Lagi album klasik yang dah genap 20 tahun.
Nirvana - In Utero (1993)
Seperti Vs. - Pearl Jam, kaset In Utero ini di beli oleh saya asalnya adalah kerana ingin mengikut peredaran zaman. Sekali lagi diingatkan, saya bukanlah pengemar grunge dan saya hanyalah peminat casual Nirvana. Lagu yang boleh saya ingat tanpa merujuk kepada track list cd/kasetnya adalah "All Apologies". Mungkin "Heart-Shaped Box" juga. Terimakasih kepada game Guitar Hero 2. Yang lainnya hampir terlupa. Untuk entri ini saya mengambil masa selama seminggu untuk mendengarkannya semula. Sama seperti Vs. cd ini pun saya beli dengan harga cuma RM13++.
Saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita perihal In Utero. Sampai sekarang pun saya masih tertanya-tanya apa yang hebatnya Kurt Cobain ni. Tetapi jujurnya saya suka Nevermind. Saya rasakan In Utero adalah masih dalam acuan Nevermind. Cuma soundnya agak kasar dan mendap. Saya ada terbaca komen yang mengatakan kenapa mereka perlu berabis berjuta dollar hanya untuk mendapatkan sound yang sebegini. Sound begini sudah mereka buat semasa album Bleach tanpa perlu kos yang tinggi. Mungkin ada logiknya komen sebegini.
Mungkin sepatutnya grunge soundnya begitu. Saya tak pasti. Ada yang kata Nevermind terlampau bersih. Tetapi apa yang saya puji Nirvana tidak menjadi mellow selepas terkenal. Lagu-lagunya masih banyak yang aggresif. Masih ada lagu-lagu ala "Territorial Pissings". Walaupun ada lagu yang seolah-olah di recycle dari Nevermind. "Rape Me" dari "Smells Like Teen Spirit" contohnya. Tetapi tak kisahlah. Yang penting lagu-lagunya memang sedap.
Mungkin lagu-lagu seperti "Frances Farmer Will Have Her Revenge on Seattle", "Very Ape" atau "Radio Friendly Unit Shifter" bukanlah jenis yang saya minati tetapi lagu-lagu lain memang ok. Tapi ianya tidaklah sebagus Nevermind. Pada saya Kurt Cobain dan Nirvana bukanlah pemuzik yang hebat, tetapi idea menghasilkan lagu yang bagus dan sedap disamping liriknya yang kreatif lah yang mejadikan mereka sebagai lagenda.
I think I'm dumb...Or maybe just happy...
Setuju! Kurt Cobain mgkn bukan pemuzik yg hebat tapi formula beliau membuat lagu2 berentak crossover punk, metal, hardcore, psychedelic, alternative and everything in between memang genius....nanti aku buat review utk album ni jugak...haha my feberet album gak ni....In Utero baru saja rilis semula utk edisi 20th anniversary boxset nya.
ReplyDeletetu jam tak boleh lari dari dengar lagu Nirvana eh..
ReplyDeletesuka tak suka, tetap dengar lagu2 dorang kat mana2.
Rape Me? mula2 aku dengar title dan lagu, apa kejadah sey haha
kaset ni aku layan 2 djaman... skali waktu form 5 (kaset pinjam), skali waktu 1st year USM (kaset sendiri, baru mampu nak beli)
ReplyDeletemmg KLMJ
Heart shape box ngan all apologies je yang aku tau dari album ni..selain dari lagu "rogol aku"..hehheh
ReplyDeletesebelah balai bomba..thank you.
ReplyDeletejangan lupa try lempeng pisang...hahaha...
DeleteReview yg menarik
ReplyDeleteTak berapa minat tapi kaset ada, CD pun ada... Macam mana kira ni? heheheheh
ReplyDeletePasal kaset tu kalau baca betul2 ayat awal kat entri di atas dah ada jawapannya...pasal cd pulak kalau rajin baca blog ni pun dah ada jawapannya....aku mmg cdholic beb...tengok estock jual murah2 rm13 memang aku sapu jer la...
Deletedah keluar 2oth annivessary pun album ni. dah ada kat Victoria Music Amcorp Mall. Johor dan Melaka tak nampak lagi.
ReplyDelete