Friday, December 20, 2013

Gersang

Oleh kerana dalam entri Bazooka Penaka tu hari Deaf ada sebut ni...

 "Its unfortunate maybe my favourite wings album does not feature black. Jojet is forever gersang. Band yang hobit." 

Maka hari ni dipersembahkan....the hobit...


Gersang - Dalam Kenangan  (1993)

Tak pasti berapa ramai yang ada cd ni. Rasanya dah boleh masuk kategori rare kot. Usianya pun dah capai 20 tahun. Di riliskan di zaman cd baru nak up.

Kompilasi terbitan BMG (company ni pun dah dalam kenangan) mengandungi lagu-lagu popular Gersang terutamanya yang berentak perlahan dari album Gersang (1988), Takdir (1988) dan B29 (1989).

Senarai lagu adalah seperti berikut :

Masih Aku Terasa (Gersang)
Sunyi (Gersang)
Aku Bertemu Aku (B29)
Suratan Takdir (Takdir)
Luka Lagi (Takdir)
Percintaanku (Takdir)
Bersama Suara Hati (B29)
Jiwa Rock N' Roll (Gersang)
Bunga Cinta (B29)
Bayangan Mimpi (B29)
Bisikan (Gersang)
B29 (B29)

inlaynya takder gambar...bukak lipat ada lirik dalamnya....

Ini adalah cd kompilasi kegemaran orang rumah. Dia cakap Man Bai tu dulu kiut...hahaha....Tapi dulu beli cd ni pasal sukakan album pertama Gersang (1988). Nak cari album tu dalam bentuk cd memang payah la. Rasanya memang tak ada pun. Lagu-lagu dari album pertama tu memang rock...heavy. Lebih heavy dari band-band 90an yang mengaku dia band rock. Sememangnya zaman rock melayu yang best adalah sebelum tahun 1990. Pencen dah dengar rock melayu selepas itu.

Tertarik nak beli cd ni dulu kerana adanya lagu "Jiwa Rock n' Roll". Sedap dengar Jojet main lagu ni. Sayangnya itu lah satu-satunya lagu rancak dari 1st album selain "Bisikan" yang ada kat cd ni. Kalaulah ada lagu "Perbezaan" kan lagi best. Tak pun "Kaca Dari Permata", "Gelora" atau "Bakti Pertiwi". Siapa kata Man Bai tak rock. Tapi mereka menjadi tak best selepas keluarnya album ke 2, Takdir. Dah jadi terlalu pop dengan imej dan lagu-lagunya.

Kid masuk Search dulu pun ramai yang tak suka. Search tu jam bagi budak-budak zaman tu kira rock abis la kan...Gersang pulak band jiwang...hobit bak kata deaf...pompuan suka la...Man Bai, Kid dan Acis yang kiut...hahaha....Memang macam tak kena ajer dia masuk Search...Bertahun aku tak follow Seacrh selepas tu....

Padahal sebenarnya layan juga lagu Gersang ni....Dia bila sesekali drive malam-malam orang rumah suruh bukak lagu "Masih Aku Terasa", "Sunyi" atau "Suratan Takdir"....feeling jugak....hahahaha...





8 comments:

  1. Zaman tu Mama Juwie dapat advance tape Gersang ni kot?
    So dia gi all these places kat KL and play Masih Aku Terasa to the people on the street. People like this song.
    Mama Juwie wrote about this song in her articles.
    Ni sebelum kaset Gersang keluar.

    Mat Kental Buah la Gersang!!! hahaha...

    ReplyDelete
  2. Satu lagu je takda "kehancuran" lagu frust awek kasik..hahah..
    3 album gersang aku ada rip dari kaset ke mp3..kalau mau aku send file dia

    ReplyDelete
  3. Ini band pernah datang ke Miri suatu ketika dahulu pada lewat dekad 80'an, my dad pernah jadi event manager semasa show Gersang di Miri...all of them are very friendly...diorang masa tu buat persembahan untuk orang awam di dewan suarah Miri....pernah jumpa Man Bai dulu tapi sayang masa tu takda kamera....sedih cakap pun tak guna maaaa....

    ReplyDelete
  4. Salam pakcik.. Nak minta tolong ne boleh ke burn kan cd ne? Hehe.. Xda jumpa mp3 album ne.. Huhu..

    ReplyDelete
  5. Band rock yang pernah kena baling dengan telor tembelang...
    1st album memang rock...lagu "Perbezaan" memang best
    2nd album jadi pop..maybe angkara Juwie? ha ha ha ha

    ReplyDelete
  6. lagu ni masa akak tingkatan satu....mmg hot gila lagu diaorang masa tu.Mmg kiut Man Bai acis dan Kid masa tu..Nak download balik lagu lagu Gersang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak...masa 1st album Gersang ni saya baru Tingkatan Lima...haha..

      Delete