd ini adalah cd cetakan awal yang menggunakan gambar cover demo bukannya seperti cover kaset terbitan VSP.  Arghhh sudah....nampak gayanya terpaksalah kena cari cd yang sama pula gambar covernya...ini memang penyakit...hahaha...



Wednesday, August 21, 2024

Sudah Sampai Sini - Liverpool

Banyak sebenarnya gambar kenangan ketika saya berkunjung ke England pada bulan Fenruari lepas ada di dalam draf. Tetapi jarak masa dan kesibukan kerja menyebabkan rasa kurang bersemangat untuk menulis semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Untuk kali ini cukuplah sekadar berkongsi beberapa keping gambar di sekitar bandar Liverpool untuk kenangan diri sendiri di masa hadapan. Ada diantara periciannya saya pun dah lupa. Contohnya bangunan apa dan kisah disebaliknya. Tetapi kalau betul-betul nak mencari detailnya memang sampai bila-bilalah entri ini akan tersekat di dalam draf.





Apa yang menariknya bagi saya tentang Liverpool adalah senibina bangunannya. Memang cantik. Barulah betul terasa seperti berada di negeri orang puteh. Mereka masih mengekalkan senibina asal. Tak banyak pun bangunan moden. Malah bandar besar seperti Liverpool cuma ada satu shopping complex besar iaitu Liverpool One berbanding Johor Bahru contohnya, bersepah shopping complex di sana sini.

Tetapi satu yang tak best tentang liverpool adalah kelab bolasepaknya...hahaha....



Sunday, August 18, 2024

House of Broken Love

Satu penghargaan buat Jack Russell.

Bukanlah peminat tegar Jack Russell dan Great White, tetapi banyak juga koleksi album mereka ada di dalam simpanan. Artikel Allahyarham Juwie di dalam surat khabar Mingguan Malaysia tentang kehebatan suara beliau dan lagu "Save Your Love" yang setanding 'Still Loving You" adalah antara memori awal saya tentang beliau.

Hanya mula mendengar Great White melalui album "...Twice Shy (1989)". Dan sudah semestinya ianya menjadi album nostalgia dan kegemaran. Sempatlah juga ianya di"gila format"kan.

Kali pertama berpeluang menonton video mereka adalah melalui lagu "Face The Day" dari tape video Kerrang Kompilatian. Dan kemudiannya "House of Broken Love" dari siaran langsung American Music Awards 1990. Ianya saya rakam dan menontonnya berulang-ulang kali. Antara kenangan manis zaman remaja.


Thank you for the music

Jack Patrick Russell (December 5, 1960 – August 15, 2024)


Wednesday, August 14, 2024

Mean Streets

 Lagi yang terkini untuk 2024...

Riot V - Mean Streets (2024)

Ini adalah album Riot yang ke 17 dan yang ke 3 menggunakan nama Riot V (sempena menghormati pengasas Riot, Mark Reale yang sudah meninggal dunia).

Walaupun hanya tinggal Donnie Van Stavern dan beliau pun bukannya anggota yang asal tetapi album ini sememangnya tidak mengecewakan. 


Riot V sememangnya khas untuk pengemar Thundersteel. Donnie sendiri bermula dari album tersebut. Dan beliau juga watak penting yang mencorakkan Thundersteel maka sudah semestinya era tersebut adalah pilihan beliau.

Jika anda peminat Thundersteel maka sememangnya tiada alasan untuk tidak suka kepada album ni.

Pastinya album ini adalah antara album pilihan saya untuk 2024.
 

Friday, August 9, 2024

It Beckons Us All

 Lagi album terkini 2024...

Darkthrone - It Beckons Us All (2024)

Saya bukanlah pendengar tegar Darkthrone. Hanya mula tertarik untuk mendengar mereka setelah mendengar lagu "Valkyrie" dari album "The Underground Resistance (2013)"

Ianya sebuah lagu yang kuat pengaruh heavy metal 80an. Memang tak sangka Darkthrone boleh menghasilkan muzik yang sebegitu. Sejak dari itu saya mula mengikuti perkembangan mereka.

Mereka bukanlah lagi sebuah kumpulan black metal yang asli. Mereka dah banyak berubah. Dan album terbaru ini sekali lagi membuktikan yang mereka kini lebih selesa memainkan muzik heavy / doom metal. Namun begitu perisa black metal nya masih ada.

Tetapi yang paling menarik tentang Darkthrone adalah rif-rif melodic mereka. Memang sedap. Memang tak pernah kering idea. Tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai Darkthrone yang rocking seperti era "The Underground Resistance" berbanding yang doomy seperti beberapa album kebelakang.


Friday, August 2, 2024

Child Within the Man

 Lagi album baru terkini di pasaran...

Sebastian Bach - Child Within the Man (2024)

Tak pernah beli apa apa album pun dari Sebastian Bach semenjak beliau keluar dari Skid Row. Bukan tak berminat cuma tak rasa terpanggil untuk beli dan tak terjumpa pula di jual di depan mata.

Berbeza kali ini. Mungkin promosinya sampai. Rasa terpanggil untuk mencuba dan tak sangka ianya bagus. Mulanya rasa biasa sahaja tetapi mula rasa tertarik bila masuk pendengaran kali kedua dan ketiga. Ternyata ianya sebuah album yang "grower".

Sebastian Bach masih seperti dulu. Beliau tidak menjadi "mellow" seperti sesetengah penyanyi yang lain bila meningkat usia. Masih rock n roll masih metal. Kolaborasi beliau dalam 3 lagu bersama 3 gitaris (John 5, Orianthi dan Steve Stevens) juga idea yang menarik. Steve Stevens memang tidak menghampakan. Solo dia sedap.

Secara keseluruhannya memang sangat menghiburkan. Ada beberapa lagu yang mengingatkan kita kepada Skid Row. Dan lagu baladanya, To Live Again pun sedap.

Ini adalah jawapan tepat Bach kepada album terbaru Skid Row tahun lepas. Dua-dua pun bagus tapi zaman dah berubah. Mereka hanya untuk bernostalgia. Tapi kalau mereka nak kaut duit, lupakan ego, buat konsert reunion...pasti "sold out".