Thursday, October 25, 2012

Deafening Silence

Ni pun dah 10 tahun,


Cromok - Deafening Silence (2002)

Saya tidak pernah terlepas dari membeli setiap rilisan Cromok. Namun begitu album mereka yang benar2 saya dengar cumalah sehingga Forever In Time. Album mereka selepas itu saya cuma membelinya sebagai tanda sokongon walaupun sebenarnya saya tidak berapa mendengarnya.

Cromok di zaman Hillary sedikit berbeza berbanding Karl. Secara jujurnya saya lebih suka zaman Karl kerana saya rasa solo2 Karl lebih melodic. Mungkin jugak kerana pengaruh neo classical Malmsteen ataupun power metal Kai Hansen yang menjadi inspirasi Karl manakala Hillary pula lebih ke arah rock n roll (Eddie Van Halen contohnya)


Tapi jangan salah anggap, saya sebenarnya peminat Hillary. Search tanpa Hillary memang saya kurang berkenan. Saya meninggalkan Search selepas album Fenomena. Cuma beberapa tahun kebelakangani ni sahaja saya mula mendengar Search semula (zaman Kid). Tapi mungkin telinga saya sudah terbiasa dengan Cromok yang melodic dan kemelayuan menyebabkan sedikit sukar untuk saya menerima sepenuhnya album ni.

Walaubagaimanapun Hillary tidak pula melembutkan Cromok. Deafening Silence tetap sebuah album thrash. Lagu2 seperti  "Enough?", "Whisper", "Struggle" dan "Frontliner" dll masih mengekalkan ciri2 Cromok. Kecuali instrumental "Who Cares What You Think" yang sedikit berlainan. Ini membuktikan yang Hillary adalah seorang gitaris yang sangat versatile.

Apa2 pun selagi Sam dan Miji ada...tak kisah lah siapa pun gitaristnya. Cromok tetap Cromok.




3 comments:

  1. Agak kecewa psl attitude/ego Karl yang pernah buat statement dlm fb suatu ketika dahulu,psl dia x suka peminat ambik video diorang masa buat show...tapi penjelasan dia dlm Majalah Karisma bulan dulu berkenan dgn hal ni ada relevannya cuma byk fan diorang berang psl attitude dia...im neutral,x sokong sapa n still listening to album Forever In Time sehingga sekarang.

    ReplyDelete
  2. terkejut jugak masa ni dengar hillary join cromok..tapi solo2 dia dalam album ni pun power..

    ReplyDelete
  3. Aku pon kecewa sikit la dgn attitude KArl yg marah marah pasal upload video ke youtube.But thats okay because it is his materials and may god bless him.Amin.haaa.Berbalik kepada cerita album cromok,Ini adalah antara album cromok kesukaan aku.Memang ramai fans komen negatif sejak kemasukan Hillary album mean meaner meanest riffing dan solonya tak se melodik Karl.itu memang lah teramat betul.TETAPI dengan kemasukan hillary,muzikaliti cromok menjadi lebih luas dan adventerous.thats a good thing dan dalam album ni aku rasa telah mengumpulkan solo-solo gitar hillary yang teknikal dan kali ini agak melodik sedikit dr Mean meaner Meanest,Whats Left dan Untitled.Distortion rhythm nya pun agak unik dan pada aku agak sesuai utk lagu lagu thrash cromok.Overall,album ni amatlah sedap.Lagu kesukaan aku: Resemblance, Enough,Struggle,Whisper dan of course instruMETAL Hillary's Who cares what you think.So marilah kita berdoa agar Cromok akan mengeluarkan satu album lagi featuring Karl on guitar again.ermmm... 18/5/2013 ni cromok ada showcase di Solaris.Jom ramai-ramai.

    ReplyDelete