Wednesday, April 9, 2014

Come Hell or High Water

Hari tu dah terbuat entri pasal Deep Purple sikitkan...kali ini baru yang banyaknya...album live yang dah 20 tahun usianya...


Deep Purple - Come Hell or High Water (1994)

Apa-apa sahaja dari Mark 2 memang berbaloi. Walaupun mungkin rakaman live ini lebih diingati kerana perangai diva Ritchie Blackmore. Tetapi ini adalah suatu kenangan yang menarik untuk peminat Deep Purple. Tambah pulak ini adalah antara penampilan terakhir beliau bersama mereka. Tak kisah la kalau tengok videonya muka Ritche ketat semacam. Tapi dari segi muziknya dia memang terbaik. Tak hairanlah kenapa budak-budak rock melayu ketika penghujung 70an menjadikan beliau sebagai idola.

Cd ini adalah rakaman live Tour The Battle Rages On di Birmingham NEC (9th November 1993) dan Schleyerhalle, Stuttgart (16 October 1993). Ritche tak abiskan pun tour ni. Joe Satriani jadi pengganti bidan terjun. Kalau cari kat youtube best juga tengok Joe Satriani dengan Deep Purple. Kalaulah gandingan mereka ini berkekalan...kan ke best. Tiada masaalah dengan Steve Morse....cuma ini Joe Satriani ok!

Kalau tak silap rakaman live ini ada dikeluarkan dalam bentuk VHS. Pernah tengok suatu ketika dulu. Tetapi saya cuma memiliki versi VCD, itupun versi Jack Sparrow. Dibeli di zaman-zaman VCD tengah top suatu ketika dulu.


Ada perbezaan antara versi cd dan vhs/vcd/dvd yang mana versi cd banyak potong. Cuma ada 9 lagu berbanding 16 lagu. Dan versi vhs/vcd/dvd adalah sepenuhnya rakaman di Birmingham NEC. Tambah pula ada sedikit wawancara dengan anggota Deep Purple kecuali Ritche. Sayangnya tak ditunjuk pula kes Ritche naik stage lambat dan baling air kat kamera tu.


Dari segi sound memang terbaiklah. Mendiang Jon Lord memang betul-betul tunjuk skill. Takder nak komplen. Lagu pertama jer dan Highway Star. Apa lagi yang nak dikomplen kan? Ok lah... Ian Gillan bahagian high note tu terkial-kial sikit. Paham-pahamlah sahajalah ketika itu pun usia dia dah berapa. Tetapi yang lainnya memang spot on. Ian Paice dan Roger Glover pun memang hebat. Pilihan lagu mungkin ada pro dan kontra. Tapi adanya "Anya" kira saya dah puas hati la...


* Sedang mencari boxset "Live in Europe 1993" keluaran tahun 2006. Kalau dapat yang ini lagi best. 4 disc rakaman live kat  Birmingham NEC dan Schleyerhalle, Stuttgart tanpa potong.




8 comments:

  1. DVD saya ada scene " Ritche naik stage lambat dan baling air kat kamera tu"....

    by the way seleksi setlist time ni memang gempak lah...favourite saya pun banyak datang dari era reunion mark 2.

    sayang takda official release untuk live konsert ketika Joe Satriani (masih berambut) fill in bagi \Ritchie Blackmore. Pada saya tone dan sound beliau memang sesuai dengan DP, saya kurang berminat sound Steve Morse dari dulu hingga kini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..rasa macam zaman VHS dulu ada scene tu...VCD lanun ni la kot yang potong....tu pun ada 2 lagu dia potong...

      Delete
  2. Joe satriani cuma support japan leg je, tak banyak.
    Last2 kopek child in time dah zaman ni.
    I would go for the double cd version of nobodys perfect kalau era ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada terbaca yang masa tu promoter Jepun dah bising pasal Riche blah...dorang suruh DP cari gitaris yang ada nama...1st choice Jon Lord nak ambik Adrian Smith atau Dave Murray...tapi management Maiden tak kasi...kalau nak dua2 sekali kena ambik...dan rumour kat Joe Satraini yang offer diri....tapi mula2 DP tak setuju...pasal dorang rasa sound Joe terlampau metal untuk DP....tapi the rest is history la...sayang dia cuma 3 bulan jer ngan DP...

      Delete
  3. Yang dvd terbaru come hell high water ni ada audio commentary ian gillan ke? Mesti lawak2 nye

    ReplyDelete
  4. Ada jugak tgk versi vhs.scene ritchie baling air tu pun ada..belagak betul dia time tu eh..
    Btw,itu stormbringer sudah kasi putar kah?heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum...player kat rumah mertua...lum sempat pegi...heheh..

      Delete
  5. hey i got exactly the same vcd dude. it's pirate right? hehehe

    ReplyDelete