Friday, May 28, 2021

B29

Layanan ketika di kuarantin 10 hari... (bahagian 2)

Dalam tempoh terkurung di rumah ini saya cuba untuk mendengar seberapa banyak album-album rock melayu yang suatu masa dahulu tak pernah di ambil tahu.

*** Tetapi maaf lah saya hanya mampu mendengarnya melalui versi cdr. Tak pernah jumpa versi cd dan tak mampu pula kalau nak beli versi kaset ataupun piring hitam

Gersang - B29 (1989)

Tajuk album ini mengingatkan saya kepada zaman menuntut di ITM Segamat Baru. Kampus lama sebelum wujudnya kampus sekarang di Jementah. Ianya merupakan deretan rumah kedai yang mana tingkat bawahnya adalah bilik kuliah manakala tingkat atasnya adalah dorm asrama. Dormnya pula dikenali dengan huruf B didepannya. Saya tinggal di dorm B27, berjiran dengan B29. Kebetulan ketika itu album ini baru diterbitkan di pasaran. Makanya setiap kali hendak menuju ke dewan makan pastinya akan melalui pintu yang berlabel B29 yang dibawahnya adalah dewan makan. Walaupun tak pernah beli dan dengar kasetnya, tetapi melihat pintu tersebut pastinya akan terbayangkan Gersang.

Tak pasti kenapa album ini tidak dikeluarkan semula dalam bentuk cd seperti 2 album awal mereka. Melihat senarai lagunya ada 5 lagu yang saya tahu (saya mempunyai cd kompilasi Gersang Dalam Kenangan yang ada 5 lagu dari album ini). Sudah semestinya yang paling di ingati adalah lagu popular "Bersama Suara Hati". Tetapi apa yang paling saya ingat tentang album ini walaupun tak pernah dengar pada ketika itu (pertama kali dengar sepenuhnya adalah ketika hendak membuat entri ini 😁) adalah lagu B29 yang intronya mirip dengan lagu Gary Moore - Over the Hills and Far Away.

Secara keseluruhannya, album ini tidaklah terlalu meleweh seperti album Takdir. Tetapi lagu-lagu rancaknya agak kurang menarik. Bunyian keyboards terlampau mendominasi. Album pertama mereka tetap yang terbaik untuk saya. Tetapi tabik juga kepada mereka kerana 7 lagu dari album ini adalah ciptaan mereka sendiri. Satu dari Rahim Othman, satu dari Nordin (Search) dan satu dari Nasir (ex-Search 😁)



5 comments:

  1. Yang menarik sangat nak komen bukan album ni. Walaupun setuju sangat dikeluarkan semula dlm bentuk cd (dan remastered). Yang menarik aku ada cd copy ni. Sebijik yg aku ada..... Kalau ada ori aku dah lama beli

    ReplyDelete
  2. Album nih pun best, to kalu produce semula dlm format cd sure mood/feel nya jd lain..Err telinga saya ler hehee...

    ReplyDelete
  3. Bayangan mimpi paling best dalam album ni

    ReplyDelete