Wednesday, February 3, 2010

Best Of Wings

Baca citer ijau dengan Speedrider pasal Wings…buat aku teringat nak check balik koleksi cd Wings aku..maklum lah kalau cd omputeh memang aku susun cantik2 ikut abjad tapi cd melayu ni bersepah skit…tak der tempat nak letak..nak kena beli rak cd baru nampaknya…

Selama ni aku yakin aku ada complete cd Wings ni kecuali 2 cd Opera Dalam Kenangan yang puas cari nak beli tapi tak jumpa dan Naga Keramat…tapi lepas mengembur sana sini baru aku perasan cd Biru Mata Hitamku dah takder…seingat aku la…aku ada cd ni…tapi ntah mana hilangnya ntah..sapa la yang pinjam tak pulang…adoi…


koleksi cd Wings aku...satu tertinggal masa tangkap gambo..Puisi Aidifitri


Dengar citernya memang susah dah nak jumpa cd tu…nampaknya tak complete jugak la harta karun aku ni…tapi aku ada satu cd yang mengikut kata En Speedrider agak rare jugak kalau nak cari sekarang iaitu cd Best Of Wings..



Apa yang menariknya cd ni?…kan kompilasi lagu2 popular Wings ajer…dah biasa kan…..salah!!!…yang menariknya ada 2 perkara…
satu pasal ada satu lagu baru yang aku rasa tak jumpa kat mana2 album lain iaitu Hutan Simpan…aku suka lagu ni...ala2 lagu2 heavy rock n roll zaman Jerangkung Dalam Almari..
keduanya…semua 3 lagu dari album Belenggu Irama iaitu Inspirasi Taming Sari, Belenggu Irama, Intan Ku Kesepian dan 3 lagu dari album Hukum Karma iaitu Misteri Mimpi Syakila, Hikayat Penuh Ranjau, Taman Rashidah Utama adalah rakaman semula…bermakna lagu tersebut dimainkan semula oleh Joe dan Jojet kerana rakaman asal dimainkan oleh Sham - gitar (Belenggu Irama) dan Black – drums (Belunggu Irama, Hukum Karma)..



So macamana dengan rakaman terbaru tu…ntah la…walaupun aku minat sesangat dengan Joe…tapi disebabkan telinga aku ni dah sebati dengan versi asal dari Belenggu Irama…maka aku lebih suka versi asal…mungkin orang lain…lain pendapatnya kot..


kalau korang baca kat inlay ni...kat belah atas tu cakap lagu Hutan Simpan dorang cipta sendiri...tapi kat lirik bawah tu tulis M Nasir/Nasir Jani...ntah mana yang betul ntah..

Ok la…kalau sesapa ada terjumpa atau nak jual Opera Dalam Kenangan dan Biru Mata Hitamku (cd sahaja) silalah hubungi aku…teringin jugak nak kasi lengkap harta karun aku ni

25 comments:

  1. dua tiga hari ni gua asik humming lagu 'gema di inderaloka'...

    macam ada satu misteri bikin gua asik teringat melodi itu. berhantu sial lagu tu....

    ReplyDelete
  2. CD Biru mata hitamku tu kan dah rosak. Patah dua terduduk atas kerusi kereta...hahahahaha..

    ReplyDelete
  3. ko pon wat entry wing~
    ko ngan ijau ni cam gay lak~
    naluri same~

    ReplyDelete
  4. ayuchokichoki - itu bkn gay namanya, tp dia dpt inspirasi/idea buat blog drp aku dan muspeeda (awal2 lg dia mention dlm perenggan pertama) biasala minat sama

    atleast ada jugak kitorg support local scene

    lg skali, WINGS bkn WING

    ReplyDelete
  5. lagi satu boss,

    Best of wings tu, tengok la inlay dalam dia tu... huhuhuhu (kalau perasan la)
    sebab tu Best of Wings ni rare habis.

    Budaya pinjam tak reti bagi balik ni, aku dah terkena. WINGS Platinum ada orang pinjam CD1 aku, pastu buat harta.. Dahla edisi tu limited edition.

    ReplyDelete
  6. Versi rakaman semula lagu2 dari 2 album terawal terpaksa dilakukan kerana masalah hak cipta. Ini kerana pemegang hak cipta Belenggu Irama & Hukum Karma adalah Atlantic Sound Production (ASP) manakala bermula dari Teori Domino hak cipta dipegang oleh PMC (kemudiannya bertukar menjadi BMG).

    Kes hakcipta ni lebih kurang sama macam kes Search vs Polygram yang mana akhirnya album "Di Pintu Sepi" terpaksa ditarik dari pasaran dan Search terpaksa merakam semula lagu "di pintu sepi" untuk mengelakkan masalah hak cipta dengan Polygram di dalam album "Double Trouble 2".

    Orang kita ada di mana-mana sahaja!

    ReplyDelete
  7. nah ni kali mat rock kali keluar dia punya khazanah hahahahaha tu la ijau asyik bakar jer.. kan dah terkeluar.....

