Monday, June 29, 2015

Invasion Of Your Privacy

Yang dah pun 30 tahun pada 13hb Jun yang lalu


Ratt - Invasion Of Your Privacy (1985)

Saya dikenalkan kepada album ini oleh abang. Ini antara album kegemaran beliau. Siap print besar-besar tulisan "Invasion Of Your Privacy" kat pintu bilik rumah sewa dia semasa zaman bujang dahulu.

Tidak pernah memiliki kasetnya. (hanya pinjam dari abang) Cd pula dibeli ketika zaman sudah pandai ber"e-bay". Tetapi mana-mana album yang mempunyai "nostalgic value" kalau terjumpa piring hitamnya dengan harga yang mampu milik, nak tak nak...puasa tak puasa...pun tetap "ter"beli jugak.


Album ini pun asalnya dengar agak lambat. Mungkin sekitar tahun 1987. Tetapi lagu "You're in Love"  dan "Closer to My Heart" lebih awal saya dengar kerana kedua-dua lagu tersebut ada dalam kaset kompilasi pirate cap Apache "Kerrang Kompilation" kepunyaan saya.

Ratt ni selain Iron Maiden, Scorpions dan Judas Priest adalah antara band yang saya lebih suka mndengar lagu-lagunya dengan mengunakan headphone. Seronok mendengar pattern rhythm gitar yang berbeza di kiri dan kanan hasil kerja gitar Warren DeMartini dan Robin Crosby.


Suatu yang unik, Ratt di era glam/hair metal mereka memang tiada lagu balada slow rock meleweh. Mungkin yang paling hampir pun lagu "Closer to My Heart". Lagu perlahan mereka lebih kepada mid tempo. Tetapi lagu-lagu lainnya memang tersangatlah catchy. Antara yang jadi pilihan "Lay It Down" dan "What You Give Is What You Get".

Best!




Thursday, June 25, 2015

Masjid Jamek Bandar Tangkak

Bulan puasa ni idea pun kering bila nak menulis....tambah pulak dengan letih dan mengantuk....makanya...sempena Ramadhan...layan jer la gambar masjid...


Ni masa menghantar anak sulong ke Tangkak tempohari. Macam biasa..kalau ke luar daerah memang suka menyinggah ke masjid terutamanya di tempat-tempat yang tak pernah sampai. Selain menunaikan tanggungjawap, dapat juga melihat senibina dan budaya sesuatu tempat.


Sebenarnya ini kali pertama benar-benar mengenali bandar Tangkak. Sebelumnya dulu-dulu hanya setakat lalu terutamanya bila dari Muar hendak ke Segamat ataupun sebaliknya. Takpun bila hendak ke Sagil (Gunung Ledang).

Pernah juga menyinggah untuk membeli kain. Bandar Tangkak dulunya memang terkenal sebagai 'Syurga Kain'. Sekarang jer dah tak "happening". Lengang dah. Dulu-dulu berderet bas-bas persiaran menyinggah ke sini untuk beli kain. Kedai kainnya pun dah tak sebanyak dulu.


Masjid ini kedudukannya di tengah bandar Tangkak. Tapi kalau dari jalan utama memang tak nampak. Kena masuk ke dalam di kawasan belakang Dataran Ledang Tangkak. Kali pertama pun masuk ke kawasan ini


Masuk kawasan masjid dah nak nampak senibina unik ni. Terletak di hadapan masjid. Tak pasti pula bangunan apa. Bila datang dekat terdengar pula suara orang mengaji. Rupa-rupanya ianya adalah Pusat Pengajian Al-Quran.



Hasil bertanya dengan En Google, rupa-rupanya Pusat Pengajian Al-Quran ini asalnya adalah masjid lama Tangkak. Unik betul senibinanya. Terdapat 5 bumbung besar( awning) dan 6 bumbung kecil di kubahnya berserta satu menara azan.

Memang unik, mungkin sebab itu ianya tidak dirobohkan bila masjid baru di bina di belakangnya.



Wednesday, June 24, 2015

Welcome to My Nightmare

Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun ke 40.


