Lagi album klasik heavy metal yang menyambut ulangtahun yang ke 30.
Accept - Balls To The Wall (1983)
Lupa dah bila pertama kali mendengar album ini. Mungkin dalam tahun 1987 atau 1988. Ini adalah album Accept pertama saya. Rakan sekelas bagi pinjam. Sampai sekarang pun tak pasti apa kisahnya di sebalik lirik Balls To The Wall. Tapi dengan kaver album yang sebegitu, kepala otak memang tak boleh nak pikir benda lain dah....heheh..
Pada saya 'Balls To The Wall' adalah antara 3 album terbaik Accept selain 'Metal Heart' dan `Restless & Wild'. Atas nilai sentimentalnya, ianya paling saya suka di antara ketiganya. Mungkin juga ianya adalah salah satu album terbaik dalam sejarah Heavy Metal. Riff dan melodi lagu-lagu mereka memang sangat catchy dan berhantu. Rasanya kalau hendak mendefinasikan apa itu rock kapak mungkin Balls To The Wall sesuai untuk dijadikan rujukan.
Mendengar Accepts seolah-olah seperti kita sedang mendengar Scorpions yang lebih berat bersama-sama dengan chorus catchy ala-ala ACDC terutamanya jeritan Udo memang hampir menyerupai Bon Scott mahupun Brian Johnson. Kebiasaannya lagu Accept ni, saya sering ternanti-nanti bahagian chorusnya. Di situ bahagian yang biasanya paling best. Catchy chorus ditambah dengan solo-solo gitar dan riff-riff yang melodic memang identiti Accept. Kadang-kadang kita tak kisah pun bahagian versenya.
Balls To The Wall lagu-lagunya lebih melodic berbanding album sebelumnya Restless and Wild. Cuma hanya 2 lagu yang yang boleh dikatakan speed metal ala "Fast as a Shark" iaitu "Fight It Back" dan "Losers and Winners". Tetapi yang menjadi highlightnya sudah semestinya lagu tittle track "Balls to the Wall". Melodi chorus dan riffnya memang melekat kat kepala saya sejak pertama kali mendengarnya 25++ tahun yang lalu.
Lain-lain lagu menarik yang berbaloi untuk membeli album ini adalah "London Leatherboys", "Head over Heels", "Losing More Than You've Ever Had" dan "Turn Me On". Dan tak lupa juga lagu penutup "Winter Dreams". Sebuah lagu mid tempo yang nyaman.
Kuatkan volume anda. Ini adalah heavy metal yang sebenar!
aku sampai skarang tak paham tengok cover ni haha
ReplyDeletebukan ko ajer...aku pun...tak paham apa motif gambo tu...gay sunguhhh....hahaha...
ReplyDeletebiji dlm kantung skrotum (balls)
ReplyDeleteHaha kelakar jugak cover tu...
ReplyDeletecover gay nih
ReplyDeletesebab album inilah Udo kena tuduh gay...rambut pendek ala2 Rob Halford menguatkan lagi andaian....tetapi sebenarnya tidak...aku ada terbaca interview yang dia menafikan...dan dia sebenarnya dah kahwin bertahun lamanya dah...
ReplyDeleteDalam satu interview Wolf Hoffman pun cakap cover ni takder apa2 makna pun...suka2 ajer...saja guna cover tu pasal sesuai dengan ayat balls tu..
agaknya la...
Patut payah nak jumpa album accept yg ni..rupanya cover punya pasal..
ReplyDeleteAlbum best.. Tp cover album ni n manowar entry lepas telah dinobatkn sebagai cover album metal paling huduh dalam sejarah muzik.. Tu yang aku baca kat buku metal museum ke hape ntah
ReplyDeletetu ko belum tengok gambar kat inlay dia...posing berlengeng tak pakai baju...tak sampai hati aku nak tampal kat sini...gay sunguhh...hahaha...
Delete