    ReplyDelete
  8. tanamkan minat suka meracun. racun-meracun amalan kita bersama

    ReplyDelete
  9. tahun bila ya...88,89... tengok konset wings kat expo port dickson... hancus! harharhar!
    yang best malam tu pas abih konset, gua and the gang lepak tido tepi pantai. sejuk nak mampos!

    20 tahun telah berlalu, tapi muzik rock mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan.

    jerangkap samar! jerangkap samarrrr!

    ReplyDelete
  10. wings!wings!wings!bln dpn diorg main ng search n dll ,...rugi klu tk pegi~!radio rosak!

    ReplyDelete
  11. ops ada gayo la. the man hu change my life dengan dua petak katun je . 1995 dulu.....15 tahun dulu.

    ReplyDelete
  12. ala lagi2 review dengan campuran unsur2 riak.....




    Biru mata hitamku hilang?
    ni dah masuk rare ni bro,
    nasib baik deaf ada simpan lagi, buleh le tengok2 buat ilang rindu.


    bro, ada jumpa wings 21 anivessary tak kat area jb? wa dah letih tanya speedy bukit indah.




    P/s: ada sapa2 minat Lovehunters? kat pontian ada seketul , album yg ada lagu sambutlah kasih tu.

    ReplyDelete
  13. Eddie...lu sekarang banyak taman la dalam hati...hahaha

    Skid...cd tu ker yg patah...aku ingat2 lupa..padanlah takder...

    Ayu..ko tak minat Awie ker?..tu dolu2 hero no 1 Malaya tu..haha

    Speed...sumpah kat inlay tu kalau ko tak cakap mmg aku pun tak perasan..tapi kat back cover aku perasan...dulu tertumpah air kat situ..masa lap2 tu ternampak..

    ReplyDelete
  14. Zan...kes hakcipta tu mmg aku tau...tapi yg jadi lebih menariknya bila buat rakaman baru..anggota band pun dah bertukar baru...tu yg best tu...ada kelainan...sama la mcm kes Search tu...dari Jon jadi Kid main..

    Jai...banyak lagi lum keluar tu...kalau berani bakar la lagi...hhaha

    Ijau...tu tunjuk cd Dokken tu kira nak meracun jugak ker tu...heheh

    Gayour...sama la beb...gua pun 1st time nengok Wings 88,89 gitu...kat Stadium Larkin, JB...tu jam dorang dgn Rusty Blade...
    Joe tali gitar putus masa tgh2 lagu Hikayat Penuh Ranjau...Awie sound potong stim betul la...gua lupa Joe tukar gitar lain ker atau tukar tali...dan terus sambung main kat part terhenti tadi...gua ingat dia nak start dari mula...best betul la..

    ReplyDelete
  15. Pakcik...aku tunggu dorang turun JB ajer la...

    Takilala...kasi kuar la ko punya yg rare2 pulak

    Mhagnoth...susah nak menaip nama ko...iyer...itu memang the one and only Gayour... \m/

    Portdy...bila lagi nak riak cdwi...hahahaha...

    wings 21 anivessary ada...cd atau vcd?..lu nak yang maner...boleh ajer..

    Lovehunter kalau ada 1st album Sehari dalam Hidup aku nak la..yg lain aku tak follow dah..

    ReplyDelete
  16. bro...
    ko dah try cek cd tu kat speedy video? dorang leh cek kat sistem wujud lagi ke tak cd tu...
    so kalo ade leh ler booking..

    aku kalo nak carik cd yg dah takde kat display rak tu aku booking jerk..
    selalu dalam seminggu dpt ler...

    jadik sesape yg nak carik cd leh ler tanye kat speedy cek dia nyer list kat sistem... kalo ade leh ler booking... tapi bukan semua cd ade yerk... hehehehe

    ReplyDelete
  17. ok wa dah check

    Lovehunters - Iklas '05 - (2005)
    kompilasi daaa 10 lagu je huhuhu


    Ikhlas
    Sambutlah Kasih Ku
    Berpindah Minda
    Ku Tetap Menanti
    Blues Untuk Rakyat

    Hidup Sederhana
    Resah
    Cinta Terlarang
    Realiti
    Ku Ukir Nama Mu



    kurang berbaloi2

    ReplyDelete
  18. Muor...thanks for the info

    Portdy..Lovehunters yg tu aku tak tau la..mmg tak follow langsung..

    ReplyDelete
  19. wah terliur aku tgk koleksi ni...mantap beb

    ReplyDelete
  20. beb,

    kertas dia ni ada tulis wings kecik2 tu tak?

    ReplyDelete
  21. Indra...welkam

    deaf...ada...kat cover belakang pun ada

    ReplyDelete
  22. tang versi baru tuh, aku dengar ok gak...especially taman rashidah utama..ada part keyboard 2 yg best tuh..hehe

    tp pnah gak terdengar julang timur tengah dicover dlm english..x tau la by wings sndiri @ band lain...bro tau x pasal nih..?

    ReplyDelete
  23. sikurus...sorry...aku pun tak pasti pasal tu.

    ReplyDelete