Wednesday, March 23, 2011

Black Album

"ko rasa tak Metallica dan jadi lembik...pop?"

aku memang tak leh lupa kata2 sorang member aku bila 1st time dengar black album dari Metallica ni...kata2 yang bukannya aku sorang jer setuju...tapi hampir majoriti peminat2 Metallica yang pernah melalui hidup zaman 4 album sebelumnya....

Iyer...kali ni aku nak cerita pasal album2 dari tahun 1991...jom cerita pasal album no 5 Metallica yang tak bertajuk ni...atau pun lebih dikenali sebagai black album...



Terus terang aku cakap...aku memang excited giler bila dapat tau Metallica nak keluar album baru masa tu...baca kat Kerrang...baca kat Metal Hammer...tapi tu jam dah rasa pelik la bila dapat tau penerbitnya Bob Rock...iyer la...selalu nengok gambo2 James Hetfield pakai sticker "Kill Bon Jovi" kat gitarnya...(tu jam mat2 metal memang jaki ngan Bon Jovi kan...) ni alih2 guna penerbit Bon Jovi...ni mesti ikut pepatah "if you can't beat them, join them" kot...heheh...

bila dapat pulak nengok video klip "Enter Sandman" kat MTV...bertambah2 tak sabo rasanya...dengar2 pulak album ni no 1 kat US...lagi la tak sabo...bila kasetnya sampai kat Segamat (tu jam aku belajo kat sana)...memang tak berlengah terus beli...

Apa yang aku ingat...dulu2 masa 1st dengar...Enter Sandman ok la...masuk Sad But True...hmmm..mid tempo jer...tak aggresive pun...antara lagu yg kalau nengok dvd live dorang aku forward...kalau tak sure zzzzzzz...tapi tu jam nak sedapkan hati..."The Thing That Should Not Be" dari Master Of Puppet pun jenis2 camgini aper...tapi bila dah 4,5 lagu pun semua jenis2 mid tempo camgini aku dah rasa lain dah...masuk pulak bila dengar Nothing Else Matters...mak aii...Metallica ker ni...ingatkan satu jer lagu slow...The Unforgiven...ala2 Fade To Black,Sanitarium la kan...tapi bila Nothing Else Matters....arghhhh...



Bukanlah nak kata album ni tak best...cumanya ia bukan lagi Metallica yang dulu...kalau lah ini album Metallica aku yang pertama...mungkin jugak aku suka giler album ni...tapi tu la...kalau dengar back to back dengan 4 album awal....memang album ni masuk tahap hampeh...bagi aku ni album ni sedikit membosankan...sekali sekala dengar ok la...banyak sangat lagu mid tempo...agak lembap...bak kata member aku pun...dah alang2 album hard rock...baik layan Poison...at least lagu dorang hepi2...party2...rock n roll.....

Sebenonya cd ni baru tahun lepas aku beli...tu pun pasal terjumpa kat ebay dengan harga + pos tak sampai pun RM20....kasetnya dulu aku tukar pakai ngan Kaset White Lion "Pride" dengan lecturer Financial Accounting aku...lecturer pompuan...tu jam dia masih Cik...(ni nanti kalau aku cerita pasal album Pride..aku cerita lebih lanjut pasal ni...heheh)...last2 dia buat harta kaset tu...dan aku memang tak pernah ada black album ni semenjak tu...

Album ni lah bermulanya aku bosan ngan Metallica...makin lama makin bosan...Load...Reload...dan paling hampeh St Anger....ini lah contoh klasik band sellout...tapi sellout yang berjaya...tak semua jadi komersil boleh jadi kaya raya....tapi Metallica memang berjaya...memang luck dorang la kot...alaa...apa ada hal...hilang 1 peminat lama...datang 10 peminat baru...kalau aku pemuzik sepenuh masa...mungkin aku pun jadi macam dorang...hahaha..


perasan tak...konsep gambo camgini Search dah buat masa zaman Langit dan Bumi lagi...dan cover hitam tu pun Search dah buat masa Karisma...heheh...

12 comments:

  1. album yg mmbuatkan aku mula2 kenal metalika, dan ironinya satu2nya album klasik metalika (80s-90s) yang blm ada dlm koleksi aku lg

    ReplyDelete
  2. dulu-dulu masa start nak dengar lagu heavy metal, masih boleh tahan dengar album ni , masih simpan dlm playlist metal aku.. tp bila dh start dengar megadeth+slayer+exodus+death+anthrax+lain lain... aku remove habis lagu2 dlm black album ni dlm playlist aku... yg ada just 4 album pertama Metallica hehehehehe :D

    ReplyDelete
  3. lebih DUA BELAS JUTA salinan album ni dijual di seluruh dunia dan kirt hammet berkata,"gua tak tau siapa yang beli album black kami!"

    album metallica yang paling berjaya walau 'kehilangan' sorang peminat tegar iaitu encik berteromber.

    heh!

    sad but true

    ReplyDelete
  4. macam ni la perasaan gua bila beli Aerosmith - just Push Play, Def Leppard -x-, Slaughter - Revolution, Scorpions - Eye2Eye, dan yang seumpama dengannya.

    sampai satu tahap pengkarya ni semua dah ketandusan idea kot?

    ReplyDelete
  5. ketawa aku baca intro ko pasal Bob Rock.

    Aku tu jam dengar, aku boleh terima lagu "dont tread on me".

    skarang ni ok kot kalo dengar album ni, tapi aku takde cd dia, kaset dah hilang.

    ReplyDelete
  6. Metallica sememangnya love/hate band yg semakin cuba dijauhi semakin ia dekat dihati...haha! Anyway, still miss Jason Newsted..

    ReplyDelete
  7. Seperti kata cik gayour. 12juta habis dijual. Aku rasa niela album yang dia breakthru market untuk cari untung. Lagu-lagunya pun agak radio friendly.Bila dah radio friendly semua orang dengar dan semua orang beli.
    Rock-rock jugak. Duit pun kena masuk jugak.

    ReplyDelete
  8. Bagi aku ok la album ni berbanding St Anger yg bt semua org "angry" termasuk penyokong "Metallica baru". Yang aku ingat masa black album ni tgh hot, ramai budak-budak sekolah menengah di kampung-kampung naik basikal pakai t-shirt hitam gambar ular dan 4 muka boy band tu.

    ReplyDelete
  9. Kau xlayan Nuno Bettencourt dan Extreme?? funk metal hard rock?? another band mengecap glamor sebelum dihambat Nirvana.. dan grungeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan jugak...ada cerita pasal Extreme pun...check label kat bawah tu...

      btw...tq bro..

      Delete
  10. First time aku kenal metallica tahun 1991... kawan pinjamkan kaset ni... mulanya aku tak berapa nak masuk.,..... tapi bila lagu nothing else matters waaahhhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ada ceritanya dari mana ia bermula...TQ singgah.

      Delete