Sunday, December 27, 2009

Suratan atau kebetulan?

Macam tajuk lagu pulak kan…tapi benda ni memang dah lama buat aku musykil…kebetulan godeh2 terjumpa pulak perkara yang sama kat youtube..nampaknya aku tak keseorangan…

Ni sapa ciplak sapa ni…atau mungkin sememangnya sekadar kebetulan…try bukak klip youtube ni…bandingkan 2 lagu ni..2 Minutes to Midnight - Iron Maiden dan Flash Rockin' Man - Accept.



Hampir sama kan…of course aku dengar lagu 2 minutes to midnight lebih awal dari Flash Rockin' Man…so mula2 dengar tu memang ingat Accept ciplak Maiden…tapi bila tengok tahun rilis…iskh..macam Maiden yang ciplak Accept..

tapi lepas tu terdengar pula lagu Swords And Tequila - Riot...iskh..pun iras iras jugak...musykil..musykil...dah jadi 3...tak caya layan klip youtube dibawah...



tak tau la sapa ciplak sapa...atau sememangnya sekadar kebetulan???…

untuk nota
2 Minutes To Midnight dari album Powerslave diterbitkan pada tahun 1984
Flash Rockin' Man dari album Restless And Wild diterbitkan pada tahun 1982
Swords And Tequila dari album Fire Down Under diterbitkan pada tahun 1981

8 comments:

  1. harapnya menda ni akan berakhir secepat mungkin... kita dah nak masuk tahun 2010, kereta pun dah mula nak terbang ni hik hik hik :P

    ReplyDelete
  2. ini kalo lagu tu asal dr tanah seberang sana..dah tentu geng buluh runcing Indon dah buat demo....MALING..MALING...hahah

    ReplyDelete
  3. wow my up the iron was ciplaken?huhu./...pelik juga ye...

    ReplyDelete
  4. Gua tak pikir ciplak. Ciplak tuh, kalo bagi contoh, lagu WASP's Wild Child dengan Sofea's Anak Liar. 1 lagu sekali dengan stuktur lagu tiru abes.

    Setakat sikit riff/melodi itu biasa. Metallica (Kill 'Em All) banyak amek riff Raven. Ada lagu dlm Dream Theater (Metropolis Part 2) bunyik cam some portion of Metallica's Orion.

    Heck, tengok je XPDC earlier albums. Dari riff tuh je lu tau dari mana datangnya. :)

    Gua cakap biasa pon sebab, dengan ROKATUA (bila buat lagu), come across ngan melodi-melodi yang familiar. Mungkin sebab dah tune tuh sentiasa ada kat kepala & terlupa it was based on some songs that we heard.

    BTW, Selamat Tahun Baru. \m/

    ReplyDelete