Monday, December 31, 2012

Under the Blade

Yang menyambut ulangtahun ke 30.


Twisted Sister - Under The Blade (1982)

Kalau ditanya apakah album pilihan saya dari tahun 1982. Mungkin ramai yang meneka Iron Maiden - The Number Of The Beast. Tetapi sebenarnya kurang tepat. Kerana ada masa-masa dan ketikanya Twisted Sister - Under The Blade adalah jawapannya. Mungkin bro RockSportS akan bersetuju dengan saya.

Kenapa dan mengapa? Itu anda kena dengar sendiri. Bias ker tak, saya sememangnya peminat tegar Twisted Sister tapi dalam masa yang sama juga amat meminat Iron Maiden. Dua2 album pun bagus tapi kalau anda mengemari heavy metal awal 80an yang mempunyai sound yang raw dan power, ini lah album yang patut anda cari.

Under The Blade adalah album pertama mereka dan yang paling heavy dalam discography mereka. Semua lagu pun sedap, semua lagu pun metal anthem. Teringat zaman budak2 1st time dengar lagu Under The Blade rasa seram pulak dengar muzik dan suara Dee Snider tu.

Ok sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu2nya. Ini sememangnya album kegemaran saya tapi nak cerita pasal cd special edition yang saya ada ni. Yang menariknya ianya juga mengandungi EP pertama mereka "Rough Cutts" yang mengandungi demo version untuk lagu  "What You Don't Know," "Shoot 'em Down," "Under the Blade" dan Shangi-La's cover, "Leader of the Pack". Sememangnya EP ni dah jadi sangat rare dan memang susah nak cari.



Tambah berbaloinya special edition ini jugak disertakan dengan dvd 40 minit interview mereka berkenaan pembikinan album ini dan yang paling bestnya  dvd live mereka di Reading 1982. Mereka tak main satu hari yang sama dengan Iron Maiden dan zaman tersebut mereka belum dikenali lagi. Rakaman cuma menggunakan 3 kamera (kiri,kanan dan tengah), takder edit2, muzik pun raw dan dapat tengok macamana tightnya dorang perform. Yang bestnya dapat tengok Dee Snider cabar penonton yang baling macam2 barang atas stage supaya jangan jadi pengecut, baling barang nanti kena penonton depan kalau berani jumpa dia one by one belakang stage...hahaha...(dalam interview lepas tu, Dee Snider cakap takder siapa pulak datang, mungkin dorang dah suka Twisted Sister kot)

Maklum la zaman tu tak ramai kenal Twisted Sister, album ni pun tak rilis lagi tapi bila lagu last Rolling Stones kaver "It's Only Rock 'n Roll" bila Pete Way, "Fast" Eddie Clarke dan Lemmy Kilmister join sekali atas stage, penonton semua support mereka. Tak tau penonton betul2 support mereka atau dorang sebenarnya teruja tengok Eddie Clark dan Lemmy join satu stage 1st time selepas Motorhead berpecah (ketika itu la).

Apa2 pun tak kisah lah versi special ni ker atau versi biasa, Under The Blade sememangnya sebuah album yang berbaloi.

REKOMENDED!



7 comments:

  1. riff Under The Blade macam Black Metal. Serupa macam riff Animal Magnetism (Scorpions).

    ReplyDelete
  2. aku kenal twisted sister ni lambat sket, sekitar 2003 daripada game will rock, sbb ada soundtrack i wanna rock dlm game tu

    ReplyDelete
  3. apa yg best pasal band ni ialah Dee Snider (frontman Twisted Sisters) memang fight for their right dlm memperjuangkan muzik mereka (refer dokumentari Metal : Headbanger Journey) di masa Dee Snider dihadapkan ke mahkamah dan diminta beri penjelasan psl lagu2 merekan yg menganjur kpd free sex dan drugs.

    ReplyDelete
  4. ya aku dah tengok reading video tu, suka kamera angle kiri kanan pentas tu..

    tapi aku rasa TS album paling best ialah You Cant Stop Rock N Roll.

    ReplyDelete
  5. 80s punya sound dalam album ni memang sedap

    ReplyDelete
  6. gua kenal TS sekitar 83. tengok pesona dee snider, terus suka TS hingga hari ini. dulu masa sekolah, guru mate gua sebijik mr. dee snider bila dia karan dan blondekan rambut beliau. bila time mate gua akan kata, "miss dee snider datang dah!"

    lagu 'under the blade' dicipta khas pasal gitaris TS, mr. eddie ojeda yang jalani pembedahan.

    pesona heavy metal yang hebat
    dari TWISTED SISTER.

    i wanna rock

    ReplyDelete
  7. betul tu bro. apa yang Gayour cakap dan berteromber cakap memang tepat. Under the blade memang black and heavy and dee snider is the best front man for me ever. PLAY IT LOUD! MUTHA

    ReplyDelete