Wednesday, November 18, 2009

Blizzard Of Ozz

Khas untuk Jairo…Blizzard Of Ozz – Ozzy Osbourne.



Ketika dia awal2 tahun 80an dulu..aku agak kurang familiar dengan Black Sabbath..kerana di kampung aku dulu..kalau sebut rock omputeh..kami lebih biasa dengan Deep Purple,Scorpions,Rainbow dan UFO…maka aku agak kurang kenal sapa tu Ozzy Osbourne..sehingga la pada satu hari dalam tahun 1984 atau 1985..di sebuah kedai kaset di pekan Ulu Tiram (kedai ni dari kedai kecik..tokey dia bujang jaga kedai dgn mak dia…sampai dia dah kawin..kedai dah maju dan besar dan sekarang anak dia pun dah jadi amoi…masih ujud lagi… walaupun sekarang dah penuh lagu indon dan dia pun dah tak kenal aku lagi…aku pun dah lupa apa nama kedai kaset ni..err ..tapi kedai ni memang banyak kenangan…tempat aku kenal banyak band2 rock 80an, sumber kaset apache, tempat dubbing lagu dan jugak kedai tempat aku praktis “memanjangkan tangan”..ala..zaman bebudak nakal..ada la skit2 cilok kaset kat situ…*adik2, anak2..jangan ikut perangai tak elok ni :P*

Meleret2 pulak cerita aku..hehe..kat situ la 1st time aku dengar lagu Mr Crowley…terkesima seketika aku (pergh..ayat..hehe) …betul2 best dia punya gitar work..terus jatuh cinta…and the rest is history la..



Blizzard Of Ozz asalnya diterbitkan pada tahun 1981…album solo pertama Ozzy selepas beliau ditendang dari Black Sabbath...sesapa yang ada cd remastered ni sila check terbitan tahun bila….pasal cd yang diterbitkan pada tahun 2002 bukan sahaja remastered tetapi juga re-recorded version…kenapa re-recorded?..kerana part asal bass yang dimainkan oleh Bob Daisley dan drum oleh Lee Kerslake telah dirakam semula oleh Robert Trujilo (bass) dan Mike Bordin (drum) gara2 masalah saman menyaman duit royalty oleh meraka berdua…

Nasib cd aku ni versi remastered asal yang diterbitkan pada tahun 1995..kira muziknya ori la…pasal ada yang kata production rerecorded version tak best…tapi bagi aku album ni memang masterpiece Ozzy dan Randy Rhoads…so tak kisah la kalau korang tak dapat versi yang asal…janji petikan gitar asal Rhandy tidak diusik..itu sudah cukup puas bagi aku..mungkin nasib Ozzy dipertemukan dengan Randy…kerana sebelum tu ada beberapa gitaris yang dikaitkan dengan projek solo Ozzy ni antara George Lynch (Dokken)…tapi akhirnya Randy yang terpilih…memang diakui…petikan gitar Randy la antara faktor yang menyebabkan album ni berjaya menaikan semula karier Ozzy..



Kalau versi kaset…side A dia memang sampai sekarang tak jemu2 aku dengar…3 lagu fast I Don’t Know, Crazy Train dan Suicide Solution memang best…paling best part gitar worknya la terutamanya Crazy Train..kalau check kat wiki…solo lagu ni dipilih kat no 9 terbaik oleh pembaca Guitar Word dan lagunya pulak no 9 terbaik dalam list VH1 40 greatest metal songs..dan bagi aku sendiri riff Rhandy kat awal lagu ni memang best giler…tak jemu2 dengar..

Begitu jugak dengan I Don’t Know dan lagu yang menjadi kontroversi suatu masa dulu Suicide Solution...lagu2 ni memang kagum aku gitar worknya…terus terang aku cakap aku tak berapa minat suara Ozzy…tapi yang buat aku tertarik pada album ni semata2 pasal Randy Rhoads…tu pasal selepas beliau mati…aku mula skit2 tinggalkan Ozyy dan langung tak follow beliau di zaman Zakk Wylde..

Tapi album ni bukan pasal gitar semata2…Sapa kata keyboard bukan instrument untuk heavy metal?..Dengarkan lagu slow “Goodbye To Romance”…memang feel la…ni bukan lagu cintan sebenarnya..tapi lagu yang ditujukan Ozzy khas untuk Black Sabbath…sekali lagi Randy membuktikan kehebatan beliau…solo beliau bukan hanya untuk lagu2 fast sahaja…lagu slow pun feel giler…begitu juga dengan lagu instrumental akustik “Dee”



Side B pulak dimulakan dengan lagu all time fav. aku..Mr Crowley…sekali lagi membuktikan keyboard juga relevan untuk heavy metal…dengarkan lah intro berhantu keyboard oleh Don Airey ni…pergh..lagu ni solo dia memang berhantu..terutama part2 last lagu tu…aku hafal sebijik2 dalam hati…Cuma nak menyolo dengan gitar sebenar je aku tak reti….hehe..memang terbaek!

