Tuesday, June 21, 2011

Arise

Sambung lagi cerita pasal album dari tahun 1991...kali ni dari salah satu album fav. aku dari tahun tu...Arise dari Sepultura...



Kebetulan kan Sepultura baru jer rilis album terbaru dorang..Kairos...tapi tu la...dah lama aku tinggal Sepultura ni...sejak2 menyampah dengar Roots...pastu terkena pulak dengan Against...ni kaset (Roots) dan cd (Against) kalau ada sapa2 nak trade/beli memang aku berbesar hati la...ni dua2 tak sampai 5 kali pun aku bukak...hampeh!...memang bukan taste aku...Dua2 ni antara yang aku menyesal beli..maklum la dulu2 tak leh cekidot kat internet sebelum beli...

Tapi...sebelum dorang mengarut dengan tribal sound sejak zaman Roots...Sepultura masa tahun 1991 ni adalah band thrash yang paling aku minat sekali...memang aku suka...maklum la Metallica pun dah start lembek tu jam kan...kira Sepultura dan kemunculan Pantera la membuatkan budak2 macam aku rasa teruja...kira dorang ni penyelamat thrash metal la..



kalau "Beneath the Remains" membuka ruangan mereka ke mainstream...Arise pula mengukuhkan kedudukan tersebut..bagi aku Arise masih kuat thrashnya walaupun sedikit perlahan temponya berbanding Beneath.....dan mungkin jugak ini pure thrash yang terakhir dari sepultura...kerana bermula dari Choas AD...muzik mereka telah mula berexperimental dengan tribal sound....

Aku suka semua lagu dari album ni...terutamanya Arise, Dead Embryonic Cells, Desperate Cry, Altered State dan Under Siege...yang menariknya sepultura zaman ni bukanlah pada solo2 gitarnya...tapi lebih pada riff2 yang dihasilkan oleh cavalera dan kisser...memang syok untuk layan angguk kepala...sesuatu yang dah kurang pada sepultura sekarang...



Apa yang aku ingat masa tahun 1991 tu...tv malaysia (aku tak ingat tv3 ker apa..) ada tayang satu rancangan chart show...kekadang ada minggu yang tayang rock chart...salah satu minggu tu video clip "Under Siege" keluar tv...walaupun sekejap bukannya satu lagu penuh...tu pun aku dah senyum meleret siap rakam guna vhs lagi...giler ahh..sepultura keluar national tv....perghhhh...(satu lagi video clips yang keluar tv ialah Kid Of the Century - Helloween)..


Cd ni aku beli kat Tower Records KL Plaza...memang banyak daripada koleksi2 cd aku beli kat situ...sticker harga pun tak kopek lagi...saja buat kenangan perbandigan rega cd zaman dulu..


Apa2 pun...album ni memang rekomended...ramai fan komplen pasal album baru Morbid Angel mengarut...aku rasa itulah perasaan aku bila dengar Sepultura Roots....bagi aku Sepultura dah mati selepas Chaos AD...

8 comments:

  1. tv3 alternative show host dia fathul -skc/infectious maggots.yup album ni bagi gua paling sedap.bli dabel kaset roots 2-3 je dgr.sedap skit je

    ReplyDelete
  2. OFF TOPIC:

    Roudenessu nak turun KL, amacam bro turun ke?

    ReplyDelete
  3. Nizam...rancangan tv tu bukan Alternative show...tapi rancangan omputeh...aku lupa dah tajuknya..

    Portdy...kenapa ek kat malaysia ni band rock dah tua2 baru boleh masuk????...kenapa pulak Justin Bieber budak2 lagi dah dapat masuk???…heheh...

    rasanya tak pergi ahh...dah tua2 ni tak larat la nak berwoook en wool kuweezi naiiiit.. :P

    ReplyDelete
  4. zee poel toe ra ( dan pantera ) benar2 memberi impak dan fenomena baru dalam genre metal dunia masa ni. masing2 dengan album yang dah jadi tahap cult.

    album hebat termasuk ilustrasi cover yang menggiurkan

    ReplyDelete
  5. loncatan produksi sound yang mengejutkan dari Beneath... aku terlopong dengar.

    ReplyDelete
  6. Sampai skang ketagih Altered State. Tengah sedap banging, dia boleh plucking baik punya. Intro siap buat ring-tone lagi. Terbaik dari Sepultura.

    ReplyDelete
  7. Beli kat Tower Record Permas Jaya ke Kat KL Plaza.

    ReplyDelete
  8. Shafid..KL Plaza...dulunya aku tak tau pun Jusco Permas Jaya tu ada Tower Records...jarang gi sana...sekali pergi rupanya dah tutup...hempeh!

    ReplyDelete