Alice Cooper: Welcome to My Nightmare (1975)

"Welcome to my nightmare. I think you're gonna like it. I think you're gonna feel you belong."

Mula mendengar muzik Alice Cooper hanya pada penghujung 80an. Album Trash (1989). Sebelum tu hanya pernah dengar nama. Tetapi ketika saya kanak-kanak agak keliru juga dengan imej conteng muka antara beliau dan KISS. Pernah satu ketika dahulu saya ingatkan beliau adalah anggota KISS.

Beliau bolehlah dikatakan sebagai antara pengasas genre shock rock/horror rock dengan persembahan live yang penuh theateritical. Tetapi disebabkan hanya mendengar muzik beliau di zaman 80an, saya agak kurang "feel" dimanakah yang dikatakan shock rock/horror rock tersebut. Maklumlah muzik beliau dizaman 80an lebih terarah kepada muzik glam/hair metal. Beliau adalah seorang sentiasa berubah mengikut zaman.


Tetapi selepas mendengar Welcome to My Nightmare, barulah saya faham. Mendengarnya dengan lampu terpadam di waktu malam adalah suatu pengalaman yang menarik. Terutamanya lagu "Steven". Ianya mengingatkan saya kepada zaman budak-budak bila kali pertama mendengar lagu "Melissa" dari Mercyful Fate. Juga dengan lampu terpadam, Sungguh seram!

Tentu menarik jika dapat menonton persembahan album ini secara live. Dikhabarkan yang album ini sememangnya ditulis untuk persembahan pentas. Memang banyak unsur-unsur drama dan theateriticalnya.

Seperti yang saya katakan, Alice Cooper gemar mengikut zaman. Album ni cukup kuat pengaruh psychedelic rock 70an, Antara lagu yang menarik perhatian saya adalah "The Black Widow" dan lagu balada "Only Women Bleed".


Untuk pengetahuna umum, sebenarnya ini adalah album solo pertama beliau. Sedikit "konpius" kerana sebelum dari ini Alice Cooper adalah nama sebuah band. Dah ada 7 buah album pun sepanjang tahun  1969 hingga 1973. Bila berpecah, beliau, si vokalis (Vincent Damon Furnier) menggunakan nama Alice Cooper sebagai nama beliau sendiri.

Untuk yang berminat, gambar di atas adalah petikan dari buku "Fade to Black: Hard Rock Cover Art of the Vinyl Age" yang ditulis oleh Martin Popoff dan Ioannis. Harap-harap boleh dibaca.





Monday, June 22, 2015

Belantara - Infiniti

Ada masanya kita bernasib baik...


Hari tu semasa "mengali piring hitam" di Skudai Parade, ternampak LP Rush - Signals. Kondisi cover agak teruk. Tetapi dengan harga cuma RM20 (ori bukannya pirate) agak berbaloi juga. Tetapi yang paling tak disangka-sangka bila melihat isi di dalamnya.


Tak sangka pula isinya bukan piring hitam Rush. Tetapi album Infiniti dari kumpulan Belantara. Tak cakap banyak terus beli. Walaupun agak lama juga uncle kedai tu memikirkan apakah patut beliau menjualnya dengan harga RM20. Tetapi setelah berborak perihal muzik besama beliau akhirnya beliau bersetuju. "You're very lucky" katanya. Mana ada orang jual lp band rock melayu walaupun dah takder cover dengan harga RM20.


Kondisinya pun ok. Tiada masalah. Memang happy la. Walaupun ini bukannya album kegemaran saya dari mereka. Kalau dapat 1st album ataupun Srikandi Di Sisi tak tau lah lagi macam mana dia punya happy.

Tak sia-sia la berjam-jam membelek lp kat kedai tu. Nampaknya lepas ni setiap Lp tu tak kira apa tajuknya...kena la kot check dulu apa isinya...kot-kot ada rezeki lagi...heheh...

Next project....tengah cuba untuk membuat sleeve covernya secara DIY.




Friday, June 19, 2015

These Days

Lupakan sekejap pasal album baru Iron Maiden yang akan terbit September ini, tetapi yang ini pasal band yang akan datang ke Malaysia pada September ini.