Sayangnya 3 lagu last No Bone Movies, Revelation dan Steal Away aku agak kurang minat…bukan pasal tak best…tapi lebih kepada aku kurang mendengar lagu2 ni…tapi aku suka juga part last lagu slow Revelation tu…manakala 2 lagi lagu tu chorus dia agak boring pada aku..

Kesimpulannya pada aku album ni lagu2nya sangat catchy…gitar work yang gila babas best dan antara album heavy metal yang aku rekomen korang beli..mungkin aku agak bias kerana Randy Rhoads tu memang gitar hero aku..tapi kalau ditanya pendapat aku..itulah jawapannya.

Crazy Train Live with Randy semestinya



Mr Crowley Live...juga dengan Randy



Goodbye To Romance (A Randy Rhoads tribute)

12 comments:

  1. all aboard! ha ha ha!... ai? krrrr!~ [intro riff rhoads]

    goodbye to romance pun cair-cawir mendgrnya... album ni aku blm ada lg, tp dgr kompilasi ozzman cometh pun nyaman

    ReplyDelete
  2. clasik sungguh citarasa tapi RARE!!!

    ReplyDelete
  3. Kenapa le aku tak minat Ozzy!!
    Tapi album ni aku pernah layan le..

    ReplyDelete
  4. Revelation (mother earth) punya solo last tu bagaikan ada persamaan dengan "intifadha - rabbani". Takkan KRU buat lagu nasyid base on lagu metal? LOL...

    Aku ada "Guitar Legend" special issue pasal Randy Rhoads ni. Memang banyak benda menarik pasal dia. Orang lain datang audition bawak amp sampai 100watt, member ni datang bawak 10watt amp jer..huhuhu

    ReplyDelete
  5. sore ozzy mmg tak bape suka tp lagu2 dia mmg best. crazy train fav all time dalam album ni pada aku.

    ReplyDelete
  6. prince of darkness rules...but I am sure you are well aware that combi ozzy and zakk wyld almost come to the end.

    ReplyDelete
  7. ijau...apa lagi...ebay la


    ayu...yg tukang review ni pun dah nak masuk taraf klasik dan rare..hehe


    skid..aku pun tak la minat sgt ozzy ni...lebih prefer Black Sabbath zaman Dio

    ReplyDelete
  8. Zan...betul ker..tak perasan pulak aku..nanti try dengar balik semula la..
    masa audition utk Ozzy..Randy mmg sempoi jer..dia cakap dia tak minat pun Black Sabbath..hehe


    MK...aku bukan sore jer...showmanship dia masa live pun nyampah nengok...heheh


    Rocksports...aku pun dah terbaca pasal tu..Ozzy dah bosan ngan Zakk..nak tukar angin pulak....lupa pulak aku nama gitaris baru tu

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana sudi buat entri ni utk aku... cheers.. isk isk terharu plak aku rasa....

    ReplyDelete
  10. Jai..x der hal la..lagipun bila lagi aku nak riak cd ozzywi..hehe

    ReplyDelete
  11. the best of the best ni album huhu..

    100/100 haha

    ReplyDelete
  12. album ni dikuarkan pada tahun 1980. bemulanya zaman penguasaan mr.prince of darkness dalam genre muzik rock/metal dunia hingga ke hari ini walau muncul bemacam2 genre muzik dan band metal. hampir semuanya menjadikan black sabbath (bersama ozzy) sebagai kitap rujukan!

    gua suka dengan semua labum ozzy pada tahun 80an. album ni antara album tahun 80an yang mengingatkan pada kenangan lama. ozzy bukan saja menjadikan dirinya tekenal tapi juga menjadikan semua bandboynya hebat, tekenal dan menjadi legend sepertinya.

    ozzy, satu contoh kejayaan bagaimana dari seorang loser, penagih dadah dan arak tegar yang ditendang dari sebuah band metal tebesar dunia menjadi legend hebat!

    "I say goodbye to romance, yeah
    Goodbye to friends, I tell you
    Goodbye to all the past
    I guess that we'll meet
    We'll meet in the end"

    ReplyDelete