Nak sambung Wings lagi???...haha..cukup la dulu..tapi pasti akan ada sambungannya nanti...tungguuuu...tapi kali ni nak citer pasal lain...nak tolong meleraikan kemusykilan En Musspeedrider kita...
kaset Sofea Anak Liar kepunyaan En Speedrider
Oleh itu dengan bantuan anak bongsu aku...kami menyiasat di gerobok kaset...aku menyelongkar...anak aku mengembur...dia ingat mainan agaknya kaset2 tu...abis dikitainya isi perut kaset tu...jenuh aku nak menyusun semula...tapi berbaloi...akhirnya misi berjaya...tak sangka masih ada lagi rupanya...inilah yang aku maksudkan...kaset SOFEA ANAK LIAR
iyer...beginilah bentuk rupanya kaset 1st pressing Anak Liar yang diterbitkan pada tahun 1988...mengikut catatan aku kat inlay kaset tu...dibeli pada 28 Dec 1988 bersamaan 19 Jamadil Awal 1409...tarikh bln Islam pun ada ooo...hehe
Bermakna kaset dari Bintulu En Musspeddrider tu sememangnya pressing yang ntah ke berapa ntah...banyak yang telah di modified..gambo cover naik motor ala2 Motley Crue Girls Girls Girls (ciplak atau sekadar mengambil idea...hehe..)dah tak der...(btw..motor Kawasaki tu...bukan Suzuki ahh En Musspeedrider :P)...diganti dengan gambo dari inlay...gambo inlay pulak sebenonya bukan dari Anak Liar...tu dari album Boneka Pentas (Motley Crue Theater of Pain????...lagi sekali???...kebetulan kot...heheh..) sayangnya kaset Boneka Pentas ni gagal aku temui...hilang dah...
So..harap2 En Musspeddrider berpuashati yer...disini jugak aku tampalkan gambo2 dari kaset tersebut khas untuk sapa2 yang tak merasa hidup di zaman tersebut...kalau rajin mungkin aku akan tampal jugak gambo2 dari kaset2 lain dari zaman tersebut yang masih aku simpan...khas untuk tatapan generasi hari ni...tapi sayangnya majoriti darinya dah hilang...
Alang2 dah tercerita pasal album ni...aku nak sentuh sikit isu ciplak lagu Anak Liar tu...kalau band2 lain contohnya Search (Nombor, Sirih Dan Gambir)..terang2 kat inlay dorang tulis lagu Copyright Controlled...maknanya kita tau lagu tu lagu saduran...tapi bab Sofea ni lain...tak caya check gambo bawah ni...
kalau takat ciplak intro, chorus atau solo tu kira boleh maaf la kot...ni kalau satu lagu ciplak...siap dgn lirik2 sekali...pastu tak bagi credit pun kat pencipta/penyanyi asal...tak tau la aku nak cakap...mungkin zaman tu dorang rasa tak banyak yang tau rock omputeh kot...
Ok cukup isu Anak Liar dgn Wild Child WASP ni...so macammana pendapat perbadi aku pasal album ni...Terus terang ini adalah permulaan aku mula tak suka Sofea...pertamanya ketiadaan gitaris asal dorang Zam...sayang sungguh..aku suka sangat brader ni...dan aku tak minat dengan pengantinya Fancy...Tiada rif2 berat dalam album ni...majoritinya bunyi gitar adalah tenggelam dan kebelakang kecuali part solo...jadilah lagu2 dorang yang heavy yang takder sound heavy...kalau korang paham la maksud aku...
Apa2 pun aku suka permainan dan sound bass Man Rani dalam album ni...terutama lagu Sisa Sisa Hidup ...lemak berkrim wooo...(En Ijau...pls take note...mungkin anda hendak mencuba lagu ni mengunakan Black Ice anda...heheh)
Bagi aku album ni bermulalah era Sofea berlembut...mungkin imej ganas tak boleh kemana dalam industri muzik Malaysia zaman tu...nak cari makan beb...bermula la era2 lagu cintan meleweh dorang...kebetulan lagu "cari makan" Bunga Padang Pasir nyanyian Man Rani tu meletup...tapi aku tak suka ahh lagu ni...meleweh sangat...
Kesimpulannya...bukanlah tak best album ni...cuma tak kena dengan selera aku...mungkin aku terlalu mengharapkan SYJ bukan Sofea...atau setidak2nya lagu2 macam album pertama dorang Kembali...tapi lagu Godaan Syaitan tu boleh tahan la...ada bunyi2 SYJ lama..lagu2 lain tu kira so so ajer la..
gua ada beli album A.C.A.B tribute untuk SYJ... seriously, gua cakap lu, boleh mencapai tahap orgasme.
