Monday, July 15, 2013

Independent

Lagi thrash yang dah tua 20 tahun...



Sacred Reich - Independent (1993)

Sacred Reich ketika album The American Way adalah sebuah band thrash yang hampir sampai ke garisan kejayaan. Sayangnya jaraknya yang agak terlalu lama untuk mengeluarkan Independent disamping genre thrash metal yang semakin merundum di tahun 1993, mereka tenggelam.

Walaubagaimanapun, mereka sentiasa mempunyai soft spot di dalam hati saya. Saya suka "‎Surf Nicaragua" manakala  "Who's To Blame" adalah antara lagu yang rakan sebilik saya (semasa di ITM) suka walaupun dia bukanlah peminat metal. Tambahan pula ianya menjadi inspirasi brother Gayour untuk siri kartun popularnya "Siapa Yang Harus Disalahkan".


Tapi itu album lama mereka, Independent sedikit berbeza. Tempias sound 90an juga melanda mereka. Mungkin kerana producernya adalah orang yang sama menerbitkan Alice In Chain - The Dirt. Lagu-lagu mereka lebih perlahan atau mid tempo. Tapi bukanlah bermakna tak bagus. Masih thrash walaupun sedikit terpengaruh budaya groove ala Pantera. Lagu-lagu seperti "Independent", "Supremacy", "Free" dan mungkin juga "I Never Said Goodbye" adalah lagu yang bagus. Saya suka. Sayangnya ianya tidak konsisten.  Phil Rind masih bagus vokalnya walaupun semakin berisi.

Sebuah album thrash 90an yang menariknya sebenarnya. Tapi tak lah mencapai tahap klasik. Hanya sekadar tidak menghampakan. Boleh la...





11 comments:

  1. kaset ini saya ada.....kira ok la...

    ReplyDelete
  2. Adakah disebabkan pengaruh groove metal bawaan Pantera banyak mempengruhi band2 thrash dlm muzik mereka pada awal 90'an?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...semua nak trendy dan popular macam Pantera...

      Delete
  3. tak pernah dengar ni kaset..
    Anyway tu hari ko type kawan ko cakap " metal fans dengar iron maiden , kpop dengar Metallica " or somthing like that kan?

    Kat bravewords ada tulis pasal satu show Maiden kat Jerman Oberhaussen ke apa ntah, dia tulis similar pendapat ngan kawan ko " maiden fans are metal fans, but Metallica and Ozzy are more mainstream music fans " something like that..

    betul kawan ko cakap aku rasa mungkin ramai berpendapat gini kot.
    Tapi aku dengar semua music cuma Maiden number 1 je la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini memang kenyataan...Metallica muziknya komersial (sejak Black album)....Akademi Fantasia pun boleh nyanyi Metallica....tapi tak semua yg layan Metallica tu boleh layan Maiden....tapi kita yg layan Maiden mmg boleh layan semua lagu...belinda carlisle...tommy page...spandau ballet...semua ok...heheh...

      Delete
  4. Big four old skool thrash : sacred reich,nuclear assault,flotsam n jetsam,death angel..ini baru true..( bak kata mastika)hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada big 5...pada aku Overkill paling layak..

      Delete
  5. Hmm, khabarnya Kataklysm is going to cover The American Way in their coming album. Cambesh tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kali dengar The American Way...mesti teringat We Didn't Start the Fire - Billy Joel...macam ada persamaan melodinya tu...

      Delete