Lagi album baru terkini di pasaran...
Sebastian Bach - Child Within the Man (2024)
Tak pernah beli apa apa album pun dari Sebastian Bach semenjak beliau keluar dari Skid Row. Bukan tak berminat cuma tak rasa terpanggil untuk beli dan tak terjumpa pula di jual di depan mata.
Berbeza kali ini. Mungkin promosinya sampai. Rasa terpanggil untuk mencuba dan tak sangka ianya bagus. Mulanya rasa biasa sahaja tetapi mula rasa tertarik bila masuk pendengaran kali kedua dan ketiga. Ternyata ianya sebuah album yang "grower".
Sebastian Bach masih seperti dulu. Beliau tidak menjadi "mellow" seperti sesetengah penyanyi yang lain bila meningkat usia. Masih rock n roll masih metal. Kolaborasi beliau dalam 3 lagu bersama 3 gitaris (John 5, Orianthi dan Steve Stevens) juga idea yang menarik. Steve Stevens memang tidak menghampakan. Solo dia sedap.
Secara keseluruhannya memang sangat menghiburkan. Ada beberapa lagu yang mengingatkan kita kepada Skid Row. Dan lagu baladanya, To Live Again pun sedap.
Ini adalah jawapan tepat Bach kepada album terbaru Skid Row tahun lepas. Dua-dua pun bagus tapi zaman dah berubah. Mereka hanya untuk bernostalgia. Tapi kalau mereka nak kaut duit, lupakan ego, buat konsert reunion...pasti "sold out".
No comments:
Post a Comment