Wednesday, June 21, 2017

Pride

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 21hb Jun...


White lion - Pride (1987)

30 tahun dah. Tak sangka betul. Rasa macam baru jer lagi. Saya sememangnya fan boy mereka. Minat gila dengan petikan gitar Vito Bratta. Pertama kali dengar solo beliau dalam lagu “Lady Of The Valley” dah tahu yang dia bukannya seorang gitaris yang biasa biasa. Dari situ terus jadi suka. Beliau adalah salah seorang gitar hero saya.


Memang suka album ni. Semua lagu sedap. Solo-solo melodic shred yang dasyat. Walaupun vokal Mike Tramp bukanlah yang terbagus. Agak meleweh. Vokal pemalas kata seorang rakan. Tetapi lagu-lagu ciptaan beliau memang sedap. Sekali dengar dah menangkap. Mungkin itu satu lagi faktor kenapa saya sukakan mereka. Ianya antara cd terawal yang dibeli bila bermulanya zaman cd.


Kaset ini pula ada ceritanya. ianya kepunyaan seorang pensyarah wanita ketika saya menuntut di ITM. Dia memang agak rapat dengan saya dan rakan-rakan. Selalu melepak di bilik beliau waktu di antara kelas atau jika tiada kelas. Pelajar lain datang untuk tanya soalan, tetapi kita orang datang untuk dengar lagu. Mungkin kerana usia beliau yang muda. Baru grad. Maka senang nak masuk dan sekepala. Tambah pula dia tahu sikit-sikit pasal rock. Kaset Pride ni dia beli masa dia menuntut di UK. Popular masa dia kat sana katanya. Puas juga mengecek buat souvenier. Akhirnya kami tukar pakai. Saya bagi kaset Metallica Black Album, dia bagi saya kaset ini. Kalau dengar lagu-lagu dari Pride ni memang teringatkan kenangan zaman tu. Tak tahu dah kat mana dia sekarang. Lost kontek lepas tinggalkan ITM.

Sangat berharap yang Vito akan kembali untuk buat re-union. Rasanya yang lain tiada masalah. James  LoMenzo pun sejak lepas Megadeth rasanya tiada band tetap. Greg D'Angelo pun. Cuma Mike Tramp sibuk sikit dengan album-album solo. Tapi ntah la…tak tau bila Vito nak kembali…

ROCK N ROAR!!!




5 comments:

  1. Hilang aku post.
    Aku cuma nak cakap ni album gerek giler. Ada lagu slow, ada lagu fast dan ada lagu LADY OF THE VALLEY

    ReplyDelete
  2. Akupun tak suka suara Mike Tramp nie..lagu Hungry tu memang lagu pilihan aku..

    ReplyDelete
  3. Kalo diorang reunion balik mmg best la.album ni kalo keluar deluxe version pun ok apa.best

    ReplyDelete
  4. One of best White Lion album. First their commercially breakthrough album. Pernah dengar Fight to Survive, Big Game dan Mane Attraction juga? Fight to survive adalah album pertama mereka, raw dan melodic.Big Game adalah continuation dari Pride walaupun kurang skit tapi masih menarik. Mane Attraction adalah lebih heavy tapi masa ni grunge tengah naik. Seperti nasib banyak metal album yang bagus, Mane secara komersialnya gagal dan mark the end of classic White Lion. Vitto adalah guitaris yang hebat dan favourite! Mike voice is unique. Usaha anggota white lion especially mike memujuk vito gagal. Vitto dah gantung gitar dah. Banyak sangat alasan utk tak nak reunion. Masalah jaga bapa sakit, tangan cedera dan lain lain. Aku pembeli tetap ebay, sapa peminat Whitelion, cuba cari versi rock candy, remastered, ada booklet tebal cerita dan gambar white lion minus lirik. This is the album that colours my 80's teenage life and most of us. Thank you White Lion!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes bro...nice to know somebody else love White Lion too...ingat aku sorang jer...nanti nak cari versi rock candy tu..tq.

      Delete