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini (19hb June)


Bon Jovi - These Days (1995)

Sesuai dengan tajuknya, Bon Jovi seolah-olah menyedarkan peminat mereka yang seperti saya bahawa mereka tidak akan lagi menoleh kebelakang.

Sejujurnya, saya agak susah untuk menerima Bon Jovi yang baru. Saya masih bernostalgia dengan album-album zaman 80an mereka. Disebabkan itu, ini adalah album terakhir dari mereka yang benar-benar saya "follow". Saya berhenti mendengar Bon Jovi selepas dari ini.


Sebenarnya album ini bukanlah tak bagus. Jon dan Richie masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang bagus. Masalahnya pada ketika itu (1995), saya masih berdarah muda. Masih dahagakan lagu-lagu mereka yang berat dan rock n roll. Tetapi mereka telah menjadi "mellow". Banyak lagu-lagu yang berentak perlahan. Mereka telah menjadi AOR dengan pengaruh blues.

Tetapi sejak-sejak bertambah muda (heheh..), kembali semula mendengar album ini, saya rasakan agak menarik juga. Seperti saya sekarang, muzik mereka juga lebih matang. Sususan muzik yang lebih bagus. Lebih asyik terutamanya bila mendengar lagu-lagu balada mereka seperti "This Ain't A Love Song", "Something For The Pain", "My Guitar Lies Bleeding In My Arms", "Lie to Me", "It's Hard Letting You Go dan beberapa buah lagu lain lagi.


Suka tak suka, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Bon Jovi adalah antara band rock terawal yang saya dengar bila saya mula meminati muzik rock dan metal. Tambah menarik, anak perempuan sulong saya juga sukakan lagu-lagu mereka. Satu-satunya band yang kami boleh dengar bersama-sama. Yang lain tu dia dengar K-Pop...saya layan Iron Maiden...heheh...





Wednesday, June 17, 2015

Lazat Steakhouse

Cerita makan-makan sebelum puasa...esok letak gambar-gambar ni jadi makruh dah...

Kali ini mencuba makanan orang putih pula.
Lokasi : Lazat Steakhouse (dulunya dikenali sebagai Wadihana Islamic Steakhouse) yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru (kawasan rumah kedai belakang Jakel)


Ni Hawaiian Pizza...boleh tahan sedap...cuma tepungnya agak keras kerana di masak garing dan nipis


Ni atas rekemen dari pelayan kedai, Pasta Seafood Marinara..siapa suka makan binatang laut suka la kot bendalah ni...


Grilled Chicken Chop...Sedap!


Macaroni Cheese...nampak macam sikit...tapi pinggang tu cembung ke dalam...muak juga kalau banyak sangat cheese...tapi sedap.



Yang ni pula Macaroni Cheese versi untuk kanak-kanak...

Rekomended la kalau siapa-siapa yang nak try berbuka dengan tekak orang putih (macam penulis... :P )


SELAMAT MENYAMBUT PUASA!




Tuesday, June 16, 2015

My "Hangar 18"




Akhirnya...berjaya juga memiliki bilik khas untuk mendengar muzik. Tidak lah lagi menggangu isteri...tetapi tetap juga akan menganggu jiran...hahaha...




Monday, June 15, 2015

Straight Shooter

Yang menyambut ulangtahun ke 40...


Bad Company - Straight Shooter (1975)

Bad Company adalah antara pengenalan pertama saya terhadap muzik. Kaset mereka yang bertajuk Run with the Pack (1976) adalah antara kaset terawal yang pernah saya tengok, pegang dan belek. Ianya kepunyaan bapa saudara saya (Pak Alang) yang pada ketika  itu (pertengah tahun 70an) tinggal bersama-sama dengan keluarga saya.

Apabila beliau berpindah, kaset tersebut di tinggalkan di rumah. Saya sekadar membeleknya tanpa berpeluang untuk mendengarnya, Maklumlah pada ketika itu rumah kami tidak mempunyai cassette player sebaliknya cuma ada pemain piring hitam. Sayangnya bila sudah mempunyai cassete player (awal 80an) kaset tersebut pula telah hilang entah kemana. Sampai kesudah saya tidak pernah mendengar bagaimana muziknya.


