Wednesday, October 9, 2013

Bark at the Moon

Sempena 30 tahun...


Ozzy Osbourne - Bark at the Moon (1983)

Kali pertama terbaca nama Ozzy Osbourne adalah pada lagu "So Tired" dalam satu kaset kompilasi lagu-lagu pop yang abang saya beli kalau tak silap pada tahun 1984 atau 1985. Di letakkan bersama-sama lagu-lagu seperti seperti "No More Lonely Nights - Paul McCartney", "Infatuation - Rod Stewart","Desert Moon - Dennis DeYoung" dan lain-lain yang membuatkan saya beranggapan Ozzy Osbourne itu adalah penyanyi pop. Tambahan pula lagu "So Tired" tu jenis meleweh yang tak rock langsung.

Setahun selepas itu, ketika saya mula kemaruk dengan muzik rock baru lah kenal siapa dia Ozzy Osbourne. Masa tu barulah tahu yang "So Tired" tu lagu rocknya rupa-rupanya. Padanlah solo gitarnya bagus. Saya ingatkan itu solo Randy Rhoads. Maklumlah zaman susah nak dapat info. Saya terjebak mendengar Ozzy pun kerana Randy Rhoads. Walaupun begitu, zaman saya mula menjadi mat rock adalah zaman Jake E. Lee. Maka sudah semestinya beliau juga termasuk di dalam senarai gitar hero saya.


Bark At The Moon adalah percubaan Ozzy untuk kembali selepas kematian Randy. Mengambil Jake E. Lee yang pada ketika itu langsung tidak dikenali adalah satu keputusan yang tepat. Walaupun memang susah lah nak lawan Randy Rhoads. Cara permainannya pun tak sama. Tapi beliau juga bukan setakat seorang gitaris yang bagus tetapi juga seorang pencipta lagu yang baik. Ada rumours yang mengatakan lagu-lagu dari BATM adalah ciptaan mereka bertiga bersama Bob Daisley walaupun kredit hanya diberikan kepada Ozzy seorang. Mungkin juga mereka telah dibayar untuk tidak menuntut kredit tersebut. Ternyata Jake E. Lee berjaya meneruskan karier gemilang Ozzy.

Walaupun sebenarnya album kegemaran saya di zaman Jake E. Lee adalah The Ultimate Sin (1986) tetapi BATM juga sangat bagus. Mungkin yang lebihnya The Ultimate Sin adalah kerana nilai sentimentalnya. Mendengar album tersebut sewaktu ianya diriliskan.


Lagu-lagu seperti "Bark at the Moon", "You're No Different", "Now You See It (Now You Don't)"  dan "So Tired" adalah antara lagu wajib Ozzy. Tetapi entah kenapa saya cukup suka dengan melodi "Centre of Eternity". Sedap!

Satu yang saya rasa kurang hanyalah kerana bunyi keyboard yang terlalu mendominasi. Lain takder nak komplen. Solo-solo Jake E. Lee memang ada kelasnya tersendiri. Saya tak rasa Zakk Wylde mempunyai feel sebagus beliau. Namakan saya satu solo feeling abis Zakk yang boleh lawan solo Jake dalam "So Tired". Ada?...entahlah mungkin saya tak tahu kerana saya tak follow pun Ozzy selepas zaman Jake.

Randy > Jake > Zakk  period!


*tak suka betul cd remastered version ni pasal gambar kavernya kecik sangat





8 comments:

  1. ni album tersangat alrite.. dari start sampai abis waiting for darkness kan last song. dah lupa dah sususan dia. Kalau yang cd design ori, inlet dia yang jenis bukak2 gitu, bukan jenis buku gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...waiting for darkness last song...
      aku tak pernah tengok inlet cd yg 1st press punya...kaset pernah...tak silap jenis inlay sekeping...

      Delete
  2. estock_deutschland le~ (klu nak cari versi non-remastered, tgk nasib)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat estock aku tak cari cd yang aku dah ada...cari cd yang belum ada dan <RM20...heheh...

      Delete
  3. Keja gitar randy ngn jake memang best,walaupun aku tak berapa nak follow ozzy ni..lagu2 zaman diorang ni jadi gitaris ozzy memang banyak yg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ozzy ni 4 album awal zaman Randy dan Jake jer yang aku follow...

      Delete
  4. Replies
    1. Zakk ni pada aku good guitarist...tapi bukannya good songwriter...satu contoh lagi yang macam ni adalah Slash...

      Delete