Lagi pasal album reissue..
Febians - Lang Buana (1994) - rilisan semula 2015
Lagi sebuah album rock melayu yang dulu tak pernah tahu pun kewujudannya. Satu-satunya lagu yang pernah dengar adalah "Eva Natasha". Popular juga kot lagu ni suatu masa dulu. Lagu lain memang langsung tak tahu.
Tetapi lagu track pertama "Rutin Oh Rutin" mengingatkan saya kepada Amuk. Awalnya ingatkan kerana vokal Nasha. Maklumlah Nasha itu Bandi. Tetapi selepas 2,3 kali pendengaran saya yakin ini memang lagu Amuk. Mendengar semula cd "Tanpa Prejudis" dari Amuk mengesahkan ini sememangnya lagu yang sama. Cuma ditukar lirik dan versi Amuk susunan muziknya lebih metal dan diberi tajuk baru, "Dalam Semak".
Bukan setakat itu, rupa-rupanya ada 2 lagi lagu dari album ini yang dirakam semula oleh Amuk. "Racun Asmara" menjadi "Racun" manakala "Ribut Kecewa" mejadi "Ribut". Kedua-duanya mengekalkan lirik yang sama cuma tajuk dipendekkan. Rasanya kalau saya mendengar album ini terlebih dahulu dari album "Tanpa Prejudis", pastinya pada ketika itu saya tidak perlu berteka teki siapa dia Bandi Amuk yang sebenarnya.
Secara keseluruhannya, Lang Buana agak sedikit berbeza dengan album-album yang sebelumnya. Setuju dengan Portdy yang ianya ada pengaruh rock 70an. Ada juga blues. Mungkin kerana hampir keseluruhan lagu dicipta Nasha atau mungkin juga kerana pengaruh Man Kidal sebagai penerbit. Malah beliau turut serta bermain dalam album ini. Lagu "Rutin Oh Rutin" tu memang boleh cam sangat sound gitar beliau.
Selain Man Kidal, bahagian drum dan bass juga ada menggunakan pemuzik undangan. Tak pasti kenapa mereka tidak bermain sendiri. Tekaan saya ketika album ini berkemungkinan Febians sudah di ambang perpecahan atau pun mungkin sudah pun berpecah dan album ini sekadar pelengkap kontrak. Agaknya la...kalau salah tolong betulkan.
takkan dibeli... hehehehehe
ReplyDeletemacam menarik pula, jap nak pra dgr kat utube.
ReplyDeletesbb aku minat ngan lagu amuk dalam semak tu.
ReplyDeleteAlbum ni masa memula kuar dulu pun tak penah beli.cuma tau lagu eva natasha tu je la selalu kuar radio
ReplyDeleteTaim ini album...hanya nasha dn aziz jek yg remain...yg len anggota bru...bassis n drummer...tu pasal kot
ReplyDeleteKumpulan paling banyak anggota keluar masuk mostly unofficial
DeleteZaman ni Man Keedal kuat terpengaruh ngan Jimi Hendrix ... boleh dilihat pada album Solo Man Keedal yang ada cover lagu Sweet Angel tu....
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletedah complete discography febians?
ReplyDeleteBelum...ada sebijik lagi belum kena reissue...
Delete