Monday, April 11, 2011

As Ugly As They Wanna Be

Satu lagi koleksi harta karun aku dari tahun 1991...



Aku memang kurang berminat untuk membeli cd EP…ataupun album pendek..pasal kekadang rasa tak berbaloi dengan harga dan bilangan lagu di dalamnya..mungkin bagi die hard lain la..tapi dalam koleksi harta karun aku..terdapat juga satu cd EP yang aku tak berniat nak beli tapi terbeli jugak semata2 kerana harganya yang murah (RM17++) dan kebetulan aku minat bandnya…EP tersebut adalah Ugly Kid Joe – As Ugly As They Wanna Be

Di awal tahun2 90an…ketika muzik grunge bermaharajalela…Ugly Kid Joe seperti Pantera untuk muzik yang lebih extreme…membawa muzik hard rock/heavy metal terus untuk berada di atas peta muzik di US khasnya…aku sedikit teruja kerana dizaman anti gitar hero dan grunge ketika itu…mereka muncul berbeza…ada solo gitar dan muziknya mengimbau era 80an…dengan sedikit campuran elemen funk..dengan imej band yang macam tak serius tu..t-shirt dan seluar bermuda..tetiba EP ni meletup di US…terimakasih la kepada filem Wayne’s World..khabarnya ini adalah EP pertama dalam sejarah yang mendapat title platinum.



EP ini mengandungi lagu paling terkenal mereka iaitu “Everything About You”…tetapi sedikit berbeza dengan versi full album dorang “America Least Wanted”…dia tak der bab pompuan yang bercakap kat awal lagu tu..Inilah lagu yang mengenalkan aku kepada Ugly Kid Joe..tambahan pula selalu tengok video clip lagu ni kat TV Singapura...dulunya tak tau pun lagu ni asalnya dari EP ni...padanlah lain jer bunyinya dari versi kaset America Least Wanted tu..

Cd EP aku ni pulak aku beli tak silap aku...2 tahun lepas...menariknya EP ni dah tentu2 lagu Everything About You kan…tetapi selain dari tu aku suka jugak lagu Madman (lagu ni jugak terdapat dalam ALW)..lagu2 lainnya aku agak kurang familiar…maka agak sukar nak terus hadam kat kepala otak aku..

Tracklist adalah seperti berikut

1- Madman
2- Whiplash Liquor
3- Too Bad
4- Everything About You
5- Sweet Leaf/Funky Fresh Country Club (ni cover black sabbath yang digabungkan dengan lagu dorang..ntah lah tak masuk untuk aku)



Apa2 pun aku suka la karekter kartun kat cover cd tu…sticker dia yang dapat free masa beli kaset “American Least Wanted” pun dulunya aku tampal kat calculator aku masa kat ITM dulu..

Kesimpulan…hanya untuk die hard fan...nak puas hati..beli America Least Wanted...

7 comments:

  1. bak kata jairo "karangan anda perlu diperbaiki barula dpt ramai follower"

    btw, UKJ aku cuma ada menace to sobriety - satu2nya album UKJ yg aku minat

    ReplyDelete
  2. Biasala EP. Nak cari untung lebih dengan harga yang murah. Kalau keluar dalam bentuk tape Side A 2 lagu, Side B 2 lagu. Dah jimat tape.Tu lagu madman entah-entah bunyi senapang pun kena buang.

    ReplyDelete
  3. cat in the cradle pun dorang ada nyanyi kan ? sedapppss

    ReplyDelete
  4. Ijau...bak kata jairo jugak "komen anda perlu di karang dengan baik baru la follower anda ramai"...nanti saya remove blog awak dari bloglist saya tau....

    hahaha...


    Shafid..lagu Madman dan EAY dalam EP ni adalah versi ori...yg kat album America Least Wanted tu versi remixed...


    Deaf...cat in the cradle versi dorang memang lazat beb..

    ReplyDelete
  5. hahaha awas, ayat tu bakal jd ayat komen viral nnti

    ReplyDelete
  6. cis tak sempat aku komen.. ayat aku dah diguna.. henci.... aku remove krg kang baru padan muka hahahahahahahaaha ni apasal follower kurang jer? tak tau nak cari ker? kalau tak tau aku boleh ajar kan....


    p/s: UKJ ni adalah antara rilisan wajib jika rocker tu membesar tahun 80/90 an....

    ReplyDelete
  7. kami adalah band paling pemalas nak mampus kat amerika", uglay kid joe

    ReplyDelete