Friday, August 9, 2024

It Beckons Us All

 Lagi album terkini 2024...

Darkthrone - It Beckons Us All (2024)

Saya bukanlah pendengar tegar Darkthrone. Hanya mula tertarik untuk mendengar mereka setelah mendengar lagu "Valkyrie" dari album "The Underground Resistance (2013)"

Ianya sebuah lagu yang kuat pengaruh heavy metal 80an. Memang tak sangka Darkthrone boleh menghasilkan muzik yang sebegitu. Sejak dari itu saya mula mengikuti perkembangan mereka.

Mereka bukanlah lagi sebuah kumpulan black metal yang asli. Mereka dah banyak berubah. Dan album terbaru ini sekali lagi membuktikan yang mereka kini lebih selesa memainkan muzik heavy / doom metal. Namun begitu perisa black metal nya masih ada.

Tetapi yang paling menarik tentang Darkthrone adalah rif-rif melodic mereka. Memang sedap. Memang tak pernah kering idea. Tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai Darkthrone yang rocking seperti era "The Underground Resistance" berbanding yang doomy seperti beberapa album kebelakang.


3 comments:

  1. Masih rasa kagum apabila ada koleksi Darkthrone dalam simpanan hang ni.

    ReplyDelete
  2. belum sempat dengar satu lagu pun lagi dari album ni.. huhu

    ReplyDelete