Dah lama nak buat entry pasal kaset ni…tapi selalu blank bila nak menaip…tak tau la kenapa…entry lain laju je idea masa menaip…kaset yang aku maksudkan tu adalah kaset Wolfsbane – Down Fall The Good Guys..
Kepada sesapa yang masih tak tau…Wolfsbane adalah band asal Blaze Bayley sebelum dia join Iron Maiden…mungkin sebab tu kot…perasaan antara suka dan tak suka dia masuk Maiden menjadikan aku agak blur dan kering idea nak menaip pasal kaset ni…
Pernah tak korang beli sesuatu pasal terpengaruh dengan review2 baik dari majalah...inilah yang berlaku pada aku pasal Wolfsbane ni...Kaset ni aku beli pada tahun 1993…tu jam belum ada cerita pun pasal Blaze nak join Maiden…aku beli kaset ni pasal semata2 aku selalu terbaca pujian melambung wartawan2 Kerrang pasal Wolfsbane ni….terutama pasal live show dorang yang sangat happening…Kerrang pernah melabelkan Wolfsbane ni sebagai The Next Big Thing from UK….so bila kebetulan aku ternampak kaset ni kat kedai kaset di Komtar, JB…tanpa banyak soal terus aku sambar…
Muzik dorang ni memang lebih kurang la dengan band2 metal/hard rock British time tu macam The Almighty, The Wildheart, Little Angel, Quireboys dll….jauh beza la dengan Iron Maiden…nak kata best sangat tu…ok ok ajer la…tu jam kan tengah zaman glam hair metal merundum…grunge alternative baru nak naik…Wolfsbane macam banyak band2 rock/metal lain jugak la…mula mencari2 arah dengan mencampurkan elemen2 lain dalam muzik mereka…kesimpulannya muzik dorang ni lebih kurang hard rock/metal + funky dengan gitar shred dan catchy melodi….gitu la lebih kurang kot….tak reti aku nak describe…korang cari la kat youtube dan dengar la sendiri…kekadang macam band Extreme pun ada jugak...walaupun gitaris dia Jase Edwards tak le shredder sehebat Nuno Battencourt...tapi stil dasat gak solo2 dia...
Wolfsbane ni adalah 1st british band yang Rick Rubin sign untuk label Def American…kira hebat tu…tapi sayangnya…production 1st album dorang Live Fast, Die Fast teruk kena kondem…album pulak tak laku…last2 kena drop….promosi besar2an Kerrang pun tak jalan…memang bukan rezeki dorang kot..
Album Downfall The Good Guys ni merupakan album penuh mereka yang ke 2 selepas Live Fast, Die Fast dan sebuah EP All Hell's Breaking Loose Down At The Little Khaty Wilsons Place...lagu yang paling popular dan merupakan single dari album ni adalah Ezy...tapi bagi aku tu bukanlah lagu terbaik mereka...aku lebih suka lagu seperti Smashed And Blind, Black Lagoon, Broken Doll, Cathode Ray Clinic dan After Midnight...lagu2 ni semua memang catchy chorus dengan shredding gitar dasat la...memang senang nak lekat kat kepala aku...
Selain tu ada sebuah lagu yang menarik perhatian aku...Moonlight…sebuah lagu slow yang feeling arr bila dengar...aku suka oo…macam Bruce jugak la...lagu Navigate The Seas Of The Sun tu kan…bila sesekali dorang ni nyanyi lagu2 slow...akustik gitar lak tu...sedap pulak...ntah kalau Maiden pun buat lagu slow akustik pun mesti sedap jugak kan...
Sayangnya Wolfsbane ni berkubur bila Blaze join Maiden…macam2 komen la pada masa tu…bukan die-hard Maiden je tak suka…die-hard Wolfsbane pun kutuk dia gila2…kesian la Blaze ni…bukan salah dia kan…rasanya kalau Steve Haris pilih suara yang mirip Bruce contoh Michael Kiske ker…tak la kontroversi sangat kot…
Keratan artikel dari Kerrang...lupa pulak aku nak check issue no berapa dan tahun bila...antara surat peminat yang tak suka Blaze join Maiden...sorry..gambo tak clear sangat tapi still boleh baca..
Aku dulu pun mula2 tak suka….tapi lelama ok la…banyak jugak lagu best masa zaman dia per…Apa2 pun memang banyak beza la antara Wolfsbane, Iron Maiden dan Blaze solo....ada jugak la beberapa kali dorang buat re-union main live...tapi untuk rekod album...tak sure pulak aku...
aku selalu terpengaruh ngan review ni.. kekekeke dan aku tak minat kat blaze bayley
ReplyDeletebritish magazines late 80s memang cakap benda2 positif pasal Wolfsbane ni..
ReplyDeleteBlaze memang cam siol, lupa lirik, not up to Maiden's standard la senang cakap
tapi, dia selamatkan Maiden dari tutup kedai. For that he is always a hero to Maiden fans.
yeah! gua gak tepengaruh dengan cerita2 hebat pasal band ni dalam kerrang dan metal hammmer. gua jumpa kaset 1st album diorang live fast, die fast dalam longgokan keset2 dengan harga rm3. nak cuba try dengar. tak ada yang menarik.
ReplyDeletejadi menarik bila mr. blaze yang 'kembar' mr bruce jadi lead vokal baru maiden.
tapi jadi tak menarik balik pasal harapan terlalu tinggi dihempuk atas batu jemala mr. blaze. apapun hardcore maiden kata, beliau tercatat dalam sejarah iron maiden!
man hunt!
aku tak kenal bayley era wolfsbane... tp 2 album bayley bersama maiden antara album maiden yg plng byk memori buat aku (zmn2 usm)
ReplyDeleteapa2 pun smlm aku baru terima cd promise & terror blaze... mmg layan! classic yet modern thrash metal!
biasa la kan...dulu2 mana ada youtube...mana ada mp3 nak try test dengar...harapkan review majalah jer la...kalau dorang cakap best memang percaya bulat2 la...lepas beli nyesal..heheh...banyak kes aku kena macamgitu dulu...
ReplyDeleteDeaf...aku pernah terbaca satu interview org tanya Blaze..kenapa masa Maiden showmanship dia tak gila2 macam masa dgn Wolfsbane...dia cakap Steve Harris tak bagi...takut overshadow kot...heheh...