sempena merdeka ni..berpatriotik sikit..aku review album yang tajuknya ada perkataan Malaysia...sebuah album lama..diterbitkan pada tahun 1987..dari band yang menamakan diri mereka Bumiputra Rockers (BPR) bertajuk Selamat Pagi Malaysia

rasanya ramai yang tak tau sangat pasal album ni..ni album pertama dorang..aku google kat internet pun tak banyak dapat apa2 info pun pasal album ni...artis2 malaysia ni masih ramai yang ketinggalan teknologi la...
versi cd yang aku ada ni adalah versi remastered..diterbitkan pada tahun 2003..yang ori memang tak ujud dalam bentuk cd...sayangnya versi kaset aku pun dah hilang...kalau tak boleh jugak aku tampal kat sini cover original kaset tu..cover ori dia bukan yang macam kat cd ni..ni gambo line-up album Kelab Jiwa Luka..cover ori dia gambo lukisan macam tugu negara tu..tapi dorang tak pegang senapang...pegang gitar...ni pun aku google tak berjaya jumpa...takkan tak der sapa pun lagi simpan versi ori ni ek...ntah la..
album ni adalah line-up asal band pengiring Ramli Sarip selepas Ramli jadi artis solo...nama pun dengar ceritanya Ramli Sarip yang bagi..anggotanya Awang (gitar), Yem C (gitar..mana pegi ntah mamat ni...aku suka rambut dia yang lurus mengurai tu..), Yem Bai (Bass), Enal (drums) dan Joey (vokalist)..
Tracklist
1-Gua Musang
2-Hilang
3-Selamat Pagi Malaysia
4-Istilah Cintaku
5-Juwie,Juwie,Juwie
6-Bersyukurlah
7-Untuk Apakah lagi
8-Tergendala
9-Mana
10-Maghrib

Yang menariknya..banyak jugak lagu2 yang dorang buat sendiri...tapi ada satu lagu yang paling aku suka dari album ni..iaitu lagu yg dicipta oleh penerbit album ni Raymond Lim dan liriknya oleh Joey..lagu bertajuk Gua Musang..bagi aku ini la lagu yang paling heavy sepanjang karier BPR...best..tapi lagu2 lain kurang heavy..bukan tak best...tapi kurang menepati citarasa remaja aku zaman tu yang suka lagu2 heavy...
kebanyakkan lagu2 yang rancak adalah berkonsep moderate...antara yang menarik perhatian adalah lagu yang menjadi tajuk album.."Selamat Pagi Malaysia" dan "Bersyukurlah" (lagu saduran yg sampai sekarang aku tak tau sapa penyanyi asalnya)..lain2 tu aku kurang skit...kecuali lagu "Juwie,Juwie,Juwie" aku tertarik dengan liriknya..sememangnya pada masa tu Mama Juwie (ada ker sapa2 yg tak tau sapa Mama Juwie ni?..pegi siasat sendirilah..malas aku nak tolong googlekan...huhuhu)banyak membantu mempromosikan band2 rock dekat ruangan dia di suratkabar Mingguan Malaysia dan majalah URTV...aku kenal Wings sebelum dorang buat album pun dari ruangan Juwie..yang aku ingat siap dapat poster berwarna Motley Crue dan Jef Pilson (Dokken) lagi kat suratkabar Mingguan Malaysia tu tau..sekarang tak jumpa dah suratkabar buat camgitu kan...poster Lisa Surihani adalah kot (ni Eddie suka la...huhu)
Berbalik pada BPR...lagu2 slow dorang aku agak kurang berminat..meleweh2 skit..dah ada iras2 rock leleh 90an pun yer...(maklumkan zaman penghujung 80an tu..jiwa aku tengah heavy metal..kalau slow pun kurang2 mesti stail macam Rusty Blade,Rockers tu kan)..kecuali mungkin lagu Hilang (ciptaan Ramli Sarip) tapi ada sebuah lagi lagu slow yang menarik minat aku kerana liriknya iaitu lagu Maghrib...lagu yg lirik ala2 nasyid ni..sapa kata rock tak boleh ingat tuhan kan...tambahan pulak lagu ni guitar work dan solo dia best..ni baru betul slow rock..tapi kalau tak silap aku lagu ni kena banned oleh RTM..ntah la tak tau naper Tok Mat banned..lagu rock tak boleh lirik nasyid kot...tapi kat Muzik Muzik TV3 pernah keluar..takat ni tak jumpa pulak kay youtube sapa2 rakam vc tu...
kesimpulannya..bagi aku album ni so so ajer la..aku beli cd ni pun semata2 pasal aku nak lagu Gua Musang dan Maghrib aje..kalau korang peminat BPR..mungkin boleh beli la sebagai pelengkap koleksi..aku rasa album "Bisa" lebih best...walaupun aku sebenarnya bukan minat sangat BPR ni...tapi showmanship Joey kalau live memang aku respek...ligat dan ribut oo..
ok..mari kita layan kedua2 lagu dari album ni aku sebutkan tadi...Gua Musang dan Maghrib..