Wednesday, October 27, 2010

Diary Of A Madman

Membaca buku autobiography Ozzy membuatkan aku ketagih nak dengar semula lagu2 beliau..aku dah pernah cerita pasal Blizzard Of Ozz..so kali ni nak cerita album solo ke 2 beliau Diary Of A Madman...



Tahun depan...genap 30 tahun dah album ni (dengar cerita Sony nak keluarkan special edition sempena 30th anniversary ni...cantik gak tu...tambah menarik edisi kali ini adalah edisi asal...bass dan drum dimainkan oleh Bob Daisley (Rainbow,Uriah Heep) dan Lee Kerslake (Uriah Heep)...bukannya seperti versi cd remaster rilisan tahun 2002..atas sebab kes saman menyaman...bass dan drum dirakamkan semula oleh Robert Trujillo (Suicidal Tendencies,Metallica) dan Mike Bordin (Faith No More)...tapi nasib aku punya ni versi tahun 1995...

Secara peribadinya...Diary Of A Madman dan Blizzard Of Ozz adalah 2 album Ozzy yang paling aku suka sekali...lagu2nya memang banyak meninggalkan nostalgia pada diri aku dan yang paling best dah tentu2 lah pasal ini lah 2 album yang gitarisnya adalah Randy Rhoads...salah seorang gitar hero aku....sayangnya beliau mati terbunuh kerana kemalangan kapalterbang semasa tour untuk album ni...


ni line-up tour sebenarnya..Rudy Sarzo (bass) dan Tommy Aldridge (drums)



Aku rasa album ni memang betul2 tunjuk kehebatan Randy...ianya tidaklah seheavy Blizzard Of Ozz...kali ni lebih slow skit...tapi jelas boleh dengar pengaruh klasikal dalam solo2 beliau...contoh paling ketara kat intro lagu Diary Of A Madman...ianya diakui oleh Ozzy sendiri dalam bukunya...pengaruh dari lagu Mozart...

Kalau tak kerana Randy...rasanya karier Ozzy dah lama berkubur dah...walaupun aku lebih suka Blizzard Of Ozz terutamanya pasal ada lagu2 macam Mr Crowley dan Crazy Train...tapi Diary Of A Madman bestnya lebih pada guitar work Randy...kalau korang gitarist...atau minat gitar hero...ini album memang wajib la...bagi aku hasil terbaik dalam kariernya yang singkat tu...

Lagu yang paling best pada aku dah tentu2 la Diary Of A Madman...aku cukup suka susunan muzik dan gitar work lagu ni...semuanya yang best2 pada lagu ni...sememangnya Randy adalah gitaris dan komposer yang bagus...dalam buku autobiography Ozzy ada sebut di malam sebelum kejadian Randy cakap nak stop main lepas album ni...nak sambung belajar...gi university...rupanya itu la petanda dia memang nak pergi selama2nya...



Lain2 yang aku rekomen...Over The Mountain (heavy riff...solo shredding yang buat aku terngaga...klasik arr!!)...Flying High Again (lirik aku blur..tapi rasanya pasal dadah...lagu poppy sikit...tapi solo memang awesome!!), You Can't Kill Rock & Roll (antara anthem zaman sekolah aku...mula slow...part separuh jadi heavy...salah satu fav lagu ozzy aku..), Believer (lagu ballad...walaupun tak sekuat Goodbye To Romance...tapi tetap menarik...terutama solo Randy dan S.A.T.O (lagu heavy...sekali lagi rif dan solo menarik dari Randy)

Memang aku puji melambung ni...maklum la dia sememangnya salah seorang gitar hero aku...album2 selepas tu dah tak sehebat 2 album ni...walaupun aku masih boleh terima Ozzy zaman Jake E Lee...tapi zaman Zakk Wylde memang aku dah kurang berminat...

Sedikit trivia...kalau korang pernah dengar FF (Flying Funeral)...band rock 80's dari Singapura...band awal Maman Teacher's Pet...ada satu lagu tu (aku lupa dah tajuknya)...sebijik tiru lagu Diary Of A Madman...

Next...review buku Ozzy...tu pun tengok berapa cepat aku boleh khatam la..
sikit preview citer Ozzy masa audition Randy..

12 comments:

  1. "Tahun depan...genap 30 tahun dah album ni (dengar cerita Sony nak keluarkan special edition sempena 30th anniversary ni)"

    bkn lg dgr cerita, tp mmg kompom... sbb dlm album latest scream ada slip iklan mention pasal versi 30th anni

    ReplyDelete
  2. aku nak review page by page boxset "Prince of darkness" cuma kena ambik masa dan kumpul kekuatan nak scan dan upload 60 pages?

    but ill try my best,

    Kissology memang best, yang tu booklet tak banyak helai...nanti wa upload bro

    ReplyDelete
  3. ko sebut ozzy, aku teringat kelly..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Ijau...kena tgk packaging dia...kalau cantik...mau "ter"klik tetikus tu..

    Portdy...akan ku tunggu hu hu... (ikut lagu candy :P)

    takilala...kelly clarkson???
    heheh...

    ReplyDelete
  5. dulu time sekolah aku ada satu kaset
    side a- blizzard of ozz
    side b- diary of madman

    best

    ReplyDelete
  6. deaf...tu 2 memang kira anthem zaman2 sekolah la kan...

    ReplyDelete
  7. perkara terburuk pernah terjadi pada ozzy adalah kehilangan randy rhodes.

    randy kata kat mak dia lepas balik dari audition,"saya hanya main gitar lebih kurang dua minit, ozzy trus kata, hey budak, kau sekarang sebagai gitar utama ozzy osbourne band!"
    fenomena flying v polka-dot pun melanda seluruh dunia!

    " saya tak tau apa yang saya dapat tapi saya dapat sesuatu"
    randy rhodes

    ReplyDelete
  8. gayour...the best part is...dia cakap dia tak minat pun Black Sabbath...lagu Iron Man tu budak2 pun boleh main...hehehe...

    ReplyDelete
  9. di penghujung usia randy rhodes, beliau gemar mencari sekolah muzik di tempat2 meraka membuat konsert dan akan belajar klasikal. memang cita-cita randy rhodes ialah untuk bermain klasikal (boleh dengar pada lagu dee).

    kalau tak ditahan ozzy masa kapal terbang tu terhempas, mau ozzy pun mati sekali dengan randy masa tu. nasib baik sharon osbourne sempat tahan..

    *extract dari Guitar Legend - Randy Rhodes

    ReplyDelete
  10. Zan...the truth is...kalau ikut buku Ozzy ni...malam tu Ozzy mabuk (sebenonya tiap2 malam pun...)..tido mati sampai pagi...so dia tak sedo pun apa yg berlaku...dia tak tau pun tour bus dia ni berhenti kat mana...tau2 dia dengar bunyi bising dan nampak kapal terhempas...

    dia cakap kalau pagi tu dia sedar...dah tentu2 dia atas kapal tu ngan Randy...

    ReplyDelete
  11. kebetulan saya baru buat entry berkaitan dgn Ozzy..

    bro, jgn lupa check ini VIDEO, khas utk peminat Justin Bieber..hehe

    ReplyDelete