Yang menyambut ulangtahun ke 20...
Iron Maiden - The X Factor (1995)
Ada sebab kenapa saya teruja dengan X Factor. Saya akui saya agak lost dengan album sebelumnya Fear of the Dark (1992). Saya tak beli dan tidak mengambil tahu ketika ianya diterbitkan. Tetapi tidak dengan X Factor. Keluar-keluar terus beli.
Mungkin saya berbeza dengan peminat yang lain. Ramai yang kecewa bila Bruce Dickison tiada dan penggantinya bukanlah Michael Kiske yang mereka harapkan. Saya pula agak berbelah bagi antara suka dan tidak. Suka kerana saya sukakan Wolfsbane. Tidak sukanya kerana dah boleh agak dah yang Iron Maiden akan berubah. Suara Blaze Bayley memang lain.
Ternyata saya betul. Iron Maiden telah berubah. Lagunya masih Iron Maiden tetapi lengoknya dah macam Wolfsbane. Tambah-tambah pula ini zaman suram Steve Harris. Lagu-lagunya pun ikut suram dan agak "mellow". Bagi yang biasa dengar Wolfsbane, pasti dapat menangkap yang lagu "Man On The Edge" tu memang feelnya macam Wolfsbane. Tambah-tambah pula ianya dicipta oleh Blaze sendiri. Suatu yang saya tabik. Steve Harris begitu berani memberikan kepercayaan kepada lagu-lagu Blaze.
Album ni bagus sebenarnya. Jenis grower. Makin lama dengar makin menangkap. Yang jadi masalahnya cuma ramai fanboy yang tidak boleh menerima Iron Maiden tanpa Bruce Dickinson. Ianya lebih berkaitan dengan emosi bukannya fakta lagu itu sendiri. Tetapi satu yang perlu saya akui yang pada saya sedikit kekurangan adalah sound gitarnya yang pada saya agak nipis daripada biasa.
Tetapi solo-solo melodic dari Dave Murray dan Janick Gers tetap menangkap. Identiti Maiden yang tidak boleh tinggal. Lagu-lagu seperti "Sign Of The Cross", "Lord Of The Flies" dan "Man On The Edge" membuktikan kehebatan Blaze. Pada saya tiada apa yang perlu beliau buktikan lagi. Sayangnya jodoh beliau tidak panjang.
Best!
Tiga2 bsides album ni power giler. Justice of the peace is like liriks lagu kampung pasal rumah ssmua pintu depan main terbukak pasal tak wujud jenayahh.
ReplyDeleteanyway judgemnt of heaven terbaik, iron maiden selenger bacin tak main lagu ni live.
fortune of war, ada satu bootleg paling lawak, live in glasgow, aku rasa radio broadcast, audience nyanyi betul, blaze liriks tjnggang langgang dia lupa, kena boo rabak2..
siot la blaze, aku harap dia berjaya dalam kehidupan dia
Aku suka album ni.
ReplyDeleteIn fact aku suka lagu2 era Blaze dalam 2 album dia bersama Iron Maiden.
Plus lagu VIRUS juga
Fortunes of war,lord of the flies,sign of fhe cross lagu2 yg paling aku suka kejap je dah 20 tahun eh
ReplyDeletesuka jugak album ni..
ReplyDeleteblaze punya aura memang lain macam dia punya feel..
belum dengar album ni.. hehehe! serius beb. akan cuba cari lepas ni.. hehehhe!
ReplyDeletekalau album X ni, aku memang ada nostalgic value, teringat djaman cuti semester 1998, home alone, housemate balik kampung... mmg dark/gloomy
ReplyDeleteaku mmg tiada masalah dgn suara blaze bayley sbb kedua2 album mmg kena dikepalaku...sign of the cross dgn man of the edge adalah lagu fav..dulu aku igt lagu virus ada disertakan dlm album ni..
ReplyDeleteklu peminat setia tu, apa saja band tu keluarkan tak kira lah sapa anggotanya, tetap best..haha
ReplyDelete