Monday, June 22, 2015

Belantara - Infiniti

Ada masanya kita bernasib baik...


Hari tu semasa "mengali piring hitam" di Skudai Parade, ternampak LP Rush - Signals. Kondisi cover agak teruk. Tetapi dengan harga cuma RM20 (ori bukannya pirate) agak berbaloi juga. Tetapi yang paling tak disangka-sangka bila melihat isi di dalamnya.


Tak sangka pula isinya bukan piring hitam Rush. Tetapi album Infiniti dari kumpulan Belantara. Tak cakap banyak terus beli. Walaupun agak lama juga uncle kedai tu memikirkan apakah patut beliau menjualnya dengan harga RM20. Tetapi setelah berborak perihal muzik besama beliau akhirnya beliau bersetuju. "You're very lucky" katanya. Mana ada orang jual lp band rock melayu walaupun dah takder cover dengan harga RM20.


Kondisinya pun ok. Tiada masalah. Memang happy la. Walaupun ini bukannya album kegemaran saya dari mereka. Kalau dapat 1st album ataupun Srikandi Di Sisi tak tau lah lagi macam mana dia punya happy.

Tak sia-sia la berjam-jam membelek lp kat kedai tu. Nampaknya lepas ni setiap Lp tu tak kira apa tajuknya...kena la kot check dulu apa isinya...kot-kot ada rezeki lagi...heheh...

Next project....tengah cuba untuk membuat sleeve covernya secara DIY.




16 comments:

  1. mat LP lepas ni kena hati2, nak kena jenguk dalam juga... mana tau beli LP cover bonjovi tapi kat dlm dapat linear (hehehe contoh je)

    *tapi kalau dapat LP linear lagi rare kot? kan rafi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..Linear dah bole kira rare jugak tu..
      Rezeki ramadhan tu bro.dpt lp belantara pulak tu..mcm mana boleh tersalah selit tu eh.kedai tu ada jual lp melayu ke?

      Delete
    2. ada...tapi tak banyak...hari tu ada Black Dog Bone ngan Flybaits...kalau ada rock melayu pun...aku dah book dulu...hahaha...

      Delete
  2. Ku Menari Di Dalam Hujan bukan dari album ini?

    ReplyDelete
  3. oh saya juga telah terjerumus ke dalam dunia vinyl passion ni....nanti saya ceritakan dalam entri akan dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..sapa yg dah santau ni bro?aku tak bertanggung jawab eh..heheh

      Delete
  4. Sending all my love
    sending all my love to youuu

    ReplyDelete
  5. teruk betoi dia punya ketagih tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cerita 2,3 bulan lepas...sekarang puasa...hahaha...

      Delete
  6. huh...best....nsb baik aku tk terachun lg nak lyn vinyl wlaupun ini benda bnyk tempting

    ReplyDelete
  7. Album ni paling heavy dari Belantara...Destinasi Infiniti & Airmata my feveret :)

    ReplyDelete