Friday, July 31, 2015

Bonded by Blood

Album lejen thrash yang dah 30 tahun...


Exodus - Bonded By Blood (1985)

Orang kata tak cukup thrash la kalau tak pernah dengar Bonded By Blood. Betul lah tu. Mereka adalah antara yang terawal membawakan gaya muzik yang dikenali sebagai thrash. Ada yang kata mereka lah penciptanya.

Sayangnya mereka tidak di iktiraf sebagai the big 4 of thrash. Tidak pasti dimana silapnya. Mungkin the big 4 tersebut hanya merujuk kepada nilai komersial. Jualan terbanyak. Mungkin juga...

Tetapi ramai yang beranggapan kesilapannya bermula dari Bonded By Blood. Masalah dengan syarikat rakaman menyebabkan album ini tertangguh pengedarannya. Kalau ianya diedarkan setahun lebih awal (saing atau lebih awal dari album-album the big 4 yang lain) besar kemungkinan penerimaan terhadap mereka adalah berlainan.


Satu lagi teori berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai satu lagu yang betul-betul kuat (standout). Lagunya best tetapi tiada yang betul-betul senang nak melekat kat kepala. Atau mungkin sahaja atas faktor pemecatan Paul Baloff. Nyanyian (jeritan?) beliau memang lain. Samada anda suka atau menyampah terus.

Tetapi yang pastinya Bonded by Blood adalah salah satu penanda arah untuk thrash. Rif hangguk kepalanya menjadi trademark. Shredding guitar solo "H-Team" menjadi ikutan. Mungkin mereka (Gary Holt and Rick Hunol) adalah jawapan thrash kepada twin gitar solo heavy metal seperti K.K. Downing/ Glenn Tipton ataupun Dave Murray/ Adrian Smith.

Cuba dengar "And Then There Were None", kalau kepala anda tidak terhangguk hangguk mengikut iramanya. Anda memang bukan mat thrash.

Hebat!






7 comments:

  1. "Orang kata tak cukup thrash la kalau tak pernah dengar Bonded By Blood"

    aku tak dengar lagu2 exodus, maka secara rasminya aku tak cukup thrash...

    ReplyDelete
  2. Exodus khas opening untuk Iron Maiden kat Santiago show yang dirakam En Vivo.
    Promoter/Rod boleh pilih sapa2 pun malam tu tapi aku selalu fikir kenapa Exodus dipilih dan tak silap aku dorang khas terbang ke South America untuk malam tu.

    ReplyDelete
  3. Penah dengar tapi tak dpt lagi dlm bentuk cd or lp..tapi syg diorang taj di iktiraf big 4 eh.patut diorang la yg tersenarai

    ReplyDelete
  4. big 4 dicipta oleh peminat thrash, bukan oleh syarikat rakaman atau di kalangan band thrash 80an sendiri. tak jadi masalah kalo exodus, testament, overkill, flotsam & jetsam, sacred reich, sodom, kreator, destruction tidak termasuk dalam big 4. mereka ada sound sendiri dan tetap hebat sebagai pelopor muzik thrash!

    haha! bukan tak cukup thrash kalo tak layan album bonded by blood ni tapi tak syukup syarat sebagai peminat thrash!

    dah layan album terbaru exodus blood in, blood out?
    gile best. bedarah idung!

    ReplyDelete
  5. big 4 dicipta oleh peminat thrash, bukan oleh syarikat rakaman atau di kalangan band thrash 80an sendiri. tak jadi masalah kalo exodus, testament, overkill, flotsam & jetsam, sacred reich, sodom, kreator, destruction tidak termasuk dalam big 4. mereka ada sound sendiri dan tetap hebat sebagai pelopor muzik thrash!

    haha! bukan tak cukup thrash kalo tak layan album bonded by blood ni tapi tak syukup syarat sebagai peminat thrash!

    dah layan album terbaru exodus blood in, blood out?
    gile best. bedarah idung!

    ReplyDelete
  6. Exodus ade main kt singapore. nyesal gak tak tgk.haha

    ReplyDelete
  7. wow aku nak jadi thrash juga ni nak cari album ni haha

    ReplyDelete