Saturday, October 22, 2016

Motel California

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 22hb Oktober...



Ugly Kid Joe - Motel California (1996)

Ini adalah contoh sebuah band yang cuba berevolusi setelah genre muzik yang membuatkan mereka dikenali tidak lagi menjadi popular. Album sebelumnya, Menace To Sobriety (1995) adalah sebuah album pop metal yang bagus. Sayangnya pertengahan 90an bukan lagi trend muzik yang sebegitu. Album tersebut gagal di pasaran dan mereka digugurkan oleh syarikat rakaman.

Mereka tidak menunggu lama. Setahun selepas itu Motel California diterbitkan oleh label mereka sendiri. Muziknya jauh berubah. Mungkin untuk terus kekal relevan, elemen rap rock ala Rage Against The Machine mejadi pilihan. Ikut telinga saya ada juga pengaruh kuat Faith No More dalam lagu-lagu mereka contohnya "It's A Lie" dan "Bicycle Wheels".



Satu satunya lagu yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu lama mereka adalah "Would You Like To Be There". Sejujurnya saya tidak menyukai Ugly Kid Joe yang baru. Tiada lagi rif rif dan solo solo menarik. Malah hampir tiada solo. Mungkin kecintaan saya kepada era pop metal mereka sangat kuat sehinggakan saya kurang berminat dengan album ini Namun begitu tetap juga kasetnya di upgrade menjadi cd. Begitulah bahananya kehidupan seorang cdholic...haha..

Mereka berpecah selepas dari album ini tetapi membuat comeback dengan EP Stairway to Hell (2012)  dan album terkini Uglier Than They Used ta Be (2015) dengan kembali kepada muzik mereka yang asal.






5 comments:

  1. Aku langsung tak minat ini Band.. Sorry Bert.. Huhuh

    ReplyDelete
  2. Taktau langsung pasal album ni.baru harini tau.heheh..

    ReplyDelete
  3. Masa nie dah tak layan diorg..mungkin sbb aku beli album sebelum tu, Menace To Sobriety 1995, dah tak best dgn selera aku...

    ReplyDelete
  4. Menace punya la sedapp.. tapi x naik.. dia masih ikut arus grunge masa tu tapi anggaplaa dia hard rock yg xboleh survived dah itu zaman grunge.. sama macam itu Extreme.. diorang underrated.. Menace masih ku layan dan masih essential pada manusia 90an ehehe

    ReplyDelete