Monday, April 4, 2011

Nevermind

Kalau cerita pasal album2 dari tahun 1991...memang tak sah kalau tak cerita pasal album ni...Nirvana - Nevermind..




Banyak aku terbaca kat majalah maupun website meletakkan Nevermind sebagai album no 1 bagi tahun 1991...mungkin ada kebenarannya kot...Nevermind mejadi punca bermulanya fenomena muzik alternatif rock ke dunia mainstream...tetiba semua nak jadi alternatif...yang dulunya metal hantu pun tetiba nak jadi alternatif...memang dasat pengaruh Nirvana pada zaman tu...

Tak payah la aku nak review lagu2nya...rasanya majoriti korang lebih tau pasal album ni dari aku...terutama yang membesar zaman 90an kan...Nirvana ni kira macam Iron Maiden ataupun Metallica bagi budak2 zaman 80an macam aku ni....oleh kerana jati diri rock metal 80an aku kebal (heheh...) aku agak lambat untuk follow album ni...



Pengalaman pertama aku pasal Nirvana kalau tak silap masa awal tahun 1992...tu jam aku memang rajin belek2 surat kabar The Star setiap hari Isnin nengok carta Billboard...iyer la selepas Skid Row,Van Halen, Metallica dan GNR dapat no 1 kat US Billboard masa tahun 1991...aku macam rajin pulak nak belek2 kot akan ada lagi band2 rock dapat no 1 kat situ...tetiba nampak nama Nirvana ni no 1...aku target ni band rap ker apa ni...tambah pulak lagu dia yang masuk carta top 10 pelik bebebonya tajuknya...Smell Like Teen Spirit...

Lepas tu memang aku buat tak tau...sehinggalah aku tertengok video clipnya kat MTV tv Singapore...baru tau ini rupanya Nirvana...layan jugak lagunya...tapi memang aku tak beli kasetnya lagi sehinggalah Nirvana ni tetiba jadi besar...semua sibuk pasal Nirvana...ntah mana datang tetiba muncul pulak perkataan grunge...oleh kerana aku pun tak nak ketinggalan...nak trendy...akhirnya terbeli jugak kaset ni...heheh...

Dalam banyak2 so called grunge band ni...aku rasa Nirvana yang aku boleh masuk...pasal lagu2 dorang bukannya jenis meleweh sangat..slow tempo dan depressing macam kebanyakan band2 grunge yang lain...pelik kan...rock n roll supposed to be fun...tapi masuk era 90an ni...rock n roll jadi murung...tu yang aku kurang berkenan tu...bak kata sorang kawan aku...lagu rock pemalas...(ni mesti budak2 90an tak puas hati ngan aku ni...hahaha)

Tapi Nirvana aku masih boleh terima...lagu2 dorang memang giler catchy...cuma potong stimnya...dorang takder solo2 gitar hero...zaman dah berubah...tak payah la nak susah2 praktis gitar sampai jari berdarah...tapi aku enjoy semua lagu dorang...terutama ngan lagu2 macam "Breed" dan "Lounge Act"...tapi personal fav. aku dah tentu2 "Territorial Pissings".

Aku upgrade kaset ke cd beberapa tahun lalu...kalau terjumpa murah...cdnya pulak ada kenangan...memang aku beli punya...cuma yang bezanya cd dari kaset ni..lepas lagu last "Something in the Way"....kalau korang biar jer cd tu berputar...selepas beberapa minit diam...tetiba akan ada bunyi lagu....mula2 dulu terperanjat aku...dah la tengah malam buta...hahaha...check kat internet baru tau..memang ada hidden track rupanya...tajuknya "Endless, Nameless".



Tak tau la korang perasan ker tak...sejak dulu aku rasa Smell Like Teen Spirit ni ada macam persamaan ngan Boston - More Than A Feeling...mungkin kebetulan jer kot...atau pun aku jer yang rasa camgitu....tapi yang pastinya...aku sampai sekarang pun tak paham lirik lagu ni...dah la dulu kasetnya takder lirik...Kurt Cobain punya sebutan pun ntahapahapa...aku suspek lagu ni memang takder makna apa2 pun..aku pernah terbaca yang Dave Grohl cakap Cobain buat lirik lagu ni janji hujungnya rhymes sudah...

Tak kisah la korang minat grunge ker gitar hero ker...walaupun aku bukanlah minat sangat pun...tapi yang pastinya album ni memang sedap...

8 comments:

  1. Bau macam tin sepirit!!
    Dedulu pakai lampu pam!!

    ReplyDelete
  2. Tony Kedai Keset kat Pontian Johor, adalah individu yang bertanggungjawab mengenalkan gua pada Nirvana.

    Keset dubbing yang gua dah set lagu rock classic macam Skidrow-NR- Scorpions etc , Tony telah bubuh dua lagu extra sebab ada space ...dua lagu tu adalah 1)Saltwater-Julian Lennon dan 2) SLTS - Nirvana.

    Hail Tony kedai keset! kedai pun dah lama tutup, Tony tu pun entah hidup lagi ke tidak...

    ReplyDelete
  3. Hahah. Betul kata ko, lirik lagu SLTS ni ntahapaapantah mcm yang dinyanyikan oleh Weird Al Yankovic-Smells Like Nirvana!

    What is this song all about?
    Can't figure any lyrics out
    How do the words to it go?
    I wish you'd tell me, I don't know
    Don't know, don't know, don't know, ooh no
    Don't know, don't know, don't know...

    Now I'm mumblin' and I'm screamin'
    And I don't know what I'm singin'
    Crank the volume, ears are bleedin'
    I still don't know what I'm singin'
    We're so loud and incoherent
    Boy, this oughta bug your parents
    Yeah!

    boleh layan video tu kat sini
    http://www.youtube.com/watch?v=FVw-r4Lk1H4

    ReplyDelete
  4. Time nie orang dah tepu dengan glem rock, metal ,etc. Nie kira fesyen rock yang baru yang lama orang tunggu.Ada good dan bad dia. Apa-apa pun CD nie kena ada. Sekarang senang pasal Geffen dah release balik. 4 Tahun lepas, aku kena beli kat Jakarta baru dapat.(Indon Cd murah)

    ReplyDelete
  5. betul kata encik shafid tu,

    album ni mesti ada untuk generasi x macam kita ni.
    terasa nak layan dvd "Classic Album: Nirvana Nevermind" semula, Encik SHafid jangan lupa bawak balik kg 15 hb nanti, tq

    ReplyDelete
  6. nirvana.... band aku mi scusi hampir2 menjadi cover band nirvana suatu masa dahulu tapi nasib aura misfits masih kuat

    ReplyDelete
  7. Nirvana sambung kerja beberapa HC punk macam Discharge.. dan Killing Joke... pehtu pemula kepada lagu2 ringkas... perintis menyebabkan orang korek balik music sebelum dari New Wave.. ke Punk.. ke indie dan alternative.. gila kan>>??

    NEVERMIND nie pun penuh dengan pop.. dan kegilaan punk..tapi closing pun perfect- Something in The way kan dramatik dan berimpak.. walaupun.. yeah.. ringkas..

    ReplyDelete