Friday, July 4, 2014

How to Make Friends and Influence People

Antara album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Terrorvision - How to Make Friends and Influence People (1994)

"In the years after Kurt cobain and grunge taught everyone it was good to be depressed and gloomy, four young lads from Bradford (of all places?) brought a little sparkle of enjoyment back to the rock genre. Feisty tunes backed by pointless vocals, took rock back to where it should be. Buy this and before you know it you will be singing Do wop, bap ba do wop, and enjoying yourself."

Ayat di atas bukan saya yang tulis. Tetapi itulah rumusan yang tepat dan padat yang saya jumpa ketika men"goggle" maklumat berkenaan album ini.

Saya suka kesemuanya pasal album ini...tajuknya...gambar kulit albumnya...dan paling penting kesemua lagu-lagunya. Susah nak jumpa sebuah album yang sebegini "fun" di tahun-tahun 90an. Ianya mengingatkan saya kepada Ugly Kid Joe.

Seperti biasa, terpengaruh dengan review dari Kerrang!. Label "The Next Big Thing from UK" membuatkan saya membeli kasetnya. Ternyata muzik begini memang kena dengan jiwa. Pertama kali dalam sejarah membeli album yang sama dalam tempoh masa sebulan. Mula-mula kaset, kemudiannya terjumpa pula cd. Suka punya pasal...tak fikir panjang...terus beli.

Alice What's The Matter, Oblivion, Discoteque Wreak dan Pretend Best Friend adalah antara lagu-lagu rancak yang boleh buat bergoyang badan bila mendengarnya. Manakala Middleman dan Some People Say membuktikan yang mereka juga mempunyai rasa dan jiwa.


Antara memori saya tentang album ini....

-terlanggar apek mabuk melintas jalan ketika memandu balik kerja. Ngam-ngan ketika saya sedang singalong sekuat hati lagu Alice What's The Matter. Nasib tak apa-apa. Apek tu steady jer tapi lampu depan kereta pecah kena botol arak dia. Hampeh betul. Mungkin itu balasan tuhan. Bukak lagu kuat-kuat waktu maghrib....padan la muka.. :P

-beli cd ni ketika berdating dengan awek lama. Siap tandatangan dia pun ada dalam booklet. Nasib bini tak tau...heheheh....


Kesimpulannya....Rock n roll supposed to be fun...dan inilah yang sepatutnya...terbaik!!!

Do wop, bap ba do wop, bap ba do wop, bap ba do...



10 comments:

  1. hahahahhaa... siap ada sain dari awek lama tu...

    ReplyDelete
  2. terrorvision ni kan dulu majalah UK mesti ada cerita2 dorang eh... tapi aku masih ingat, aku takut nak dengar... aku takut dorang cam pel jem.

    ReplyDelete

  3. -beli cd ni ketika berdating dengan awek lama. Siap tandatangan dia pun ada dalam booklet. Nasib bini tak tau...heheheh....
    - ni Bini dah tau la bila baca blog ni..heheheh..
    Dulu pun aku ingat band ni mcm pearl jam..tapi banyak majalah review band ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bini tau blog ni,,,tapi dia tak rajin nak bukak....rock2 ni semua bukannya dia minat sangat...so kiranya rahsia masih selamat...hahaha....

      Delete
  4. "Do wop, bap ba do wop, bap ba do wop, bap ba do..."

    ingatkan sing a long lagu hansons :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.youtube.com/watch?v=z9aX3gwPhQo

      Cekidot lagunya Terrorvision - Oblivion

      Delete
    2. Apek mabuk tu kompius mana pegi botol dia

      Delete
  5. saya ada kaset ni dulu... sayang dah hilang..

    ReplyDelete
  6. Aku tau pasal Terrorvision pun melalui majalah Kerrang dgn album kompilasi Pop Is Dead dulu...suka sgt aku dgr lagu Middleman tu hahaha....nice!

    ReplyDelete