Tuesday, July 22, 2014

Dataran Bandaraya Johor Bahru

Sebagai orang Johor Bahru yang duduk di Johor Bahru, aku promosi sikit la apa yang ada kat Johor Bahru bagi kawan-kawan yang tak pernah sampai sini.


Bergambar di Menara Jam kat Dataran Bandaraya Johor Bahru ini adalah salah satu mercu tanda yang membuktikan anda dah jejak kaki kat Johor Bahru.

Sedikit info - Ianya mula dibuka pada 1 January 1994 bersempena dengan pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya. Maknanya dah 20 tahun dah usianya. Terletak berhadapan dengan Selat Tebrau, bersebelahan Padang Seri Gelam (tempat team JDT training) dan berdekatan dengan Thistle Hotel.



Selalu kalau perhimpunan hari merdeka dan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri memang buat kat sini la.

Merujuk gambar di atas, skrin lcd (ada 2) tu baru dipasang sempena tayangan live perlawanan terakhir liga antara JDT vs Sarawak tempohari. Dengar khabarnya lepas ni ada banyak lagi tayangan live perlawanan JDT akan ditayangkan kat sini.

Sebenarnya walaupun dah bertahun duduk di Johor Bahru, aku tak pernah lagi pergi ke sini waktu malam. Biasa lalu ajer atau makan kat gerai bersebelahan. Sebenarnya bersebelahan dengan Dataran Bandaraya ni ada deretan gerai makan menggunakan van (dibuka hanya pada 6 petang) yang agak popular untuk warga Johor Bahru.

Ada macam-macam makanan tetapi yang paling popular adalah steamboat. Atau orang kat sini panggil cucuk-cucuk. Di panggil cucuk-cucuk pasal makanan yang pelbagai tu di cucuk macam satey. Ada banyak gerai...tapi yang paling popular gerai no 8. Dia yang best sebenarnya kuah dia. Sedap kuahnya maka sedap la cucuk-cucuknya. (sorry takder gambar - menghormati bulan puasa - sebenarnya terlupa nak ambil...pasal dah kesedapan makan...heheh..)


Kebetulan sebelum puasa tempohari anak saudara ajak makan kat situ. Kebetulan dia ada bawa kawan yang kali pertama menjejakkan kaki di Johor Bahru. Layan dia bergambar kat Menara Jam. Rupa-rupanya baru aku tau makin malam rupanya makin meriah kat dataran ni. Ramai juga yang bawa anak-anak berkelah kat sini. Yang berendut jangan cerita lah. Kena pula kat padang seri gelam sebelah tu JDT buat latihan seisi malam. Memang meriah rupanya malam kat sini. Hahaha...malu orang JB macam aku baru tau....maklumlah sejak-sejak dah beranak pinak ni memang kurang dah merambu malam...


Cuma yang tak bestnya...jam kat menara tu dah rosak. Dan dengar khabarnya akan datang Dataran ni akan di pasang rumput karpet untuk rakyat Johor Bahru beriadah. Nanti lah akan datang kalau aku pergi lagi aku ambil gambar cucuk-cucuk pulak.

Dulu popular cucuk-cucuk ni kat Stulang Laut ataupun gerai Pantai Lido. Tapi ni dua tempat sekarang dah takder dah. Semua pun dah pindah sini. Makanya kenangan berdating kat situ hanyalah tinggal kenangan...heheh...





10 comments:

  1. Hahaha..sama la ngan aku..dataran tu lalu sambil tengok je..mlm raya Nanti ada kat Jb tak bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada...tahun ni tak pergi mana2...tapi roger dulu la...biasa mlm raya ni banyak family program...

      Delete
  2. uikk aku ada g johor sekali masa join treasure hunt utk tempat keja aku, bemula dari proton center shah alam hingga ke hotel ntah lupa dah aku namanya tahun lepas aku g sana.. lepas esok harinya kawan yg memandu ajak keliling johor lah katanya kami pergi legoland danga bay, sempat juga kami pekena mee kari kat sana, hahaha.. kalau aku ada rezeki nanti aku plan nak bawa famili becuti g johor ni..

    ReplyDelete
  3. dulu ada apa benda ntah..
    aku jalan kaki kau dari city square pergi dataran ni malam2 buta lak tu...
    just maneuver je la hahaha...

    ReplyDelete
  4. nanti la pegi sana joho.... tak penah pegi lagi....

    ReplyDelete
  5. Hehe bro bole la promote Pandan City aka pasar borong, lagi nak raya ni lagi sesak barat dengan manusia.. Sendattttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..masuk ni dah 2 kali puasa aku tak pegi pasar borong...tak larat nak cari parking....

      Delete
  6. berendut - lama tak dengar perkataan tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. cantek gambo first tu.. Pantai Lido nostalgia tempat berendut.. tinggal kenangan.. skrg org lepak dataran.. heheh

    ReplyDelete