Thursday, July 17, 2014

Best of Scorpions

Sambung sikit lagi pasal Jerman sempena mereka menang world cup...

Kaset yang dah berusia 30 tahun...


Scorpions - Best of (1984)

Ini adalah kaset original Scorpions saya yang kedua (pertama adalah Savage Amusemnet -1988). Dah lupa tarikh beli. Kalau tak silap mungkin pada penghujung 80an. Dibeli di Komtar, Johor Bahru . Shopping Complex Mat Rock JB sekitar 80an. Dah roboh pun dan dibuat baru dengan nama baru sekarang, Johor Bahru City Centre (JBCC). Khabarnya akan di buka sebelum raya. Harap adalah kedai cd di dalamnya.

Saya diperkenalkan kepada Scorpions oleh abang saya di awal tahun 80an. Sebelum era kaset apache, saya ada kaset Blackout (cetak rompak juga...tapi lupa brand apa...pemberian kawan sekolah. Mula-mula pinjam akhirnya bagi terus pasal dia lebih suka dengar Spandau Ballet berbanding Scorpions). Itu adalah kaset saya yang pertama.


Tetapi yang membuatkan saya membeli kaset best of ini adalah kerana lagu-lagu didalamnya. Ia mengingatkan saya kepada kaset kepunyaan abang. Dulu abang saya mempunyai 2 kaset kompilasi Scorpions. Dua-dua pun pirate. Satu mengandungi lagu-lagu slow rock dan yang kedua mengandungi lagu-lagu heavy zaman Uli Jon Roth. Dah sudah semestinya saya menyukai kaset yang ke 2. Rasanya kompilasi tersebut di ambil dari kaset ini. Senarai lagu-lagunya sama. Cuma gambar kaver depannya berlainan. Yang pirate menggunakan gambar inlay dari album World Wide Live (gambar Klaus Meine berdiri atas peha Matthias Jabs dan Rudolf Schenker). Sayang ianya dah hilang.

Oleh kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai apa-apa album dari zaman Uli Jon Roth. Kaset kompilasi ini adalah antara kegemaran saya pada ketika itu. Kalau terjumpa dalam versi cd sudah pasti saya membelinya demi nostalgia yang ada padanya.




4 comments:

  1. dah nak siap eh komtar baru....banyak kenangan jugak aku dari kecik2 lagi kat situ...
    badan book store kan? haha..
    dah pandai merayap sorang2, pun situ jugak spot nak makan haha
    Aku rasa aku nak beli cd original Savage Amusement la.. asyik teringat je lagu2 kat album tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa JBCC tu sepatutnya esok start bukak...tapi rasanya macam tak sempat kot...masih ada sikit2 yang tak siap...parking dia pun baru hari ni start testing...

      Delete
  2. "stereo tape compatible cassette"

    fuh~ "mahal" ayat ni, maybe zaman tu stereo player masih baru, ramai yg masih guna mono version kot?

    ReplyDelete
  3. Wow..rare ni..tak penah tgk pun cover best of yg ni
    Kalo komtar baru tu dah bukak,harap2 ada kedai2 mcm dulu tu...kalo Victoria music center bukak dlm tu pun ok pe

    ReplyDelete