Bad Company bolehlah dikatakan sebagai supergroup, Paul Rodgers dan Simon Kirke dari Free, Mick Ralphs dari Mott the Hoople dan Boz Burrell dari King Crimson. Tetapi saya sekadar tahu lagu-lagu klasik mereka tetapi tidak pernah mempunyai apa-apa rilisan dari mereka sehinggalah terjebak dalam dunia piring hitam. LP Straight Shooter ini dibeli dengan harga RM18. Memang murah pasal ianya bukanlah asli (gambar cover pun lain). Yang menariknya ia juga megandungi lagu-lagu terbaik dari album pertama "Bad Company - 1974".

Selain lagu-lagu klasik biasa mereka seperti "Rock Steady", "Ready for Love" dan "Bad Company". Ini adalah kali pertama saya benar-benar menghayati lagu-lagu lain mereka. Tak sangka, ianya memang sedap. Lagu-lagu seperti "Feel Like Makin' Love" memang lazat. Rock 70an dengan pengaruh blues yang penuh berjiwa.

Tiada lagu yang mengecewakan. Vokal Paul Rodgers memang "power". Jika anda gemarkan hard rock 70an, 2 album awal mereka "Bad Company" dan "Straight Shooter" memang sangat-sangat saya rekomen.

Terbaik!...sekarang saya patut cari Run with the Pack (1976) pula.



Friday, June 12, 2015

Killing Is My Business... and Business Is Good!

Yang genap 30 tahun pada hari ini (12 jun)


Megadeth - Killing Is My Business... and Business Is Good! (1985)

Ada orang kata benda yang terbaik Lars Ulrich/James Hetfield pernah buat adalah apabila dia memecat Dave Mustaine. Kalau tak pasal tu, maka tak wujudlah Megadeth. Untuk itu...terimakasih Lars/James... :P

Killing Is My Business... and Business Is Good! adalah album balas dendam Abang Mus pada Metallica. Dia nak lebih dari Metallica. Lebih laju dan lebih berat. Hasilnya lagu ciptaan beliau ketika bersama Metallica, "The Four Horsemen" menjadi lebih pantas temponya dengan tajuk "Mechanix". Tak salah kalau ada yang menganggap album ini lebih brutal dari Kill 'Em All.


Pengalaman peribadi saya mendengarnya pada kali pertama adalah pada tahun 1987. Pinjam kaset rakan sekolah. Yang bestnya pinjam saing dengan kaset Poison - Look What the Cat Dragged In. Dua-duanya saya "dubbing" guna radio kaset yang ada double deck. Zaman tu tak kisah pun layan Megadeth saing-saing dengan Poison. Tiada istilah poser. Janji bunyi distortion gitar...layan! Zaman tu orang masih panggil semua pun rock.

Siap saya lukis sendiri gambar cover "Vic Rattlehead" kat kaset dubbing tu. Sayang dah hilang untuk dijadikan bahan bukti. Tetapi pada ketika itu saya lebih sukakan "Poison - Look What the Cat Dragged In" kerana soundnya. Killing Is My Business... and Business Is Good! soundnya agak kotor, sebu dan tenggelam. Tambah pula ianya kaset dubbing.


Secara jujurnya, selepas mendengar album "Peace Sells... but Who's Buying (1986)", barulah saya kembali semula mendengar album ini. Ianya jenis grower. Salah satu album thrash atau speed metal yang terawal dalam sejarah. Lagu "Looking Down The Cross" tetap saya suka hingga kini. Masih mendengarnya sekali sekala. Lain-lain yang menarik pada saya termasuklah lagu yang menjadi title track, "Killing is my Business" serta "Skull Beneath the Skin" dan "Chosen Ones".

Yang tak bestnya cd saya adalah rilisan tahun 2009. Mana-mana cd rilisan selepas tahun 1995, tidak akan ada lagu cover "Nancy Sinatra - These Boots" kerana masalah copyright. Saya masih cuba untuk mendapatkan cd versi remastered tahun 2002. Tak kisahlah walaupun lagu "These Boots" dalam cd tersebut telah di"bleeped"kan pada lirik-lirik makian yang ditambah sesedap rasa oleh Abang Mus.

