Lagi bercerita pasal album dari tahun 1991...kali ni dari satu lagi album kegemaran aku... Mane Attraction dari White Lion...untuk lain2 album dari tahun 1991...cekidot >SINI<
White Lion adalah sebuah lagi kumpulan yang aku tak malu mengaku aku sebagai fan boy...majoriti dari band2 rock omputeh yang aku minat adalah kerana gitaristnya...dan White Lion tak terkecuali...Vito Bratta sememangnya gitar hero aku..
Mane Attraction adalah album ke 4 dan jugak terakhir untuk klasik line-up White Lion...dan sad but true...ini adalah jugak yang terakhir buat Vito Bratta...kerana selepas dari ni...dia terus hilang dari dunia muzik...takder berita langsung...sehingga lah dia muncul untuk satu interview pada tahun 2007 dulu...sayang sungguh...orang yang berbakat besar macam dia bersara terus dari muzik...
Aku suka album ni...bertahun aku cuba nak upgrade ke cd...akhirnya berjaya jugak tahun lepas...akhirnya koleksi White Lion aku completed...yeay!!!..thanks Deaf...pasal >NI<...cerita Deaf pasal album ni boleh cekidot kat >SINI<
Walupun album favourite White Lion aku adalah Pride...tapi Mane Attraction bagi aku adalah album rock yang sangat complete...best...White Lion dah berubah dari hair metal kepada hard rock yang lebih matang...kombinasi lagu2 ciptaan Vito Bratta/Mike Tramp memang tak pernah mengecewakan aku...ntah bila ntah nak dapat dengar lagi dorang berdua ni buat lagu...
Dari lagu pertama yang panjang lebih 8 minit "Lights And Thunder" (part solo panjang Vito tu memang awesome ler...epic!!)..lagu lama dorang yang ditouch up semula "Broken Heart" (boleh dengar perbezaan gitar Vito lama dan baru)...dan "Leave Me Alone" (lagu yang ada bau2 rock 90an..)...lagu2 mid tempo.."Love Don't Come Easy", "It's Over"...heavy rock macam "She's Got Everything", "Out With the Boys"...lagu tema peace no war yang setiap album mesti ada selepas "When The Children Cry" jadi hit...cuma kali ni lagu heavy.."Warsong" (ni pun giler dasat solo Vito...dengarkan jugak bass James Lomenzo kat lagu ni.. )...ke lagu blues instrumental khas untuk mendiang Stevie Ray Vaughn..."Blue Monday" (sapa kata shredder takder soul)...hinggalah ke lagu2 leleh buat aku cair..heheh.. "You're All I Need", "Til Death Do Us Part" dan "Farewell To You"...semua pun best...semua pun aku suka...
Dulu masa aku lum kawin...selalu terbayang...kalau buat majlis kawin aku nak lagu "Til Death Do Us Part" jadi lagu tema...tapi aku kawin cara kampung...takder muzik2 ni semua...so kompang jer la jadi lagu tema....hahahaha...tapi seriusly...kalau ada satu lagu yang boleh buat aku teringat kat wife aku...lagu Anuar Zain...oppss!!!...haha..."So Fine" dari Guns N Roses la...ohh..ok...ni cerita lain...
kalau ada yang pelik naper aku suka sangat Vito Bratta ni...(entri aku pasal dia >SINI<)...cakap banyak tak guna...try la dengar petikan gitar dia dalam album ni...memang awesome beb...
pejam celik pejam celik tak sangka dah 20 tahun dah album ni...white lion ni takder pulak keluar special edition ker..deluxe edition ker...kalau tak sure kopak kocek aku...ker dah ada...aku jer tak tau...tapi tak kisah la...walau 20 tahun...aku tetap rasa teruja mendengarnya sama macam 1st time aku dengar dulu..
Baru2 ni ada terbaca dalam satu interview Mike Tramp cakap sebab utama White Lion tak bersatu semula hanyalah kerana Vito...tak tau la bila Vito nak buat comeback...Jamez Lomenzo sejak Jr dah join balik Megadeth pun free sekarang...dengar cerita dia main untuk Tim "Ripper" Owens kan sekarang... harap2 reunion ni jadi la...20 tahun dah nunggu ni....
hehehe hehehe...
ReplyDeleteErrrrr..... Vito?? errrrrr... sapa ye??.... (pertanyaan dari peminat mati keras Justin Bibir)
ReplyDeleteni kaset lagu sedap2....
ReplyDeleteapa pun dorang rock
till death do us part
ReplyDeletegua sangat suka lagu ni. tesengeh2 tiap kali dengar. tak tau apasal.
heh!
20 tahun telah berlalu tapi muzik rock boleh mengingatkan kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan
bro, skang aku pun dh jd peminat singa putih nie gara2 review ko yg mengatakan intro kukubesi- crossfire asalnya dr lady of the valley...hehe. tp lagu tu mmg mantap. sama la dengan farewell to you, mmg sesuai dijadikan lagu di majlis perpisahan.
ReplyDeletex silap aku si vito ni pnah injured kat tgn dia...efek gak kat karier muzik dia. ada jgk disebut yg dia kena jaga ayah dia yg sakit..
kdg2 aku respek jgk pemuzik2 yg low profile & cuma muncul sementara & then menyepikn diri, some of them rasanya lbh bagus dari mereka2 yg sedia popular :)
En. Sikurus...bukan niat utk mempengaruhi sesiapa...hahaha...
ReplyDeletetapi memang banyak org salah anggap yang White Lion ni sekadar band hair/glam metal yang melambak2 zaman tu...kalau dorang ni tak bagus...takan la Mustaine ambik James LoMenzo join Megadeth kan...
Vito memang injured tangan...tak tau la dia boleh buat comeback ker tak...
Ada yang punya live concert full version gak?
ReplyDeleteKalo ada kita barter yuk,,
Gw ada yg di new york, prancis , sama best leasson langsung dari vito bratta
takder bro...tq.
Delete