Thursday, December 8, 2016

VII Years VII Days Part II

Lagi yang dah 20 tahun...


D'Cromok - VII Years VII Days Part II (1996)

Cerita mereka walaupun tak serupa tapi ada ala-ala Metallica dan Megadeth. Tak pasti apa puncanya tetapi kalau bukan kerananya maka tak akan ujud D'Cromok. Sayangnya hayat Arwah Khairuddin Muhammad, pengasas, penulis lagu/lirik, penyanyi dan gitaris asal Cromok tidak panjang. Malah kalau bukan kerana beliau berkemungkinan juga Cromok sendiri pun tak akan ujud.

D'Cromok pada saya lebih kepada sound Cromok yang asal. Raw dan kasar. Cromok tanpa beliau pula menjadi lebih bersih. Apatah lagi bila mereka mula menggunakan sessionist dari kalangan pemuzik metal mainstream di Malaysia. D'Cromok pula sebaliknya. Pemuzik dan penyanyi undangannya adalah dari kalangan pengiat metal bawah tanah.

Banyak lagu lagunya yang sedap. Pada saya beliau sangat berbakat dan kreatif. Rugi juga kerana ini sahaja yang sempat beliau kongsikan untuk kita. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Saya cukup tertarik dengan lirik dari album ini. Penuh makna yang mendalam jika anda rajin untuk mengkajinya.

Saya hanya mempunyai kaset part 2. Tak ingat jika saya pernah membeli bahagian pertamanya. Cari tak jumpa, Bagus juga kan kalau satu hari nanti akan ada juga versi cd reissuenya. 


Namun begitu, untuk tujuan riak cdwi (hahaha..) saya mempunyai versi kedua-duanya yang dimuatkan dalam satu cd terbitan tahun 1997. Di kotaknya masih terlekat sticker Salem Power Station dengan tarikh 12hb Dec 1997.(kenangan betul kedai kaset di Ampang Point ni...)


***saya tertarik dengan tulisan arwah pada inlay....seolah-olah macam ada maksud yang hendak beliau sampaikan..

"Ira: You better follow me to Mecca very soon. My fantasy not to be in tropical paradise but to be Sufi and completely released from earthly doings. Ask certain people (you’ll not find in daytime) in white clothe, he’ll tell you about me and the rest (I’m still bad, though)…"

Semoga Roh Arwah Khairuddin Muhammad di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.




7 comments:

  1. Dulu member sekampung penah beli kaset ni.hari2 aku pegi rumah dia dengar kaset ni.lirik lagu dlm album ni mmg banyak maksud yg tesirat

    ReplyDelete
  2. Rasa panas terbakar siot aku baca posting ni,
    nak nak bahagian white clothe tu

    ReplyDelete
  3. sedih plak baca entri ni.. sob sob, dcromok mmg terbaik..

    ReplyDelete
  4. Harap adalah reissue album kompilasi tu nanti, cuma ada part 1 dr Lost Souls/D'Cromox split album, 2 LPs in One CD je..

    ReplyDelete
  5. "Ira: You better follow me to Mecca very soon. My fantasy not to be in tropical paradise but to be Sufi and completely released from earthly doings. Ask certain people (you’ll not find in daytime) in white clothe, he’ll tell you about me and the rest (I’m still bad, though)…"

    Kata-kata ni seolah2 mcm tahu saja dia nak pergi. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.

    ReplyDelete
  6. arwah din cromok ni nasibnya seakan-akan abang mus (dave mustaine) la jugak kan..! beliau terpinggir, dikhianati dan akhirnya kecewa, merana sehingga ke akhir hayat..
    Al-Fatihah buat Khairuddin Muhammad
    Amin..

    ReplyDelete