Friday, June 19, 2015

These Days

Lupakan sekejap pasal album baru Iron Maiden yang akan terbit September ini, tetapi yang ini pasal band yang akan datang ke Malaysia pada September ini.

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini (19hb June)


Bon Jovi - These Days (1995)

Sesuai dengan tajuknya, Bon Jovi seolah-olah menyedarkan peminat mereka yang seperti saya bahawa mereka tidak akan lagi menoleh kebelakang.

Sejujurnya, saya agak susah untuk menerima Bon Jovi yang baru. Saya masih bernostalgia dengan album-album zaman 80an mereka. Disebabkan itu, ini adalah album terakhir dari mereka yang benar-benar saya "follow". Saya berhenti mendengar Bon Jovi selepas dari ini.


Sebenarnya album ini bukanlah tak bagus. Jon dan Richie masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang bagus. Masalahnya pada ketika itu (1995), saya masih berdarah muda. Masih dahagakan lagu-lagu mereka yang berat dan rock n roll. Tetapi mereka telah menjadi "mellow". Banyak lagu-lagu yang berentak perlahan. Mereka telah menjadi AOR dengan pengaruh blues.

Tetapi sejak-sejak bertambah muda (heheh..), kembali semula mendengar album ini, saya rasakan agak menarik juga. Seperti saya sekarang, muzik mereka juga lebih matang. Sususan muzik yang lebih bagus. Lebih asyik terutamanya bila mendengar lagu-lagu balada mereka seperti "This Ain't A Love Song", "Something For The Pain", "My Guitar Lies Bleeding In My Arms", "Lie to Me", "It's Hard Letting You Go dan beberapa buah lagu lain lagi.


Suka tak suka, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Bon Jovi adalah antara band rock terawal yang saya dengar bila saya mula meminati muzik rock dan metal. Tambah menarik, anak perempuan sulong saya juga sukakan lagu-lagu mereka. Satu-satunya band yang kami boleh dengar bersama-sama. Yang lain tu dia dengar K-Pop...saya layan Iron Maiden...heheh...





7 comments:

  1. Ni album banyak lagu slow tapi aku suka..
    Dah bertahun2 aku tak dengar apa2 lagu kat album ni tapi aku masih boleh recall.
    Tu petanda betapa aku feberet.
    Lagu2 kau sebut tu, Diamond Ring, My Heart' Breaking Even ... cewah

    ReplyDelete
  2. satu2nya album bon jovi yg ada "nostalgic value" bagi aku, selain kompilasi crossroad

    ReplyDelete
  3. dah plan ngan membe2 nak turun stadium nanti hehehe....

    ReplyDelete
  4. Aku follow sampai album crossroads je lepas tu malas nak ambik tau dah.heheh..baru layan movie yg dia belakon haritu U571.

    ReplyDelete
  5. bon jovi ni... memang dewa cinta aaa bagi aku.

    ReplyDelete
  6. http://9gag.com/gag/aq2mGMZ

    How vinyl work under microscope..

    ReplyDelete
  7. Selepas Crossroad keluar iaitu kompilasi terbaik mereka keluar... album ini menyusul.

    Pada aku album ni perfect walaupun takda lagu 80s anthem .

    Dark . Mellow. Gloomy.

    Banyak ballad berhantu dalam album ni yang orang tak perasan masa tu.

    Heart breaking Even. Sound so Aerosmith

    ReplyDelete