ReplyDeletedan Bunga Padang Pasir yg telah di 'ska' kan... yummy!
nak try main bassline yg kompleks2 @ running note kena ada mentor (terutamanya dari kalangan bassist terlampau yg lain) dan kena focus on bass shj xdpt nak vokal skali... sbb tu aku suka main lagu2 yg simple bassline
ReplyDeletebtw, aku sofea/syj ni xbrapa byk lagu aku tau
Sofea ada satu lagu tajuk dia "bersama mimpi dan airmata"
ReplyDeletei like this one.
a.c.a.b tribute to syj buat aku kenal kumpulan ni. versi cover a.c.a.b jauh mantap dari semua versi asal. Sapa ada CD a.c.a.b. anak liar sila jual kat aku segera.
ReplyDelete@berteromber.
ReplyDeleteTQ bro. Kawasaki tu..
Satu penjel;asan yang amat padat, terima kasih. Memandangkan bro tak suka album ni sebab banyak lagu melewah (har har harrrrrrrrrrrr), sekiranya berhajat melepaskan, sila hubungi saya.. heheheheheheh
(har har harrrrrrrrrrr)
isk wasp.. baru aku ingat pernah argue ngan kawan pasal wild child ni.. teringat plak kaset aku pertama adalah W.A.S.P (electric Circus) lupa la tajuk.... versi apache.. ngko ada kaset ni bro? boleh reviewkan... terkenang plak masa dulu isk isk
ReplyDeleteSofea ni aku tak berapa minat laa...antara band rock melayu yang aku tak berapa follow...
ReplyDeleteAda lagi ko simpan keset tu..
anak liar berkuasa perkasaaaaaaa
ReplyDeletehatinya bangga dakap lah daku
ReplyDeletesehangat api cinta mu..
huhuhuhu
Tape ni aku ada. 1st pressing yeah..
Album Kembali Sofea bagi aku yang terbaik.
Nnti aku try cari balik kat kg, snap na post kat blog. Tu pun kalau2 masih belum kena tapau lagi.. huhu.
"Aku kini kembali menemui mu lagi"-Kembali, Sofea 1987
aku suka juga la album ni sbb aku ada beli...sama tahun ngan ko beli tu...guitarist dia aku tak minat...tp aku beli juga album G.E.T.Z guitaristnya c fancy..aduh...tak mcm album sofea kembali..tu mmg best..boneka pentas pun aku ada..cuma tak tau dmana sudah aku simpan...
ReplyDeleteuishh..bapak rare....klu jual mau 8juta ni...1st pressing ek...hm...
ReplyDeleteEddie…gua setuju..ACAB tribute tu ada yg lebih baik dari versi asal
ReplyDeleteIjau…camtu lu main lagu Bunga Padang Pasir la…Man Rani sempoi je nyanyi lagi ni sambil main bass…
Portdy…time tu…band yg dulu ganas…”Hati Syaitan”…”Mata Sepet”...”Anak Liar”..sudah jadi “bersama mimpi dan airmata”…iskh..iskh…
Speed…jual?…iskh..dah jadi barang2 khazanah negara ni sayang pulak walaupun tak suka…har..har..harrrr
Jai…kaset aku tak der…tapi cd ada…heheh…tungguuuuuuuuu
ReplyDeleteSkid…banyak dah hilang la…dulu masa duk rumah sendiri kaset2 melayu ni semua tinggal kampung…sekarang semua dah kena buang..
Matakucing…layannnnn
Takilala…Kembali pun aku ada…nanti rajin2 aku buat review la..Ni last SYJ yg best bagi aku…
Mhagnoth...ACAB tu aku ada versi cd dubbing jer...
ReplyDeleteCimca…GETZ pun ko beli???…dasat…ko lebih troo kapak dari aku…hehehe…
Pakcik…ada lagi beberapa keping yg agak rare…tunggu ada org offer 8 juta…aku jual la…
walau copycat motley crue, SYJ berjaya menjadi band heavy metal paling liar, ganas dan mempunyai personaliti paling menyerlah dan power dalam line up battle of the bands.
ReplyDeletegua sangat suka dengan lagu "hati syaitan". paling brutal dalam battle of the bands
sofea bukan diri mereka sebenarnya. crap!
tenampak semalam kat speedy album kompilasi sofea.. tgh google jumpa pula ni.. pergh!! kaset 1press tu...
ReplyDeletesaya peminat sofea jugak hehe.. abang berteromber cuba check out kumpulan Reckless lagu tajuk hot and ready.. lagu sisa2 hidup saya rasa saduran dari situ...
ReplyDeleteKih3...Album kembali mmg kaw...tp dalam album tu...zam dah xd...yg de pic die kt cvr je...gitaris session...raymond lim...sbb tu solo dh lain...
ReplyDelete