Yang dah 20 tahun...
Nirvana - MTV Unplugged in New York (1994)
Zaman ni, semua artis pun di"unplugged"kan. Nirvana tidak terkecuali. Tambah-tambah pula ini rilisan pertama mereka selepas kematian Kurt Cobain. Cerita tengah panas. Makanya tak hairanlah kalau album ini terus melonjak ke no 1 di carta Billboard.
Saya sebenarnya kurang berminat dengan idea unplugged. Satu-satunya album unplugged yang saya suka adalah Tesla - Five Man Acoustical Jam (1990). Pada saya itulah album unplugged yang asli. Yang lain dah jadi MTV punya trendy.
Tak ingat kenapa saya beli kaset ini. Mungkin kerana sukakan lagu cover David Bowie, "The Man Who Sold the World" atau mungkin sahaja pada waktu itu ianya seperti sesuatu yang wajib untuk ada kaset ini untuk lebih kelihatan "cool"...heheh..
Sebenarnya lama dah tak dengar. Satu-satunya lagu yang biasa dengar adalah "The Man Who Sold the World" yang sering keluar radio. Satu lagi "About a Girl". Ini adalah antara lagu untuk latihan saya bermain gitar selain "Leaving On A Jet Plane" yang saya belajar ketika mula hendak berjinak-jinak semula mengenal chord selepas bertahun tak pegang gitar. Maklumlah chord dia senang.
Senang kata, lagu-lagunya santai. Siapa yang tak suka lagu-lagu bising pasti suka. Orang rumah saya salah seorang darinya...
Unplugged ni aku ada gema di timur jauh ja..
ReplyDeletezaman ni semua pun nak unplugged...XPDC pun...
Deletepernah ada versi vcd (jack sparrow) dulu, tapi entah mana aku simpan
ReplyDeletenama je unplugged, tapi lagu TMWSTW ada guna overdrive
aku pun ada vcd tu...ada lagi kot...malas pulak nak mengembur mencari...
DeleteMasa ni demam unplugged melanda eh.ramai artis sibuk buat unplugged konsert lepas tu kuarkan dalam vcd. Yg aku ingat awie,ziana zain ngan slam
ReplyDeleteDalam 3 yang kau sebut tu...Slam dulu selalu aku dengar...setiap kali tumpang member gi sarap naik kereta dia...Unplugged Slam selain Eagles adalah yang selalu dia bukak...Naik hafal aku lirik lagu Kembali Merindu...Jadi bahan kalau Portdy baca ni...hahaha...
DeleteIzinkanlah ku titiskan. Airmata keresahan ku. Dicengkam kerinduan yang tak bertepi.
Deleteabang berteromber; sila sambung. hehe
jeles tau tu hari u dapat bergambo ngan Zamani....hahaha....
DeleteThe man who sold the world versi asal lebih best dari nirvana....hahaha bagi aku la...byk sgt lagu cover dlm album unplugged ni...
ReplyDeletesetuju dengan adi... David Bowie power ooo
Deletekan...
DeleteSokong adi jugak
Deletei remember tu jam kawan2 carik videotape persembahan ni...
ReplyDeleteaku tak minat la, layan kan orang main gitar lagu "my girl....my girl...tell me where you sleep last night" aje..
aku tak rasa ramai mat rock yang baya2 kita suka Nirvana....
DeleteAku takde ilmu dan tak reti main gitar tapi aku boleh main guitar untuk about a girl,tmwstw danplateau pasal budak2 time tu kemaruk nak jadi cobain. Aku yg hari tengok orang aje lama2 pun pandai.
ReplyDeleteabout a girl memang senang...takat nak eksyen kat awek memang senapas...heheh...
Delete