Ok la..atas permintaan En Fazrie Abdullah...ini album ke 7 dan terbaru dari Ratt...
Seperti yang aku cerita tu hari...cd ni aku beli semasa aku duk mencari cd Iron Maiden The Final Frontier...lain yang cari lain pulak yang dapat...tak sangka pulak ada jual kat sini...(untuk makluman...aku dah dapat pun TFF...egay rulesss...heheh)..aku dah tau pasal Infestation sejak bulan april lalu...tapi aku agak kurang excited nak dengar walaupun dah lama download...maklum la banyak album2 comeback dari band2 era ni agak mengecewakan aku...Motley Crue,White Lion,Poison,Tesla,Great White,Whitesnake dll...tapi album baru Stryper Murder By Pride dan Dokken Lightnin' Strikes Again boleh tahan jugak la..so aku memang abaikan nak dengar sehinggalah aku beli cd ni...
Hasilnya memang aku tak sangka2...Infestation memang mengimbau zaman bebudak aku di tahun2 80an...sound dan feelnya memang hampir ke arah tu...kalau bukak back to back 1984’s Out of the Cellar, 1985’s Invasion of Your Privacy, 1986’s Dancing Undecover, 1988's Reach For The Sky dengan 2010's Infestation ni...memang tak sangka jaraknya 20++ tahun lebih...soundnya memang hampir sama...
tak kisah la kalau ada yang cakap ini tahun 2010 beb...apa barang ketinggalan zaman...jadi dinosour rock...bagi aku muzik yang bagus tak kira masa...buat sound moden pun kalau tak sedap nak buat apa...Infestation pun bukanlah album yang ketinggalan zaman...masih releven untuk zaman ni...cumanya feelnya lebih terarah ke 80's...Ratt sendiri pun bukan la band yang tak pernah berubah...seperti kebanyakkan band2 glam,hair metal,pop metal,sleaze rock, hard rock...tak kira la apa korang panggil...mereka merubah muzik mereka pada tahun2 90an atas dasar tak mau ketinggalan zaman...tu jam Grunge tengah mengiler kan...mostly band 80's cuba untuk menjadi lebih “darken”...down-tuned riffs yang bosan...tema lirik yang kononnya lebih serius dan introspective...yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kepada genre glam hair metal tu sendiri...
Bagi aku tak kisah la kalau band2 tu nak berubah...tapi memang tak banyak pun yang berubah ni berjaya...lain la kalau band tu Metallica...(Metallica lain...dia berubah genre pun...old fan menyampah...tetap dorang akan dapat new fan...sapa2 nak belajo metal mesti cari Metallica punya..) atau Iron Maiden (ni dia punya die hard fan memang tak leh nak lawan...setia bersatu sungguh...tapi Maiden pun tak lah banyak mana berubah...signature muzik dorang tetap sama...)...bagi aku baik jadi ACDC...tak kira apa zaman pun...dorang tetap true kat muzik dan fan dorang...tetap jual juta2 jugak album dorang...tak yah susah2 konon nak please new fan...aku memang respek ACDC...kalau muzik bagus...ada je new fan yang sangkut...tapi tak kisah la kan...kekadang selera muzik kita memang berubah...tak kan nak main benda yang sama je kan...bosan pulak nanti...ok la aku dah melalut...nak cerita pasal ni boleh buat entry lain kot...ni pasal Infestation...
Walaupun Ratt tak mungkin akan sama dari segi band membernya...Iyer la Robbin Crosby dah takder...Juan Croucier pun walaupun puas dipujuk tetap taknak rejoin...tapi penggantinya Robbie Crane tu pun dah lama join Ratt...sejak 1996 lagi...tapi yang tak disangka2 pengganti Robbin Crosby la...selepas mencuba beberapa gitaris termasuk la Michael Schenker dan John Corabi(Motley Crue)...alih2 Carlos Cavazo (Quiet Riot) pulak yang join...pergh dasat...bayangkan 2 orang antara shredder terbaik dari era glam metal 80's Warren DeMartini dan Carlos Cavazo bertukar2 solo...memang terbaik beb...
Ratt ni sememangnya berbeza dari band2 era glam yang lain...muzik dorang lebih berat...unik...dan Infestation mengekalkan formula tersebut...zaman 80's dulu dorang mana ada lagu slow rock ballad leleh...paling dekat nak ballad pun dalam Infestation ni adalah "Take Me Home"...lagu2 lain semuanya Ratt n Roll...
Lagu2 memang catchy...production bagus, riffs2 yang rangup, solo2 shredding yang lazat...antara lagu2 yang best pada aku adalah "Best Of Me", "A Little To Much", "Eat Me Up Alive", "Take a Big Bite", "Last Call", "As Good As It Gets"...pendek kata album ni memang bagus...giler kan aku puji melambung...mungkin aku sikit bias pasal aku memang giler minat Ratt...tapi itulah kenyataannya...susah nak jumpa band yang buat comeback dapat menghasilkan apa yang old fan dia nak...kalau korang minat Ratt khasnya atau peminat glam metal amnya...tentu ko paham perasaan aku bila dengar album ni...cuma satu yang kurangnya...tiada lagi trademark suara Juan Croucier sebagai backing vocal...
