Tuesday, July 6, 2021

Ratt

 Antara yang baru dalam koleksi...

Ratt - Ratt (EP 1983)

Lama dah cari EP ni. Baru sekarang mendapat. Dulunya hanya di keluarkan dalam bentuk piring hitam dan kaset. Versi cd awalnya hanya ada di pasaran Jepun (1987) dan kemudiannya baru ada versi reissue di US (1991). Tetapi masih gagal nak dapat sehinggalah ada kenalan FB yang tinggal di Jepun mendapatkannya dalam versi piring hitam. Ianya keluaran Jepun tanpa Obi. Biasanya keluaran Jepun tanpa Obi harganya lebih murah.

Satu yang kurang gemar bila mendengar EP adalah durasinya yang pendek. Baru sedap nak duduk dah kena tukar sebelah. Ianya mengandungi hanya 6 lagu dengan 3 lagu di setiap side. Yang jenis kurang rajin, anda digalakkan mendengarnya menggunakan youtube...hahaha...

Yang membuatkan teringin nak memiliki EP ini adalah kerana soundnya. Ianya adalah lebih "raw" dan kasar berbanding album-album selepasnya. Sebagai contohnya, lagu "Back for More" sememangnya agak berbeza jika hendak dibandingksn dengan versi album "Out Of The Cellar".

Satu lagi dari apa yang saya baca, Robbin Crosby lebih banyak menyolo di dalam EP ini, "Sweet Cheater", "You Think You're Tough", "Tell the World" dan "Back for More" adalah hasil kerja tangan beliau. Sememangnya beliau agak underated jika hendak dibandingkan dengan Warren DeMartini. Tidak menafikan kehebatan Warren sebagai gitar hero, tetapi sebenarnya Robbin adalah jiwa Ratt yang sebenar.


**Sedikit trivia, mereka adalah peminat Aerosmith. Maka tidak peliklah jika mereka sama juga seperti Aerosmith memilih lagu 60an, "Walkin' the Dog" sebagai lagu cover.


5 comments:

  1. dari tengok stylus (jarum) pun dah tahu player ni jenis yg bagus hehe menarik bang

    ReplyDelete
  2. aku lebih awal kenal Ratt berbanding Dokken, tapi entah kenapa Dokken yang lebih melekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratt ni yang bestnya pasal dia dua gitar yang main berlainan...kalau dengar guna head/earphone lagi syok la bila dengar Robbin Crosby dan Warren DeMartini di kiri dan kanan speaker

      Delete