Nak cari yang ori press...memang susah la...kalau ada pun harganya memang tak mampu milik.




Thursday, June 11, 2015

Tuesday, June 9, 2015

Sudah sampai sini - Muzium Rakyat (People's Museum)

Last cerita pasal jalan-jalan ke Melaka untuk hari tu..

Melaka ni banyak kali dah pergi terutamanya kawasan Bandar Hilir. Sampai dah tau nak kemana lagi dah. Last-last layan muzium. Sini memang banyak muzium. Salah satu darinya adalah Muzium Rakyat.


Tak tahu apa-apa pun pasal muzium ini sebenarnya. Tengok tiket murah (Dewasa : RM2 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen), main masuk ajer la...tak rugi apa pun.


Kalau ikut google, katanya "Bahan pameran merangkumi perkara berkaitan isu-isu perkembangan ekonomi dan sosial Melaka dari era gelap hinggalah ke zaman dinamik. Bahan pameran dibahagikan kepada pelancongan, pertanian, industri dan sektor-sektor lain"

Tetapi sebenarnya bukanlah pasal Melaka sahaja, ada juga pameran berkenaan perkara-perkara lain berkenaan rakyat (people). Macam-macam ada...maklumlah 3 tingkat.


Contohnya permainan rakyat macam layang-layang dan wau.


Banyak lagi. Contohnya gasing....permainan baling tin pun ada. Tak larat jer nak letak semua gambar.


Ini pula bahagian kecantikan. Contohnya definasi kecantikan bagi pelbagai kaum di dunia.


Ada juga galeri 3d


Bahagian ni banyak gambar-gambar 3D zaman kesultanan Melaka. Sayangnya banyak juga yang dah rosak.


Ada juga bahagian angkasa lepas.


Batu taik bintang (meteor) yang sebenar. Berat-berat batunya..


Ada juga terselit poster filem-filem lama di dinding-dindingnya


Tapi yang peliknya poster LA Guns ni tak tau la untuk apa motifnya...


Axl Rose pun ada...ker mamat yang kerja muzium ni memang seorang rocker?...heheh...






Monday, June 8, 2015

King For A Day, Fool For A Lifetime

Yang dah pun 20 tahun pada bulan mac yang lalu...


Faith No More - King For A Day, Fool For A Lifetime (1995)

Minat saya pada Faith No More adalah kerana Jim Martins. Selain kerja gitarnya, sejarah beliau bersama Cliff Burton banyak mempengaruhi. Selepas beliau ditendang keluar dari Faith No More dan ditambah pula dengan album sebelumnya "Angel Dust (1992)" yang terlampau memberi tumpuan kepada bunyi keyboards. Minat saya pada Faith No More agak berkurang.

King For A Day, Fool For A Lifetime awalnya dibeli sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tetapi selepas beberapa kali pendengaran, saya lebih bersikap terbuka. Kerana lagu-lagu mereka memang sedap. Bersama Jim Martins atau tidak, identiti Faith No More tidak jauh berubah. Tetap Rojak!



Kemasukan Trey Spruance sebagai gitaris (rakan Mike Patton dalam Mr Bungle) walaupun sekadar pemuzik undangan sebenarnya menarik. Latarbelakang beliau yang pelbagai berjaya merojakkan lagi muzik Faith No More. Tambah menariknya walaupun majoriti lagunya tiada solo gitar, tetapi bunyi keyboards bukan lagi elemen yang utama. Ini yang peliknya. Seolah-olah bukannya Jim Martins yang tiada, tetapi Roddy Bottum kerana bunyi keyboardnya agak kurang dan kebelakang.

King For A Day, Fool For A Lifetime muziknya lebih "straight" dan kurang progessif berbanding album sebelumnya, Angel Dust. Tetapi memang susahlah untuk melabelkan mereka mengikut genre. Dari yang metal/punkish seperti "Get Out" boleh bertukar 360 darjah kepada muzik yang jazz/swinggy  seperti "Star A.D."


