Monday, July 25, 2011

Shadows Of War

Lagi pasal Loudness...untuk yang tak pergi semalam macam aku...tunggu review orang jer la...sambil tu jom layan lagi cerita pasal Loudness..



Dulu zaman kaset apache aku ada satu kaset kompilasi yang dalamnya ada lagu Shadows Of War...tu jam aku tak tau lagu tu dari album mana...bila aku beli kaset Lightning Strikes...ada pulak lagu yang serupa tapi tajuknya berlainan..lagu "Ashes in the Sky" la kan...puas belek2 album loudness sebelum Thunder In The East pasal aku ingat ni lagu lama dorang rakam semula...tapi tak jumpa jugak...zaman2 sebelum internet...memang payah nak cari maklumat...

Ada sorang kawan aku cakap..tu lagu sama...tapi Ashes In The Sky untuk pasaran US...Shadows Of War untuk Jepun...tukar tajuk ajer...tapi aku macam tak caya sangat...pasal aku dengar dua2 lagu ni berbeza sebenarnya walaupun melodi dan liriknya sama..

Akhirnya beberapa tahun lepas tu aku terbaca yang Loudness ada album bertajuk Shadows Of War selepas Thunder In The East dan sebelum Lightning Strikes...rupa2nya ianya hanyalah untuk pasaran jepun sahaja...baru la aku tau dari mana datangnya lagu Shadows Of War ni...sejak tu puas jugak la aku cari kat mana nak beli album ni...



Akhirnya...terimakasih la kepada Wounded Bird Records yang meriliskan semula album ni...walaupun iannya jenis inlay sekeping ala2 Malaysia Edition punya cd...tapi ok jugak la...dari tak ada...untuk pengetahuan...Wounded Bird Records bukan jenis macam Asialink...dorang memang dapat hak untuk mengedarkan album2 rock lama macamni...aku ada terbaca..dorang tak buat remastered...apa yang dorang dapat..tu yang dorang riliskan...contohnya untuk album ni...sound adalah sound asal dari master tape yang WEA kasi kat dorang...takder adjust2...tapi aku rasa boleh tahan jugak soundnya bula di buat cd...

Shadows Of War dan Lightning Strikes sebenarnya album yang sama...Shadows Of War diriliskan pada March 24, 1986 manakala Lightning Strikes pulak pada July 25, 1986...disebabkan selepas kejayaan Thunder In The East menembusi pasaran USA...mereka mahu meriliskan album yang bercitarasa USA...album yang lebih lembut lebih pop...merasakan Shadows Of War agak kassr dan berat soundnya...Lightning Strikes di hasilkan dengan mixing yang baru...made in USA...soundnya lebih bersih...sususan track lagu jugak diubah dan lagu Shadows of War ditukar tajuknya menjadi Ashes In The Sky...

Hasilnya jadilah 2 album yang serupa tapi tak sama...kalau tanya pendapat aku...dari segi kavernya...aku lebih suka Shadows Of War...dari segi mixingnya...ada part2 gitar yang ada kat LS tapi takder kat SOW...ni korang kena dengar betul2 baru dapat cam...tapi secara keseluruhannya...aku lebih suka SOW...pasal saoundnya lebih raw...lebih heavy...lebih pada Loudness yang lama...tapi ni ikut citarasa masing2la...



Tapi apa2 pun...banyak lagu2 sedap dalam ni...yang pop untuk USA market macam "Let It Go"...atau yang heavy macam "Black Star Oblivion", "Dark Desire","Shadows Of War", "Who Knows (Time To Take A Stand)" dll...

ni album memang boleh buat Eddie Van Halen menangis beb...salut la Akira...memang dasat...

6 comments:

  1. pendapat aku tajuk "ashes in the sky" xbrapa sesuai utk pasaran jepun pasal ada kaitan dgn tora-uma (trauma) peristiwa hiroshima/nagasaki...

    tp lagu ni mmg best klu bawa jeming >:)

    ReplyDelete
  2. bro , Amy Search jamm lagu ni kan semalam?

    ReplyDelete
  3. amy bawak lagu ni semasa live aritu..tp suara xjelas..nihara jugak yg sedap..hahaha

    ReplyDelete
  4. dengarnya masa Let It Go lagi la pulak...takat jadi pelakon tambahan..heheh...

    ReplyDelete
  5. memang meremang dengar guitar work dalam Lightning Strikes tu. Production pun superb!

    ReplyDelete
  6. great post beb.

    ko tahu apa ko berbual.

    ReplyDelete