Album ke 3 dari tahun 1990 selepas entry ni
Tahun 1990 adalah tahun muzik thrash berada di kemuncak sebelum jatuh terduduk selepas tu...di tahun2 tu jugak banyak betul album2 thrash diterbitkan tapi tak semuanya best tapi antara yang menarik perhatian aku adalah album Sacred Reich - The American Way..
Tambahan pulak selepas mendengar lagu Surf Nicaragua yang aku minat sesangat dari EP mereka sebelum tu...kemunculan album ni memang ditunggu2...walaupun album ni tak la seheavy EP Surf Nicaragua maupun 1st album mereka Ignorance....ianya lebih kepada mid-tempo thrash dengan elemen groove (mengingatkan aku pada Light..Camera..Revolution) tapi album ni tetap menjadi salah satu album favourite thrash aku..
Sacred Reich ni ramai yang kata klon Metallica...tidak dinafikan la...muzik dorang memang banyak pengaruh Metallica...tapi untuk album ni mereka cuba untuk lari dari imej Metallica...hasilnya lahirlah salah sebuah album penting dalam sejarah thrash...sekurang2nya bagi diri aku la...lagu2nya agak simple...tak payah pening2 kepala...chorus pun catchy2 belaka....so memang senang la nak hadam...
lagu Who's To Blame rasanya lagu yang paling popular dari album ni sehinggakan brother Gayour pun menjadikan lagu ni sebagai sumber inspirasi beliau untuk menghasilkan siri popular "Siapa Yang Harus Disalahkan" di komik Gelihati suatu ketika dulu...memang menarik lagu ni...tak jemu aku dengar sampai sekarang...
Love...Hate, Crimes Against Humanity dan The Way It Is adalah antara lagu2 yang aku suka dari album ni...suara garau vocalistnya Phil Rind memang sesuai untuk lagu2 thrash...dan satu lagi yang menarik bagi aku adalah pemain drum mereka...Greg Hall...memang mantap la...kalau nak tau aku pernah terbaca yang dia la pilihan utama Slayer untuk menggantikan Dave Lombardo suatu masa dulu...
Lagu lain yang menarik perhatian aku adalah lagu yang menjadi title track The American Way...ntah kenapa setiap kali dengar lagu ni mesti aku teringat lagu "We Didn't Start The Fire dari Billy Joel"...ada sikit2 persamaan melodinya...mungkin secara kebetulan kot...
last sekali tak sah kalau tak sebut last track dari album ni...31 Flavor...sebuah lagu berunsur rap dan funk...yang tak thrash pun...tapi sedap...so tak kisah la apa muzik sekalipun kan...kalau sedap layan jer la...macam dalam lirik lagu ni kan...
so don't be an ignorant fool...there's so much music for you to choose
so don't just be a metal dude...it's cool fool
bagi aku asalkan jangan dangdut,dance dan hip hop dah ler...heheh..
1990 kaset rust in peace permanent dalam walkman
ReplyDeleteno truth no justice
ReplyDeletethe american way!!!
lagi satu quote:
oh my god it's johnny
hanging by his neck
mmg salah 1 album thrash yg terbaik!!
aku oun nak kena carik cd ni
Enjoy album ni.
ReplyDeletegua bekerut dahi pikir nak buat cerita/drama apa pada tahun 1991(majalah gelihati) lepas beli dan dengar kaset/album 'the american way' dan lagu 'who's to blame', trus dapat ilham dari lagu tu.
ReplyDeletealbum ni antara album thrash yang benar2 meninggalkan kenangan indah walau 20 tahun telah berlalu!
bemula dari projek 'metal massacre' dan jadi salah satu band thrash yang ada sound sendiri. hebat!
people band!
gayour...gua dulu beli gelihati memang pasal lu...hehe
ReplyDeleteall that stuff is evil
ReplyDeleteozzy, judas priest.. hahaha
lama tak dengar, gua kena bukak gerobok cari balik kaset nih!