Wednesday, August 18, 2010

Halal Bufet?

Hmmm...lepas dah berpinggang2 dan bergelas2...baru ni la aku tau yang kat Johor Bahru ni cuma ada satu je hotel yang menyediakan bufet berbuka puasa yang disahkan halal oleh JAKIM...adoi...memang salah aku ni tak pernah nak check...

segala khabar angin dari member2 yang kerja hotel yang kata kebanyakan hotel kat Malaysia menyediakan makanan yang diragui halalnya...ada sesetengah makanan campur red wine...campur alkohol nampaknya ada kebenarannya...

cuma satu ni je yang ada sijil halal JAKIM yang sah di seluruh JB...

MUTIARA HOTEL JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
MUSLIM KITCHEN
CAPRI KITCHEN
MEISAN KITCHEN


untuk senarai lain...sila klik sini.

zaman sekarang ni memang ramai pun aku nampak orang kita dah tak berapa ambik port pun pasal halal haram tempat makan ni...restoran cina pun ramai lantak masuk...

so..pandai2 la kalau nak makan ni...kalau tak tau...kena ambik tau...

nak bagus masak sendiri jer la...ye tak En Bentara?...menyelerakan sungguh masakan Mrs Bentara...heheh..

13 comments:

  1. tenkiu la bro , kalau tak main redah jek kan?

    ReplyDelete
  2. Dekat Penang, ada satu kedai Hailam.. Aku bedal..

    Sebab dah tau tukang masaknya melayu, dan pembekal ayamnya pun melayu.

    Dan tauke 4 beradik, salah seorangnya mualaf.

    ReplyDelete
  3. Eh... bukan Pan Pac dulu halal jugak ke? Dah tamat tempoh ke?

    masak kat rumah ni kena ada wife dedicate dok rumah. Yang kerja, mesti rasa kesian kan?

    Oleh itu, boleh bukak cawangan baru. Cari yang tak kerja ;)

    ReplyDelete
  4. ada seorang rakan yg penah jadik kitchen helper kat satu hotel besar di JB, red wine vinegar itu memang ada, arak beras, untuk rasa sedap dan tahan lama.

    untuk dessert lagi laa... chocolates dan cakes mesti ada alcohol baru enak.

    alhamdulillah, sejak2 campur sorang dua budak2 yg kenal masjid ni, gua lebih aware pasal halal haram ni.

    ReplyDelete
  5. KL nih camno?
    gua dah suh vendor book Hotel Istana ngan Shangri-La nih..

    tapi buka kt umah gak yg best..psl tak tereover mkn...

    ReplyDelete
  6. portdy...kongsi adalah ambil berat

    Speed...kedai mamak pun nak kena tgk2...banyak sekarang tukang masaknya india hindu...

    Abang Ben...kalau tgk kat senarai JAKIM mmg Pan Pac x masuk list pun...mungkin jugak dah expired...Hotel kepunyaan org Islam pun tak ambil berat hal ni...iskh..

    Utk wife yang berkerja ni...laki kena la ringan tangan sama2 ke dapur...sesak2 hujung bulan pun kekadang pau duit dia jugak kan...heheh...

    tambah cawangan?...erk..ark..emm...alamak wife aku baca komen ni...hahahaha..

    ReplyDelete
  7. Eddie...alhamdulilah...sama2 la kita betul mana yg tak betul..

    Jemz...kat website JAKIM tu ada senarai...KL banyak hotel yg ok..

    ReplyDelete
  8. gaya hidup menyebabkan jadi cam ni dan orang Islam menjadi mangsa. kendian komplin, "kenapa anak kau, isteri aku dan aku sendiri jadi bebal, jahat, mengong, bodoh, jahil, degil..."

    kerana makanan haram yang menjadi darah daging

    ReplyDelete
  9. AKu ada persoalan dari dulu lagi bila timbul isu tang tanda halal dari JAKIM ni.

    1. Adakah maksud tak de halal tu bermakna hotel tu campurkan daging babi / tak sembelih dan masak guna arak ATAU hotel tu terlupa / on the way nak mohon tapi list halal dah keluar?

    2. Kan ke maksud expired tu maknanya hotel tu PERNAH ada sijil halal TAPI tak renew / belum renew / on the way nak renew. Camne tu?

    3. Yang ni list JAKIM je kan? Setau aku tiap JAIN (Jab Agama Islam Negeri) pun ada list halal dorang. Jadi senarai hotel yang ada halal ni maybe lagi banyak..

    4. Sepatutnya sebagai negara yang agama RASMI ialah ISLAM dan MAJORITI rakyat beragama ISLAM, tak timbul isu halal. Yang patut timbul sebenarnya ialah tanda HARAM...betul tak? hehehe

    ReplyDelete
  10. Zan...satu persoalan yg menarik...ko patut tanya direct kepada JAKIM...aku bukannya org yg layak nak jawap ni...tapi dari pengetahuan aku

    1-Maksud takde halal tu ada 2..1 mmg permohonan halal dia di reject atas sebab2 berkenaan yg menyebabkan dia jatuh status tak halal...ke 2 memang hotel/restoran dll tu langsung takder apply untuk sijil halal...kes camgini statusnya jadi was2...kalau dah was2 tu ko paham2 jer la...

    2-pernah ada sijil atau dah expired tak bermakna hotel itu sentiasa halal...kenapa hotel tu tak nak renew??...JAKIM from time to time akan buat pemerisaan mengejut kepada premis2 yg dlm tempoh sijil haram ni...kalau ada x kena...sijil boleh d tarik balik...kalau dah expired...dan bukan bidang kuasa mereka...

    3-Setau aku...JAKIM untuk negara/antarabangsa...JAIN untuk peringkat negeri...list ni dah masuk semua dah...

    4-kalau semua premis/produk ni pengusahanya faham konsep halal haram ni...mmg senang...

    bak kata Hishamudin Rais...bukan ditanggung halal...tapi ditanggung sendiri...heheh...

    ReplyDelete
  11. *edit...kat no2 tu..

    "JAKIM from time to time akan buat pemerisaan mengejut kepada premis2 yg dlm tempoh *sijil haram* ni"

    *sijil halal...

    ReplyDelete
  12. nak tau hotel tu halal ke tak senang je.. first thing first lu pergi tanya waiter tu.. hotel ni ada jual beer tak? kalau ada..

    sah2 la tak halal pasal cawan diorang serve tu kompom x samak punya.. huhu

    ReplyDelete