Friday, March 4, 2011

Rahsia

Demam Iron Maiden dah kebah dah..balik ke ke asal...cerita pasal album2 rock dulu2...kali ni sebuah lagi album dari tahun 1990 yang aku nak cerita...sebuah album tempatan dari kumpulan MAY bertajuk Rahsia..



Seingat aku...kaset ni aku beli bukan semasa ianya diriliskan...seperti yang dah banyak kali aku cakap...zaman tu aku dah malas nak layan rock melayu...so masa ianya diriliskan memang aku buat tak tau...sehinggalah pada satu hari tu aku ada sorang budak depan bilik aku masa aku kat ITM dulu bukak kaset ni...

Mula2 memang tak ambik kisah pun...sehingga la aku terdengar lagu Pahlawan Mimpi...iskh...boleh tahan jugak lagu ni...ada bunyi2 thrash...roommate aku yang tak minat rock dan die hard Debbie Gibson (ahli Usrah tu...) pun boleh cakap kat aku "thrash tu lagu tu"....hahaha...punya la telinga dia dah terpaksa layan lagu2 metal aku sampai dia pun dah paham dah apa tu thrash metal...begitu la jugak macamana aku terpengaruh dengan Debbie Gibson, Belinda Carlisle, Susanna Hoffs, Martika, Suzanne Vega, Alannah Myles, Tiffany dan sapa2 lagi ntah kepunyaan dia...dah selalu terdengar..syiok la pulak...ok la...tu cerita lain...heheh..

Kerana Pahlawan Mimpi punya pasal...cuti semester tahun tu lepak2 kedai kaset kat Komtar...aku terbeli jugak kaset ni akhirnya...tapi takder la aku dengar sangat kaset ni...apa yang aku ingat aku dok selalu ulang2 dengar lagu Pahlawan Mimpi ajer...kalau malas nak rewind guna pen...aku tukar sebelah side A...lagu Black Area...pastu ulang side B Pahlawan Mimpi...menyebabkan 2 lagu ni jer la yang aku betul2 familiar dari kaset ni..

Aku agak May time tu pun terpengaruh trend semasa...rif2 gitar dan drum lagu Pahlawan Mimpi memang thrash abis...memang trendy la masa tu...semua pun thrash...sampai kalau korang pakai tshirt Bon Jovi warna hitam pun orang cakap ko Mat Thrash...hahaha...tapi ini memang salah satu lagu fav. aku kalau cerita pasal May zaman Mus...tak pernah pulak aku nengok dorang bawak lagu ni live kalau time show kat tv...kalau kat konsert...ntah...aku mengaku...seingat aku...aku tak pernah nengok May live...



Sebenonya yang betul2 aku dengar kaset ni ialah pada beberapa tahun lepas...tu jam aku pergi kerja kawin ada DJ kat situ karaoke lagu Gadis Bertudung Putih...start tu aku teringin nak dengar balik Rahsia ni..

Rahsia selain Pahlawan Mimpi...ada 4 lagi lagu heavy dari kaset ni...3 darinya (Rahsia Kota,Black Area dan Batu Api)mempunyai acuan yang hampir macam lagu2 heavy dari album Hakikat...kalau suka lagu Dari Kacamata...memang senang la nak masuk lagu2 ni...manakala Racun Bermadu lain sikit...takder riff2 macam Hakikat...bunyi macam lagu2 band hard rock US zaman tu...best jugak..aku suka lagu ni..

1 lagu midtempo (Genggam Bara) dan 4 buah lagu slow....ada yang jenis sikit meleweh ala2 lagu Kembali Semula (JJR 1)....tapi aku suka Gadis Bertudung Putih...melodi dia best..antara lagu slow May yang aku suka selain Sketsa Sebuah Cinta (JJ3)dan Bayangan Hidup (JJR2)...manakala Diari Cinta Pertama...makin lama dengar makin layan la...

Sebenonya ini lah last album May bersama Mus yang aku beli...lepas tu tak follow sangat dah...tapi aku ada gak layan sikit2 May zaman Yantzen...album Ziet Giest dan Wira Cyborg...lagu2 heavy dorang zaman Yantzen memang best...tapi aku tak beli pun kasetnya... :P

6 comments:

  1. peh...ada tajaan rambut&make up ngan pakaian tu.haha

    ReplyDelete
  2. bistu...korang ingat senang ker nak buat rambut kerinting beso camgitu...

    hahaha...

    ReplyDelete
  3. aku beli kaset ni masa memula keluar dulu..
    Black Area
    ngan lagu2 slow dia sedap...

    diari cinta pertama etc..

    ni aku boleh recall lagi ni dalam otak aku ni lagu2 slow kat kaset ni.

    ReplyDelete
  4. Bro tapi x lupa, album May sbnrnya lepas 2 Strategi. 2 kira album last Mus dalam band May, then dia keluar atas sbb2 tertentu. Bagi gua, album Strategi antara paling Mantap dan bleh kira bnyk lagu diorang catchy dan thrashy style diorang. Cuma 3 lagu slow aje yg ada kt dlm album 2 lain semua stok rock punya style muziknya. Kalo ok, bro review skit album 2......

    ReplyDelete
  5. faiz...lama dah tak dengo strategi...nanti aku try dengo balik..

    ReplyDelete