Kalau anda tidak mementing genre, apa pun sebat janji sedap...Faith No More sememangnya salah satu band yang patut anda cuba. Kalau anda dari generasi baru, mungkin muzik System of a Down boleh dijadikan rujukan kerana memang jelas dan nyata dari mana mereka mendapatkan rujukan.

Bak kata Phil Rhine dari Sacred Reich, dalam lagu  "31 Flavors"...."Mike Patton's voice is smooth as silk."

Best!






Friday, June 5, 2015

Hunting High and Low

Oleh kerana agak sibuk dengan kerja di awal bulan, saya terlepas untuk meraikan sambutan ulangtahun album kegemaran ini....


a-ha - Hunting High and Low (1985)

Album ni dah pun 30 tahun usianya pada 1hb Jun yang lalu. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang mendengar lagu "Take On Me" di radio bersama-sama abang. Berebut-rebut cuba merakamnya bila ianya disiarkan di radio. Susah nak dapat yang sempurna. Asyiklah suara DJ menyampuk kalau tak diawal, menyampuk di akhir lagu. Hampeh! Sehinggalah abang berjaya membeli kaset "pirated"nya (RM3) di kedai kaset di Pekan Ulu Tiram.

Suka betul saya lagu tersebut. Apatah lagi bila dapat menonton video clipnya yang mengabungkan alam realiti dan kartun. Kreatif betul. Ianya adalah video clip kegemaran saya sepanjang zaman. Bahkan majoriti video clips mereka memang semuanya menarik.


Saya meninggalkan a-ha bila saya mula kemaruk dengan muzik metal dan rock. Tetapi album yang bagus terutamanya jika anda mempunyai banyak kenangan padanya tetap tidak akan dilupakan. Saya kembali mencari album ini dalam bentuk cd bila wujudnya zaman cd. Tambahan pula saya telah kehilangan versi kasetnya.

Walaupun saya sukakan lagu "Take On Me" tetapi lagu kegemaran saya dari album ini adalah "The Sun Always Shines on T.V."  Tajuknya sahaja sudah cukup untuk menarik minat apatah lagi bila mendengar. Dan pastikan juga anda menonton video clipnya. Ianya kesinambungan dari video clip "Take On Me". Seperti yang saya katakan awal tadi, video clip mereka memang semuanya menarik.


Selain itu lagu yang menjadi title track, "Hunting High and Low" pun sedap. "Train of Thought" pun ok tetapi bila time feeling emo mungkin boleh layan balada pendek tak sampai 2 minit, "And You Tell Me".

Mungkin kalau ada rezeki cuba-cuba juga untuk mencari versi piring hitam.

Ini bukan rock ataupun metal...tetapi sangat sedap. Rekomended!



Thursday, June 4, 2015

gila format




Bukan nak sangat kumpul semua format...Ni satu lagi hobi yang buat jahanam duit...cd tu dulu beli pasal nak ugdrade dari kaset pirated...tapi yang piring hitam ni memang tiada dalam perancangan...Nak beli benda lain tapi disebabkan boleh dapat postage percuma...suka-suka bid...tak sangka pula boleh menang...tak pasal-pasal complete semua format...nasib tak ada dvd ataupun t-shirt...

Tapi benda-benda macam ni kumpul pasal ada memorinya...ni semua kenangan zaman-zaman muda belasan tahun punya cerita....soundtrack zaman remaja....ala...dunia jer pun.....

Tapi hari tu anak bongsu beriya-iya nak dengar...dia ingat bendalah ni sama dengan filem Cinderella yang dia tengok kat panggung beberapa bulan lepas...heheh...



Wednesday, June 3, 2015

Big Bad Wolf



Tahun ke 3 pergi...tahun ini bukunya lebih menarik dari tahun lepas. Singgah sekejap...tak berani nak pusing betul-betul. Baru pusing sikit pun dah terkopak RM100 lebih.... Parah! (nasib juga boleh tolak income tax)


Macam biasa cari buku pasal muzik. Lainnya banyak beli buku untuk anak. Itu tiada dalam gambar. Tapi buku Lepat tu bukan beli kat sini...tapi di Ekspo Buku Johor di Plaza Agsana.

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan...