Wednesday, July 6, 2011

The Shawshank Redemption

Tetiba macam nak tercerita pasal filem...ni semua gara2 malam rabu minggu lepas tertengok salah satu all time fovourite movie aku kat HBO...cadangnya nak tengok cuma 10-15 minit pertama...maklumla dah pukul 12 tgh malam...cerita ni pun dah 3,4 kali aku tengok...tapi disebabkan naik syok pulak...tertengok sampai abis...jejak ke pukul 2 pagi...mengantuk giler keesokan harinya...



Cerita tersebut adalah The Shawshank Redemption (1994)....cerita pasal apa...tu korang google sendiri...tapi apa yang aku nak cakap citer ni memang best...score 9.2 kat IMDB tu beb...tak payah pompuan seksi...tak payah CGI...tak payah letup2...yang penting hanya jalan cerita yang menarik..

Aku tak ingat bila 1st time aku tengok filem ni...rasanya bukan kat panggung...tak silap sewa tape video kot...seingat aku cerita ni tak masuk panggung Malaysia...pasal aku ingat bila terbaca filem adaptasi dari novel Stephen King ni nak keluar...memang tak sabar aku tunggu...maklum la novelnya Different Seasons tu aku dah khatam 2,3 tahun sebelum filem ni rilis...aku start kemaruk baca novel2 Stephen King masa aku kat ITM...ada sorang member aku kasi pinjam koleksi novel2 Stephen King dia...start tu memang aku cuba baca kesemua novel2 dia...cuma sejak2 tahun 2000 keatas punya jer banyak yang aku ketinggalan...dah kawin...ada anak...tak banyak masa dah nak baca novel tebal2 ni...



Yang menariknya novel Different Seasons ni... 3 dari 4 cerita pendek didalamnya menjadi movie yang menariknya...terutamanya Rita Hayworth and Shawshank Redemption (Shawshank Redemption) dan The Body (Stand By Me)yang merupakan salah satu lagi favourite movie aku...

Cerita ni jugak membuatkan aku semakin minat kat Morgan Freeman selepas tertarik ngan lakonannya dalam Robin Hood: Prince of Thieves (1991) dan Unforgiven (1992)...banyak filem2 dia yang best sejak tu...lain pulak ngan heronya...Tim Robbins...agak kurang menyerlah selepas filem ni...seingat aku hanya Mystic River(2003) jer lakonan dia yang best...mugkin pasal dia lebih banyak buat kerja belakang tabir kot...

Ok sebenarnya bukan pasal ni jer entri ni...nak cerita rupa2nya baru aku tau kenapa cerita n dulu tak tayang kat Malaysia...lepas baca blog swinging bowl baru aku tau filem ni pernah kena ban rupanya...tak tau la apa sebab musababnya...mengajar orang lari dari penjara?...homosex dalam jel??..ntah la ek..


Andy dan Rita Hayworthnya

apa2 pun aku suka bab poster kat kat bilik jel Andy Dufresne tu...dari Rita Hayworth filem Gilda (1946) ke Marilyn Monroe filem The Seven Year Itch (1955) akhirnya ke Rachel Welsh filem One Million Years B.C. (1966)...menunjukkan betapa lamanya dia duk dalam jel shawkshank tu...

Rekomended!

7 comments:

  1. pada aku, best movie of all time!

    ReplyDelete
  2. ONE OF MY FEVERET MUVIE TOO

    kena tengok back to back dengan

    THE GREEN MILE (TOM HANKS)

    ReplyDelete
  3. setting mood yang sama, mesti kena tengok green mile.. jenis cerita penjara, belasah, haha..

    aku start follow tim robbins dalam nothing to lose, then baru dig shawshank nih. tapi lost interest dalam arlington road. tak best la dia jadi jahat..

    ReplyDelete
  4. Dude! true!!!
    movie ni akan tetap jd my no.1, filem ni banned masuk malaysia sebab isu homo, rasuah laa kononnya...antara part yg sy paling suka time andy buang those batu2 yg digged from his room dlm seluar..& poster tu, & suka part Ellis Red nak gantung diri, suka bab Ellis jumpa Andy yg kaya raya di beach sempadan mexico..suka semua lah!..hahaha...

    ReplyDelete
  5. memang banyak cerita2 Stephen King ni best bila dibuat filem....selain Green Mile aku rekomen Stand By Me..

    tapi feel baca novel dia lagi syok sebenonya...tapi tu la..mana nak cari masa...

    ReplyDelete
  6. aku dah baca buku dia dan tengok wayang dia. memang enjoy

    ReplyDelete