Aku rasa antara sebab Ratt dapat balik capture sound 80's dorang adalah kerana Carlos Cavazo...(dia sanggup pakai V balik semata2 nak feel 80's...)...sapa lagi yang paham sound 80's kalau bukan dari mereka yang berasal dari zaman tu kan...chemistry dia bersama Ratt contohnya lagu ciptaan beliau yang jadi single pertama "Best Of Me" memang menjadi...Ratt kembali kepada trademark mereka yang asal...kalau dulu boleh dengar DeMartini di kanan dan Crosby di kiri...main lain2...kini boleh dengar perkara yang sama dengan Cavazo pulak dikiri...memang layan bila dengar pakai earphone kat Ipod anak aku...hahaha..
Vocal Stephen Pearcy pun memang patut di puji...bunyi macam muda 20 tahun...sebijik macam dulu2...dan satu lagi yang patut aku sebut adalah ketukan drum Bobby Blotzer...memang power...antara drummer terbaik dari era hair metal...Ratt telah kembali doing what Ratt does best...tak kisah la kalau lirik2 dia simple dan mungkin ada yang cakap tak matang...tapi bagi aku nak dengar lirik2 complicated..cari band lain...bak kata seorang peminat Ratt..."These bands have all matured, and their sound has too, which is fine, but when you're best known for decadent party rock, mature isn't quite what the doctor ordered"
Album ni jugak debut no 30 kat carta US Billboard album chart...dah berpuluh tahun dorang tak capai tahap tu...kalau rilis time 80's...konpem no 1...Apa yang pastinya...Ratt memberikan apa yang fan dorang nak...a modern take on their trademark sound...tak pedulikan keadaan pasaran sekarang...memang susah nak jumpa comeback yang bagus camgini....Band2 lain patut ambik perhatian...beginilah cara yang betul...
Sebagai kesimpulannya...Infestation ni khas untuk orang2 yang dah 30++ nak masuk 40 dan ke atas...yang muda2 dulu enjoy glam pop metal nak lepas geram...lepak sorang2...tutup pintu bilik atau pintu kereta...pinjam ipod anak atau campakkan cd Justin Bieber/Miley Cyrus anak....ambik cd ni...bukak kuat2....headbang dan air guitar....yeah...tu jam rasa macam nak rock sampai tua....hahaha...
Recommended beb! RATT AND ROLL!!!
dapat TFF versi tin besi ke jewel case?
ReplyDeleteanyway selamat bergincu semula dengan RATT ni Auuuu!!!1
Ratt beza dengan hard rock lain sebab riff twin gitarnya: kiri riff lain, kanan riff lain. Kalau tengok video - chording gitarnya pun menarik.
ReplyDeleteSampai Dancing Undercover je. Lepas tu dah tak best.
Yang baru ni, takde selera lagi nak beli.
Portdy...TFF versi biasa jer...versi tin tu takut masa pos pun dah kemek nanti...
ReplyDeleteerr...Ratt sekarang dah tak pakai gincu...AUWWWW!!!!
Abg Ben...aku takat Reach For The Sky...lepas tu mmg dah tak best...tapi kalau nak dengar feel hair metal 80's di tahun 2010...ini memang pembuka selera...
sokong sgt bab campak cd justin bibir/miley cyrup tuh..hahaha
ReplyDeletekeep on rockin!
betul ko cakap ratt ni lagi 'ganas' sikit dari band rock lain segenrenye..
ReplyDeletetu agaknye aku tak boleh terima haha..
nanti la aku carik sample kat youtube..
skarang ni aku ngah fikir apsal orang kat internet banyak cakap don dokken under the ashes tu gerek giler
Koboi...anak pompuan aku mmg peminat Justin Bieber/Miley Cyrus...haha..
ReplyDeleteDeaf...Up From The Ashes kot...album solo Don lepas 1st time Dokken split...ni memang gerek beb...kira supergroup jugak...John Norum (Europe), Billy White (Watchtower), Peter Baltes (Accept)dan surprisingly Mikkey Dee (King Diamond)...
tu jam lepas split, Dokken fan banyak sokong George Lynch...tapi banyak yg baru sedar...Don Dokken Up From The Ashes > Lynch Mob Wicked Sensation...
recommended pada sesapa yg minat Dokken...aku ada cd ni...nanti aku review...
at last! review gak lu album infestation ni.. hehe..
ReplyDeletebtw, nice review syed.. gua pun dah beli cd ori ni kat tower records kl.. mmg puas hati.. productionwise, musicwise, directionwise mmg tr00ly 80's flick la..
gua pun x tau nak ckp apa dah pasal smeua lu dah sentuh.. apapun ni adalah antara album rock / metal terbaik bg tahun 2010..
BS...setuju...antara album rock/metal terbaik 2010...
ReplyDeletesekarang gua tgh nak cari album baru Accept "Blood Of The Nations"...banyak review cakap best...
err..lu ada link tak? hihi
ye ke best? nah..
ReplyDeletehttp://www.megaupload.com/?d=M5P61Z3S
lu layan dulu.. kalau best kasi roger gua.. hehe..